Rebiu: Mercedes-Benz GLA 250 2021 - Bagus tapi adakah RM 285k setimpal?

SUV boleh dianalogikan sebagai pisau lipat Swiss; ia boleh membawa ramai penumpang, mengangkut barang-barang besar, pandu atas jalan raya atau ke mana-mana sahaja. Maka tidak hairanlah jika ramai pengeluar yang berlumba-lumba membangunkan SUV dan Mercedes-Benz GLA 250 adalah salah satu daripadanya.

Bagi sebahagian besar pembeli kereta, perasaan yang lebih selamat, jarak penglihatan yang lebih tinggi dan ruang tambahan sentiasa ada menarik naluri manusiawi - walaupun 2 ciri pertama adalah sekadar psikologi. Malah, psikologi tidak salah dan ini diterjemahkan kepada angka jualan SUV. 

Selain itu, sangat meyakinkan untuk mengetahui bahawa jarak kelegaan yang tinggi ini mampu merentasi banjir kilat jika terpaksa - walaupun tak perlu sangat, sepertimana anda tidak memerlukan 400 kuasa kuda tetapi tetap mahukan kuasa tersebut tersedia di pedal kaki.

Dengan Mercedes-Benz GLA 250 ini, anda dapat semua. Jarak kelegaan tanah yang tinggi dengan kuasa kuda sehingga 224 PS. Tentunya pakej ini datang dengan harga yang setimpal, atau benarkah ia setimpal?

Rekaan luaran - sedikit buntal

Satu maklum balas umum dari keluarga, rakan, saudara, kenalan, haiwan peliharaan - senang cerita, semua orang - mengatakan bahawa model GLA generasi sebelum ini nampak lebih cantik berbanding model terbaru ini.

Penulis rasa ia adalah disebabkan oleh bentuk keseluruhan dan siluet kereta. Ia mempunyai penampilan 'membongkok' yang sangat menonjol terutamanya dari bahagian suku ketiga di belakang.

Ini mengurangkan daya tarikannya kerana penulis berpendapat bahawa elemen reka bentuk perincian kecil agak cantik. Rekaan lampu depan dan lampu belakang dengan semua butiran yang rumit di dalamnya, gril berlian yang memukau, dan kit badan AMG Line yang lebih agresif adalah antara perincian kecil yang sangat cantik.

Oleh kerana reka bentuk ini, ia kelihatan 'buntal' dan tampak lebih kecil dari sebenar. Untuk rujukan, ia lebih panjang dan lebih lebar daripada Honda HR-V, dengan jarak roda lebih dari 100 mm lebih panjang.

Namun rekaan luar ini menyembunyikan kelebihan dalam aspek kabin dalaman.

Bahagian Dalaman - Sama hebat dengan A-Class dengan lebih banyak ruang

Dalam model Sedan A-Class atau Hatchback, kabin terasa paling selesa walaupun tidak terasa lapang. Mercedes-Benz GLA 250 menangani masalah ini dengan kabin dalam yang jauh lebih luas dan tetapi masih mengekalkan keselesaan tersebut.

Pada bahagian belakang, terdapat ruang lebih dari 2 bola tenis pada lutut dan 1 bola tenis pada ruang kepala untuk seorang dewasa berketinggian 177 cm.

Salah satu perkara terbaik mengenai GLA adalah kemudahan masuk dan keluar. Ketinggian tempat duduk adalah sempurna. Anda tidak perlu memanjat atau membongkok untuk masuk; terus sahaja meluncur masuk tanpa bersusah payah. Sekiranya anda kerap membawa orang tua, mereka pasti akan menghargai aspek ini.

Pada masa yang sama, anda masih menerima ciri kelengkapan mewah yang boleh diharapkan dari model Mercedes-Benz moden - lampu cahaya ambien 64 warna yang menyalakan corong udara dengan rekaan turbin dan paparan skrin lebar dari bahagian pemandu hinggalah ke konsol tengah.

Tidak kira sama ada model A-Class, GLA atau GLB, semua model Merc moden mempunyai faktor wow. Jika seseorang yang tidak pernah berada di dalam Mercedes-Benz moden, terutamanya pada waktu malam, saya yakin mereka pasti terpesona dengan susun atur dalaman ini.

BMW X1 hanya boleh bermimpi untuk mempunyai faktor wow ini pada bahagian dalamannya.

Seperti Mercedes-Benz yang lain, GLA turut menggunakan pad sesentuh, yang mana penulis rasa masih kurang mesra pengguna. Untuk aspek ini, penulis masih kekal dengan tombol-tombol kawalan - manual, old-skool tapi jauh lebih tepat berbanding pad sesentuh.

Dari segi antara muka pengguna, grafik, dan resolusi, penulis tidak mempunyai aduan selain itu. Kecuali untuk format skrin Android Auto / Apple CarPlay yang tidak memenuhi keseluruhan skrin. Rujuk gambar di bawah.

Sistem audio yang dibekalkan tidak mempunyai sebarang jenama tetapi ia masih memberikan audio yang sangat baik. Bass dikendalikan tanpa booming atau resonan, dan treble diperhalusi dengan bagus tanpa terlalu keras. Ia sedap didengari, jelas dan setiap julat frekuensi dapat ditentukan dengan baik.

Dari segi mutu dan kualiti bahan, ini setaraf dengan segmennya. Semua titik sentuhan penting menggunakan kemasan sama ada kulit, plastik lembut atau baldu.

Walau bagaimanapun, jika anda menyentuh dan menolak setiap panel di kabin dengan sedikit kuat, anda akan mendapati bahagian plastik yang kurang mahal dan sedikit bergegar. Ia mungkin tidak sebaik kualiti binaan Audi tetapi anda tetap menerima rekaan kabin yang lebih baik. Ada lebih kuranglah di situ.

Pengalaman Pemanduan - Lancar dan matang

Perkara pertama yang mengejutkan penulis dalam masa 5 minit pertama memandu di dalam Mercedes-Benz GLA 250 adalah kesempurnaan pemanduan berbanding model kembar, A250 sedan.

Mercedes-Benz GLA 250 merayap ke hadapan secara semula jadi ketika pedal ditekan, memberikan pemanduan yang baik walaupun ketika kelajuan rendah atau tinggi.

Di samping itu, transmisi dual clutch 8-kelajuan tidak terasa tersengguk-sengguk halus pada kelajuan rendah, dan ini agak mengejutkan dalam model Mercedes-Benz moden. Ia terasa ringkas, mudah dan lancar seperti yang anda harapkan dari transmisi dual-clutch biasa.

Sudah tentu, untuk mengangkut berat badan kenderaan yang berat, enjin perlu cukup berkuasa. Walaupun tidak setanding A250 sedan, ia tetap mampu dilihat secara lebih memuaskan. Ujian pecutan 0-100 km/j mencatatkan 7.6 saat, konsisten untuk 3 kali ujian.

Stereng agak tepat tetapi terasa agak artifisial kerana ia terasa lebih berat apabila kelajuan meningkat. Brek adalah fesyen Mercedes-Benz yang tipikal - sedikit pantas pada kelajuan rendah dan pemanduan di bandar tetapi meyakinkan pada kelajuan tinggi.

Keselesaan pemanduan - Tenang dan matang

Sama seperti model A-Class generasi sekarang, Mercedes-Benz GLA 250 mempunyai keselesaan yang sangat baik. Sistem suspensi menyerap sebahagian besar kekurangan jalan tanpa banyak gangguan disalurkan ke dalam kabin.

Namun, ia terasa mendap di selekoh tajam di jalan raya, mengurangkan ketenangan perjalanan. Dan pada kelajuan yang lebih tinggi, Mercedes-Benz GLA 250 kurang menyerap kekurangan jalan dengan baik seperti model Lexus UX justeru kepala sedikit terlonjak-lonjak secara tegak.

Walaupun begitu, kebanyakan pesaing terdekatnya seperti BMW X1 dan Volvo XC40 tidak mempunyai kualiti perjalanan yang lebih baik. Hanya Lexus UX sahaja yang mempunyai keselesaan pemanduan terbaik dalam aspek ini.

Keselesaan tempat duduk di hadapan agak memuaskan. Terdapat sokongan paha yang mencukupi dan boleh dilanjutkan. Mengenai sokongan bahagian belakang, saya mendapati diri saya mengubah sudut tegak dan sokongan lumbar untuk mengagihkan tekanan supaya lebih sama rata.

Untuk pemanduan yang lebih singkat, pelarasan yang ada sudah memadai tetapi apabila duduk untuk jangka masa yang panjang, rasa tidak selesa mula timbul sehingga ia memerlukan pelarasan dari masa ke semasa.

Dari segi kebisingan kabin, Mercedes-Benz GLA 250 lebih senyap berbanding sedan A-Class dan meter tahap bunyi juga mencerminkan hal ini. Berikut adalah perbandingannya

Tahap kebisingan kabin
  GLA 250 A250
60 km/h 59 dB 61 dB
90 km/h 65 dB 67 dB
110 km/h 69 dB 70 dB

Kadar penggunaan minyak - Sama dengan A250

Untuk jarak tempuh pemanduan sejauh 103.5 km, dipecah kepada 60% lebuh raya dan 40% pemanduan bandar, penggunaan bahan api Mercedes-Benz GLA 250 yang diuji berjaya mencapai 8.6 liter / 100 km.

Paparan perjalanan kiraan komputer pada papan pemuka menunjukkan angka 9.0 liter / 100 km, yang tidak terlalu jauh dari angka kiraan sebenar.

Konklusi

Sebagai SUV premium kompak, tidak banyak yang boleh dirungut mengenai Mercedes-Benz GLA 250. Perincian SUV ini boleh diterima, mempunyai persembahan kabin dalaman yang sangat baik, dan mudah untuk dinikmati setiap hari.

Value Your Car
Select Your Car

Sama seperti model pesaing Lexus UX (CBU), halangan terbesar adalah harga permintaannya sebanyak RM 285,336 (harga atas jalan tanpa insurans, dengan potongan SST). Jangkakan harganya untuk meningkat selepas potongan SST dikenakan kembali, dengan anggaran berjumlah RM 295,888.

Harga ini sudah masuk ke wilayah sedan eksekutif kompak kelas atasan iaitu Mercedes-Benz C300 atau BMW 330i. Untuk harga berkenaan, tentu ramai yang memilih sedan berbanding SUV.

Namun jika SUV adalah kriteria utama, BMW X3 20i yang baru dilancarkan cuma berharga RM 286,674 (tanpa SST, dengan pakej jaminan dan perkhidmatan yang dilanjutkan) di mana ini adalah model SUV satu segmen atas daripada Mercedes-Benz GLA 250.

BMW X1 20i yang kurang berkuasa adalah sekitar RM 50k lebih murah berbanding Mercedes-Benz GLA 250, disebabkan oleh status CKD. Walau bagaimanapun, Mercedes-Benz GLA dijangka akan dipasang secara tempatan dan bakal tiba pada akhir tahun 2021. Ini akan mengurangkan jurang harga antara kedua-duanya tetapi berapa banyak?

    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, juster...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Mercedes-Benz GLA

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

2022 Mercedes-Benz A-Class vs GLA, which should be your first Mercedes?

2021 Mercedes-Benz GLA 250 Review in Malaysia, Better Than A BMW X1?

Top 5 New SUVs Coming to Malaysia, Kia Seltos, Nissan Kicks, Toyota RAV4, Xpander & GLA | WapCar

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

  • Mercedes-Benz GLA
    RM 241,379
    VS
    Mercedes-Benz GLB
    RM 271,788
    GLA vs GLB
  • Mercedes-Benz GLA
    RM 241,379
    VS
    BMW X3
    RM 315,800
    GLA vs X3
  • Mercedes-Benz GLA
    RM 241,379
    VS
    Mercedes-Benz GLC
    RM 299,539
    GLA vs GLC
  • Mercedes-Benz GLA
    RM 241,379
    VS
    Volvo XC60
    RM 292,266
    GLA vs XC60
  • Mercedes-Benz GLA
    RM 241,379
    VS
    Volvo C40 Recharge
    RM 288,888
    GLA vs C40 Recharge