window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Achey sanggup 'letgo' motosikal tampung kos rawatan ibu

Khairil ยท Jun 16, 2021 04:00 PM

Achey sanggup 'letgo' motosikal tampung kos rawatan ibu 01

Sanggup jual koleksi motosikal demi menampung kos rawatan ibu tersayang. Itu antara pengorbanan yang dibuat pelawak terkenal, Achey Bocey selepas ibunya, Ngaisah Hassan, 70 berdepan masalah kesihatan.

Juga baca: Berbaloi ke 'angkat' SYM VF3i 2021?

Achey, 35, memetik laporan Harian Metro berkata meskipun masih mempunyai wang simpanan, namun dia perlu berusaha mencari sumber kewangan lain untuk menampung kos rawatan yang diperlukan nanti termasuk menjual motosikalnya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Achey sanggup 'letgo' motosikal tampung kos rawatan ibu 01

Achey sebelum ini terkenal sebagai antara selebriti yang cukup meminati motosikal dan pernah dilaporkan memiliki lebih daripada 30 buat motosikal dan pernah dinobat sebagai menerima anugerah Ikon Permotoran Viral.

Antara motosikal yang berada dalam koleksinya termasuklah Yamaha RX-Z, Yamaha YSuku, SYM VF3i 185, motosikal scrambler dan pelbagai lagi.

Juga baca: MyMAP dilancar, SYM VF3i 185 motosikal pertama dapat penarafan 5 bintang

Achey sanggup 'letgo' motosikal tampung kos rawatan ibu 02

"Dalam keadaan sekarang, cabarannya lebih besar. Saya tidak boleh nak guna wang simpanan saja tanpa berusaha mencari jalan lain," kata Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah.

"Jadi, saya memang sudah sedia nak jual harta kesayangan yang saya ada. Apa yang boleh dijual nanti termasuk motosikal, saya sanggup menjualnya. Jika ada rakan-rakan yang berminat nak beli, bersedia saja kerana saya mungkin akan melakukannya," katanya.

Achey sanggup 'letgo' motosikal tampung kos rawatan ibu 03

Dalam perkembangan terbaharu di laman sosialnya, Achey kelihatan sedang menaiki ambulan bersama ibunya ke hospital KPJ Jobor Bahru.

Mengulas lanjut mengenai masalah kesihatan ibunya, Achey berkata ia mula dikesan dalam tempoh dua bulan ini selepas suaminya, Hamzah Salam meninggal dunia.

Achey sanggup 'letgo' motosikal tampung kos rawatan ibu 04

"Waktu itu dia mengalami masalah sebu perut. Sejak kebelakangan ini berat badannya juga turun mendadak hampir 20 kg. Saya bersama adik-beradik lain bimbang memikirkan apa sebenarnya penyakit emak.

"Kami bawa emak buat pemeriksaan doktor. Awalnya dimaklumkan emak mungkin mengalami gastrik kerana dia pun ada sejarah penyakit itu. Tapi, saya tak puas hati dan pujuk emak untuk bawa dia buat pemeriksaan dengan pakar.

Achey sanggup 'letgo' motosikal tampung kos rawatan ibu 05

"Semalam, apabila berjumpa pakar, rupa-rupanya dah ada macam-macam. Emak yang tak pernah ada kencing manis, tiba-tiba sudah ada dan bacaannya tinggi iaitu 30. Begitu juga dengan kandungan gula dan garam dalam badannya tak cantik. Jadi memang kena buat ujian darah dan didapati ada masalah," katanya.

Achey sanggup 'letgo' motosikal tampung kos rawatan ibu 06

Selain menjual koleksi kesayangan, Achey juga berkata dia bertuah apabila turut mendapat bantuan daripada rakan-rakan di kampungnya yang berusaha mewujudkan tabung bantuan bagi mengumpul dana diperlukan untuk rawatan ibunya.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda