window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Gaya pemanduan di Borneo vs. Semenanjung Malaysia – Sabah & Sarawak terlalu santai?

Mersita · Jun 26, 2021 02:00 PM

Gaya pemanduan di Borneo vs. Semenanjung Malaysia – Sabah & Sarawak terlalu santai? 01

Bagi warga Semenanjung Malaysia yang belum pernah ke Sabah dan Sarawak (S&S), mereka mungkin tertanya apa perbezaan sebenar suasana di negeri-negeri Borneo ini dengan Tanah Melayu?

Warga kota di Semenanjung yang pernah memandu di Sabah dan Sarawak mungkin pernah merasai perbezaan gaya dan tabiat pemandu di sana yang boleh dikatakan “agak santai” jika dibandingkan dengan kesibukan kota Kuala Lumpur.

Gaya pemanduan di Borneo vs. Semenanjung Malaysia – Sabah & Sarawak terlalu santai? 02

Kuching – Serian Road (KSR). Gambar: Lebuhraya Borneo Utara

Kali ini, kami ingin mengupas secara ringkas tentang perbezaan yang boleh dilihat antara pemandu di Semenanjung Malaysia dan Sabah & Sarawak dari segi tabiat dan gaya pemanduan masing-masing. Pemerhatian adalah berdasarkan pengalaman peribadi penulis yang berasal dari Sarawak dan menetap di Kuala Lumpur sejak 12 tahun lalu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perlu diingatkan sebahagian daripada pemerhatian ini dibuat ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, dengan mengambil kira keadaan lalu lintas biasa yang dialami di bandar seperti Kuching dan Miri.

Gaya pemanduan di Borneo vs. Semenanjung Malaysia – Sabah & Sarawak terlalu santai? 01

Miri, Sarawak

1. Warga S&S pandu perlahan dan santai

Bagi yang sudah terbiasa dengan gaya serta tabiat pemanduan di metropolitan seperti Kuala Lumpur – laju, lincah, dan 'bersemangat' di jalan raya – mungkin akan terasa perbezaan yang ketara apabila memandu di Sabah atau Sarawak.

Perlu diingatkan Sabah dan Sarawak besar negerinya. Ada bandar yang kecil dan ada juga yang besar. Pemerhatian ini sebahagian besarnya merangkumi bandaraya seperti Miri dan Kuching, serta jalan raya di Sabah yang menghubungkan daerah-daerah di dalamnya. Tidak dilupakan juga, Pan Borneo Highway.

Gaya pemanduan di Borneo vs. Semenanjung Malaysia – Sabah & Sarawak terlalu santai? 02

Matang, Kuching

Berdasarkan pemerhatian, pemandu di Sarawak lebih santai dan antaranya memandu terlalu perlahan. Tidak dinafikan perbezaan antara S&S dan Semenanjung ialah saiz jalan atau jumlah lorong. Namun berdasarkan pemerhatian penulis, perbezaan juga dapat dilihat antara zon-zon berlainan di Sarawak.

Pengalaman penulis sendiri memandu di bandaraya Kuching agak unik kerana ia terasa berbeza dengan bandaraya lain seperti Miri.

Gaya pemanduan di Borneo vs. Semenanjung Malaysia – Sabah & Sarawak terlalu santai? 03

Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman memandu di Kuching menaiki Perodua Kancil 850 cc (dipandu dengan ‘max speed’ 80 – 85 km/jam), saya lihat pemandu di Kuching cukup santai dan kadangkala ‘terlalu santai’ tanpa mengira lorong kiri atau kanan.

Bukanlah niat untuk menggalakkan pemandu melangkaui had laju (rujukan had laju untuk Kuching North di sini), namun setelah hampir setiap hari memandu di sekitar ibu kota, hampir setiap kali jugalah terjumpa pemandu yang memandu bawah 40 km/jam walaupun di kawasan berhad laju 60 - 80 km/jam - tanpa mengira lorong kanan atau kiri.

Mungkin penulis pun sudah terbiasa dengan kelajuan normal iaitu sekitar 60 km/jam, dan jika kena dengan situasinya 80 km/jam di jalan raya lengang empat lorong - contohnya Jambatan Matang - Batu Kawa. Namun, walau dengan si Kancil (kecil tapi tangkas), penulis banyak kali secara tidak sengaja 'tercucuk' kereta semewah Mercedes-Benz ataupun si raja pikap 'Hailak'.

Gaya pemanduan di Borneo vs. Semenanjung Malaysia – Sabah & Sarawak terlalu santai? 04

Gambar: Borneo Post

Bagi yang gemar dengan gaya hidup santai tanpa perlu risau ‘dicucuk’ oleh kereta di belakang, bandar ini mungkin tempat yang sesuai untuk anda.

Namun, jika anda tersekat di belakang kereta yang bergerak 30 – 35 km/jam menuju lampu isyarat hijau atau berbaris di belakang kereta yang kurang yakin untuk masuk bulatan/roundabout tiga lorong (walaupun ada laluan kosong), perjalanan yang sepatutnya mengambil masa kurang 15 minit akhirnya akan jadi lebih 20 minit.

Gaya pemanduan di Borneo vs. Semenanjung Malaysia – Sabah & Sarawak terlalu santai? 05

Bulatan Matang, Kuching. Sumber

Sambil kita mematuhi undang-undang, had laju, dan menjaga keselamatan, eloklah kiranya jika kita memandu pada kelajuan normal dan tidak teragak-agak ketika mengemudi kenderaan di jalan raya. Selain daripada mengurangkan kesesakan, pemanduan yang yakin dan selamat boleh membuatkan suasana pemanduan lebih menyenangkan bagi semua tak kisahlah di mana anda berada.

2. Pemandu S&S mesti belajar cara memotong dengan selamat dan efektif

Kalau anda nak tahu, jalan darat yang menghubungkan Sabah dan Sarawak sebahagian besarnya adalah jalan dua lorong (melainkan Pan Borneo dengan empat lorong). Jika tersekat di belakang lori atau kenderaan berat, perjalanan yang mengambil masa 3 jam boleh jadi hampir 4 jam atau lebih.

Gaya pemanduan di Borneo vs. Semenanjung Malaysia – Sabah & Sarawak terlalu santai? 06

Gambar: Bernama

Kebolehan memotong dengan selamat dan efektif amat penting untuk dipelajari terutama sekali di kawasan sebegini. Pemandu di Borneo terpaksa menghadapi situasi ini lebih kerap berbanding pemandu di Semenanjung Malaysia, maka ramai pemandu belajar dari pengalaman.

Tapi, perlu diingatkan ‘trial and error’ boleh meningkatkan risiko kemalangan. Oleh itu, ada baiknya jika kebolehan memotong dipelajari secara formal atau lebih mendalam.

Gaya pemanduan di Borneo vs. Semenanjung Malaysia – Sabah & Sarawak terlalu santai? 07

Jalan raya menghubungkan daerah di Sabah. Gambar: blog jalan raya

3. Modifikasi kereta kompak di Sarawak lebih rancak?

Berdasarkan pemerhatian, pemilik kereta di S&S gemar mengubahsuai kenderaan dan ada diantaranya memang menarik. Ubahsuai cukup rancak bagi kereta-kereta kompak seperti Perodua Kancil/Daihatsu Mira, Perodua Viva, Perodua Axia, Perodua Kelisa, dan Perodua Myvi/Passo Boon.

Jangan terkejut jika anda lihat banyak kereta kompak 'lejen' masih meluncur bangga di jalan raya S&S dalam jumlah yang agak banyak berbanding suasana sering kita lihat di Kuala Lumpur.

Satu ubahsuai 'mini' paling ketara ialah penggunaan nombor plat ‘fancy’ di negeri ini ini. Ia sememangnya popular di seluruh Malaysia, namun kepelbagaiannya dan kadar penggunaannya di Sarawak nampak gayanya lebih tinggi. Inilah salah satu aspek paling ketara apabila penulis tiba di Miri dan memandu pulang ke rumah dari lapangan terbang.

Gaya pemanduan di Borneo vs. Semenanjung Malaysia – Sabah & Sarawak terlalu santai? 08

4. S&S syurga trak pikap

Ini mungkin perkara paling ketara jika bercakap tentang suasana jalan raya di Sabah dan Sarawak. Pasaran trak pikap di Malaysia sebahagian besarnya tertumpu di bumi Borneo kerana penggunaannya di sini berlainan dengan segelintir pemilik di Semenanjung yang mahukan trak pikap kerana gaya.

Gaya pemanduan di Borneo vs. Semenanjung Malaysia – Sabah & Sarawak terlalu santai? 09

Gambar: Facebook

Memandangkan rangkaian jalan raya di Sabah dan Sarawak mengambil masa berdekad lamanya untuk dibangunkan, trak pikap dianggap sebagai satu keperluan bagi mengharungi jalan tidak berturap di kawasan luar bandar.

Selain daripada digunakan untuk berniaga, warga kota yang sering balik ke kampung memerlukan trak pikap untuk mengharungi jalan raya yang samada rosak teruk atau tidak berturap.

Baca juga: Rakyat Malaysia terkandas, trak pikap 4x4 jadi keperluan penting di Sarawak dan Sabah

Gaya pemanduan di Borneo vs. Semenanjung Malaysia – Sabah & Sarawak terlalu santai? 10

Gambar: FB Rayner R.K

Pastinya, Toyota Hilux menjadi kegemaran ramai pemilik trak pikap di sana. Mitsubishi Pajero, Land Cruiser, Mitsubishi Triton, Isuzu D-Max, Nissan X-Trail dan lain-lain juga sering dilihat meluncur gah di jalan raya Borneo. Pikap popular masa kini, Toyota FJ Cruiser, dilihat ‘bersepah’ di Sabah dan Sarawak.

Baca juga: Toyota FJ Cruiser - digilai di Borneo dan seluruh dunia, 10 sebab kenapa anda patut beli!

Gaya pemanduan di Borneo vs. Semenanjung Malaysia – Sabah & Sarawak terlalu santai? 11

Sumber

Sebelum menulis artikel ini, penulis memerhati jenama kereta yang kerap ditemui di jalan raya Kuching. Jenama paling kerap dilihat (mengikut ‘ranking’ diolah sendiri) ialah (1) Proton/Perodua, (2) Toyota, (3) Honda. Kadangkala terjumpa Nissan, tapi amat jarang sekali. 'People's car' sememangnya menjadi pilihan di sini, namun jika ingin memilih jenama bukan nasional, Toyota dan Honda kerap menjadi pilihan hati.

Gaya pemanduan di Borneo vs. Semenanjung Malaysia – Sabah & Sarawak terlalu santai? 12

Suasana di pekan Marudi, Sarawak. Kalau 'terer' cuba kira berapa buah trak pikap dalam gambar ni. Gambar: FB Rayner R.K

5. Keadaan jalan raya dan perbezaan lain-lain

Keadaan jalan raya, terutama sekali yang menghubungkan zon-zon negeri Sarawak dan jalan luar bandar di Sabah, masih dibelenggu kualiti pembinaan yang teruk. Jalan raya menghubungkan daerah-daerah di S&S banyak tampalan dan lubang besar sehinggakan kereta terpaksa memandu perlahan-lahan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku (mungkin menjelaskan 'point' pertama di atas tentang mengapa pemandu sudah terbiasa dengan pemanduan santai).

Gaya pemanduan di Borneo vs. Semenanjung Malaysia – Sabah & Sarawak terlalu santai? 13

Gambar: Borneo Herald

Turapan jalan di beberapa kawasan luar bandar S&S samada berlubang teruk atau hancur terus. Pengalaman penulis memandu dari Kota Kinabalu (Sabah) ke Merapok (Sarawak) memang haru-biru - tak hairanlah jika kereta selain daripada trak pikap akan terjejas 'mounting', rim pun boleh bengkok.

Baca juga: Kita bayar cukai jalan sebenarnya untuk apa? Bukan bagi baiki jalan semata-mata?

Namun, sekurang-kurangnya di kawasan berpopulasi lebih tinggi dan di pusat-pusat bandaraya, penulis bersyukur lubang jalan tidaklah sebanyak lubang jalan di Kuala Lumpur.

Gaya pemanduan di Borneo vs. Semenanjung Malaysia – Sabah & Sarawak terlalu santai? 14

Tambahan pula, lampu isyarat di seluruh bandaraya Kuching telah dinaiktaraf kepada lampu isyarat pintar. Setakat ini, lebih 75% lampu isyarat di Kuching telah digantikan dengan lampu isyarat jenis ini.

Menurut laporan Utusan Borneo, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata kerajaan negeri sedang melaksanakan penggunaan lampu isyarat pintar menggunakan perisian SCATS (Sydney Coordinated Adaptive Traffic System) bagi melancarkan aliran trafik.

Gaya pemanduan di Borneo vs. Semenanjung Malaysia – Sabah & Sarawak terlalu santai? 15

Bandar-bandar di Sarawak juga tidak terlepas daripada masalah kesesakan jalan raya yang teruk. Ditambah lagi dengan kekurangan kemudahan pengangkutan awam, nisbah kenderaan persendirian berdaftar dengan jumlah populasi adalah sekurang-kurangnya sebuah kereta bagi setiap dua orang – menyumbang kepada kesesakan yang teruk di bandar seperti Kuching dan Miri.

Gaya pemanduan di Borneo vs. Semenanjung Malaysia – Sabah & Sarawak terlalu santai? 16

Flyover Boulevard, Miri

Kesimpulan

Diingatkan sekali lagi, kupasan kali ini hanyalah berdasarkan pengalaman peribadi dan pemerhatian penulis – seorang anak jati Sarawak yang sudah lama merantau ke Kuala Lumpur. 

Sesiapapun yang pernah memandu di 'tempat orang' pasti akan merasai perbezaannya. Mungkin ini boleh jadi satu pengalaman yang bagus untuk warga kota bagi melatih sifat timbang rasa dan sabar apabila memandu di jalan raya.

Iboh manas... Jalan lok, pok!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda