window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Malaysia rugi RM 3.44 billion akibat tiada jualan kenderaan sepanjang PKP Jun 2021!

Haris ยท Jun 24, 2021 11:59 AM

Malaysia rugi RM 3.44 billion akibat tiada jualan kenderaan sepanjang PKP Jun 2021! 01

Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 telah memberikan impak yang sangat besar dalam industri automotif. Berikutan daripada penutupan industri dan agensi automotif kerajaan, dijangka jualan kenderaan baharu pada bulan Jun 2021 adalah sifar.

Malaysia rugi RM 3.44 billion akibat tiada jualan kenderaan sepanjang PKP Jun 2021! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berdasarkan laporan Berita Harian, sekiranya harga median kenderaan sekitar RM 70,000, ekonomi Malaysia hilang pendapatan sebanyak RM 3.44 billion sepanjang PKP 3.0 akibat daripada ketiadaan jualan kenderaan.

Malaysia rugi RM 3.44 billion akibat tiada jualan kenderaan sepanjang PKP Jun 2021! 01

Bagi pengeluar yang tampil dengan platform jual beli atas talian pula, sebarang jualan tidak dapat dilakukan disebabkan oleh penutupan agensi kerajaan seperti Puspakom dan JPJ justeru menyebabkan pembelian tertangguh.

Malaysia rugi RM 3.44 billion akibat tiada jualan kenderaan sepanjang PKP Jun 2021! 02

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, berkata selain daripada masalah kekangan dan ketiadaan jualan sepanjang PKP, pengeluar juga masih terbeban dengan kekurangan cip mikro yang menjejaskan pengeluaran.

Malaysia rugi RM 3.44 billion akibat tiada jualan kenderaan sepanjang PKP Jun 2021! 03

"Penyelesaian pendaftaran adalah penting untuk mengelak perjanjian tidak luput, yang apabila terjadi memerlukan proses dilakukan sekali lagi.

"Jika ada stok di bilik pameran, kakitangan masih boleh mendaftar dengan JPJ dalam talian. Bagaimanapun, saya tidak fikir ia akan membabitkan jumlah yang besar," komen beliau mengenai penutupan agensi kerajaan.

Penganalisis CGS-CIMB, Mohd Shanaz Noor Azam, berkata perolehan sektor automotif dijangka kembali melonjak dengan pertumbuhan keuntungan bersih 34% berbanding tahun 2020.

Malaysia rugi RM 3.44 billion akibat tiada jualan kenderaan sepanjang PKP Jun 2021! 04

"Kami juga menjangkakan jualan pada bulan ini adalah minimum. Namun, kami tetap meramalkan TIV pada separuh kedua tahun ini lebih kukuh disokong pengecualian cukai kereta penumpang.

"Bagaimanapun, kami juga melihat kemungkinan kejatuhan berpotensi 10 peratus dalam unjuran TIV, jika kerajaan melanjutkan sekatan pergerakan penuh sehingga Julai," katanya dalam nota penyelidikan.

Bagi penganalisis TA Securities, Angeline Chin, pelaksanaan program vaksinasi yang berkesan menjadi petanda baik kepada jualan kenderaan.

Malaysia rugi RM 3.44 billion akibat tiada jualan kenderaan sepanjang PKP Jun 2021! 05

"Jualan juga akan meraih momentum hasil pemulihan ekonomi, persekitaran kadar faedah yang akomodatif dan pelancaran model baharu.

"Kami meramalkan TIV tahun ini kekal kepada 627,000 iaitu 18.4% lebih tinggi berbanding tahun lalu. Sinsentif cukaiecara keseluruhannya, kami mengharapkan sektor automotif berprestasi lebih baik pada 2021, hasil daripada insentif cukai," katanya.

Malaysia rugi RM 3.44 billion akibat tiada jualan kenderaan sepanjang PKP Jun 2021! 06

Walaubagaimanapun, tiada sebarang analisis mengenai cara atau aktiviti untuk memenuhi pengeluaran yang tertunggak selepas penutupan kilang pemasangan selama sebulan. Masalah cerutan (bottleneck) pengeluaran mungkin akan berlaku apabila kilang dibenarkan untuk dibuka semula.

Baca Lagi:

PKP 3.0: Pemantauan operasi kilang & perniagaan akan diketatkan, 90 kilang diarah tutup

Patuhi ‘lockdown’, Honda dan Toyota umum tangguh pengeluaran

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda