window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kantoi seludup dadah RM 23.7 juta dalam Toyota Alphard, kononnya sedang ditunda

Mersita ยท Jun 28, 2021 06:30 PM

Kantoi seludup dadah RM 23.7 juta dalam Toyota Alphard, kononnya sedang ditunda 01

Cubaan menyeludup dadah menggunakan trak tunda akhirnya tumpas apabila sebuah MPV mewah Toyota Alphard yang kononnya sedang ditunda didapati disumbat dadah bernilai lebih RM 23 juta.

Menurut laporan Harian Metro, trak tunda berkenaan ditahan pihak polis dalam Ops Tapis di Kilometer 7, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada Sabtu lalu (26 Jun) kira-kira jam 6 petang. Trak tunda yang ditemui dalam keadaan mencurigakan itu dinaiki oleh dua beranak berusia 58 dan 27 tahun berasal dari Ketereh, Kelantan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (JSJN) Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman, berkata pemeriksaan lanjut keatas Alphard berkenaan mendapati 447 bungkusan dadah bernilai RM23,728,850 disumbat di dalam ruang but dan barisan tempat duduk belakang MPV mewah itu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kantoi seludup dadah RM 23.7 juta dalam Toyota Alphard, kononnya sedang ditunda 01

Anggota polis yang menjalankan pemeriksaan terpaksa memanggil tukang kunci untuk membuka pintu hadapan MPV tersebut sebelum berjaya menemukan dadah seludup berkenaan. Semakan menerusi sistem PDRM mendedahkan yang kenderaan itu didaftarkan atas nama kereta jenis Proton Preve.

“Kita temukan methamphetamine seberat 403,705 gram bernilai RM20,185,250 diletakkan dalam 404 bungkusan dan ketamin seberat 44,295 gram bernilai RM3,543,600 diisi dalam 43 bungkusan.

“Kita juga merampas wang tunai berjumlah RM19,672 dan kedua-dua suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik,” katanya dalam satu kenyataan.

Kantoi seludup dadah RM 23.7 juta dalam Toyota Alphard, kononnya sedang ditunda 02

Kedua-dua beranak itu tidak mengaku ada sebarang kena-mengena dengan dadah yang diseludup itu dan mereka mendakwa tidak tahu kandungan MPV mewah itu sebelum ia ditunda. Si anak yang memandu trak tunda berkenaan mendakwa menerima panggilan telefon daripada lelaki yang tidak dikenali, memintanya untuk menunda MPV berkenaan ke Kuala Kangsar dengan bayaran RM 1,200.

Mereka mendakwa tidak mengeluarkan sebarang resit dan tiada butiran lanjut mengenai ‘lelaki misteri’ tersebut. Siasatan terhadap kedua-dua saspek diteruskan lagi untuk mengumpul maklumat lanjut sindiket penyeludupan dadah itu.

Sumber berita: Harian Metro

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda