Honda
Should I get a 2018 Civic Type R? Share eye candy a bit.
77
Menurut BestCarWeb, Honda kini sedang pertimbangkan untuk menggambungkan Civic dan Insight menjadi satu model yang sama menjelang pertengahan tahun 2022.
Bagi anda yang belum tahu, Honda Insight generasi sekarang adalah sebuah Civic versi hibrid tetapi dengan nama yang berbeza. Jadi, platform dan komponen yang digunakan juga adalah sama. Cumanya, Honda Insight didatangkan khas dengan enjin 1.5L hibrid manakala Civic pula menggunakan enjin 1.5L turbo.
Ia hanya dijual di pasaran Amerika Utara dan Jepun tetapi disebabkan oleh sambutan yang tidak begitu menggalakkan, ia mungkin digabungkan dengan Civic sebagai satu model sekaligus.
Berdasarkan media Jepun itu, Honda Insight generasi seterusnya mungkin hadir dengan badan jenis hatchback. Malah, mereka turut menyatakan bahawa ia akan beransur dengan enjin 1.5L hibrid (151 PS, 267 Nm tork) yang sama dengan model sekarang.
Juga baca: Honda Civic Hatchback 2022 – Apa yang ‘best’ & tak ‘best’, kali ini jadi masuk Malaysia?
Sebelum ini, Honda pernah mengumumkan bahawa mereka akan bertukar ke trenkuasa elektrik sepenuhnya menjelang tahun 2040 demi menepati piawaian persekitaran yang semakin ketat.
Juga baca: Kereta Honda bertukar elektrik sepenuhnya menjelang 2040, VTEC & Type R jadi sejarah
Ditambah pula dengan jualan Honda Insight yang tidak membanggakan, wajarlah sekiranya ia diberikan nama yang lebih terkenal supaya pembeli lebih tertarik dengan gerakan ke arah elektrifikasi.
Juga baca: Kilang Honda yang bina injap untuk enjin VTEC bakal tutup menjelang 2025
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
11