window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kilang Honda yang bina injap untuk enjin VTEC bakal tutup menjelang 2025

Faisal · Jun 7, 2021 12:00 PM

Kilang Honda yang bina injap untuk enjin VTEC bakal tutup menjelang 2025 01

Menjelang tahun 2025, salah satu dari kilang Honda iaitu Tochigi Powertrain Unit yang mana ia menghasilkan komponen enjin akan ditutup sepenuhnya.

Kilang Honda yang bina injap untuk enjin VTEC bakal tutup menjelang 2025 02

Menurut Honda, keputusan ini wajar diambil bagi mengekang perubahan drastik dari segi persekitaran yang meliputi industri automotif hari ini. Perkembangan produksi di luar Jepun juga telah mengurangkan permintaan pembekalan dari Jepun sendiri.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kilang Honda yang bina injap untuk enjin VTEC bakal tutup menjelang 2025 01

Honda E, kereta elektrik Honda yang pertama.

Penutupan kilang ini dibuat berdasarkan rumusan kapasiti produksi global Honda untuk tahun 2017 yang mana ia menyaksikan perubahan pasaran dengan begitu ketara.

Disebabkan itu, Honda telah mengumumkan bahawa kereta hibrid, kereta elektrik berbateri (BEV), dan kereta elektrik fuel cell (FCEV) akan menyumbang 40% daripada jualan global menjelang tahun 2030. Dan menjelang tahun 2040 pula, kesemua model Honda hanya akan terdiri daripada kereta elektrik berbateri dan fuel cell sahaja.

Juga bacaKereta Honda bertukar elektrik sepenuhnya menjelang 2040, VTEC & Type R jadi sejarah

Untuk maklumat anda, kilang Tochigi Powertrain Unit dirasmikan pada Disember 1970. Kalau anda nak tahu, kilang inilah yang menghasilkan komponen injap untuk enjin VTEC pertama yang debut pada Honda Integra tahun 1989.

Kilang Honda yang bina injap untuk enjin VTEC bakal tutup menjelang 2025 02

Honda Integra DA6 tahun 1989, kereta VTEC pertama.

Selain injap enjin, kilang ini turut menghasilkan komponen seperti:

  • Crankshaft
  • Conrod
  • Penyambung CV
  • Komponen 4WD
  • Gear transmisi dan tali CVT

Malangnya, komponen-komponen ini tidak diperlukan untuk pembuatan kereta elektrik berbateri dan fuel cell.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda