Mamak Talk
Hyundai Kona discussion
65
Sekitar Mac 2021 yang lepas, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) ada menawarkan sebuah Hyundai Grand Starex yang begitu unik. MPV ini dikenal sebagai Grand Starex Executive Plus Special Edition. Kini, ia disenaraikan oleh Sime Darby Auto Selection Glenmarie dengan harga RM 142,800.
Sewaktu dilancarkan, model yang eksklusif ini ditawarkan pada harga RM 163,888. Selepas berjalan sekitar 8,000 km, Starex ini telah susut harga sebanyak RM 21,088, iaitu 13% daripada nilai asal.
Juga baca: Hyundai Staria debut ASEAN - 2.2L turbo diesel, 11 penumpang, harga bermula RM 222k!
Walau apa jua tanggapan anda terhadap harga tersebut, ia tetap sebuah Starex yang istimewa.
Juga baca: 5 mitos tentang kereta Jerman lwn. kereta Jepun/Korea
Pada tahun 2019, Hyundai Australia mengeluarkan sebuah iMax N “Drift Bus” bersempena dengan gurauan April Fool’s. Tetapi prestasinya tidak boleh digurau langsung kerana bas 'drift' ini datang dengan enjin petrol 3.5L V6 twin-turbo (402 PS, 555 Nm tork) yang dipadankan dengan transmisi automatik 8 kelajuan.
Sebagai perbandingan, bas drift versi Malaysia yang diceritakan pula tidak hadir dengan peningkatan prestasi. Malah, Starex Special Edition ini kekal dengan enjin 2.5L turbodiesel (170 PS, 441 Nm tork) yang sama pada Grand Starex standard.
Oleh itu, ia dipadankan dengan transmisi automatik 5 kelajuan yang menghantar kuasa ke roda belakang. Kiranya, anda masih boleh drift tetapi kurang padu lah cerita dia.
Apapun, penampilan Starex SE dengan warna Performance Blue, kit badan agresif, dan rim 19 inci nampak cukup ranggi. Menariknya, ia disenaraikan sebagai warna “Creamy White”.
Warna pada bahagian dalamnya juga diiklankan sebagai “Black Leather”. Sekilas pandang, ia lebih kepada ala coklat cerah.
Melihat kepada arahan PKP yang sedang dilaksanakan, anda yang berminat dengan Starex Special Edition yang masih baru ini mungkin perlu tunggu terlebih dahulu sebelum dapat memilikinya.
Juga baca: Malaysia rugi RM 3.44 billion akibat tiada jualan kenderaan sepanjang PKP Jun 2021!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
4