window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hyundai Staria debut ASEAN - 2.2L turbo diesel, 11 penumpang, harga bermula RM 222k!

Haris Β· Jul 9, 2021 09:30 PM

Hyundai Staria debut ASEAN - 2.2L turbo diesel, 11 penumpang, harga bermula RM 222k! 01

Hyundai Thailand dengan bangganya telah melancarkan Hyundai Staria 2021. MPV ini tampil dengan rekaan futuristik dan minimalis tetapi masih mampu memuatkan sehingga 11 penumpang. Model pasaran Thailand ini adalah penampilan pertama Hyundai Staria di ASEAN.

2 varian yang ditawarkan adalah seperti berikut:

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
  • Model S berharga 1,729,000 baht (RM 222,702)
  • Model SEL berharga 1,999,000 baht (RM 257,479)

Hyundai Staria debut ASEAN - 2.2L turbo diesel, 11 penumpang, harga bermula RM 222k! 01

Pilihan enjin untuk Hyundai Staria terhad kepada enjin 2.2 liter turbo diesel (177 PS/431 Nm). Terdapat enjin yang lebih berkuasa 3.5 liter NA MPI G6DIII petrol (272 PS/331 Nm) yang nampaknya tidak ditawarkan di rantau ini.

Hyundai Staria debut ASEAN - 2.2L turbo diesel, 11 penumpang, harga bermula RM 222k! 02

Rekaan Hyundai Staria diilhamkan oleh kapal angkasa. Selain itu, ia turut direka berdasarkan konsep Inside Out yang memberi fokus reka bentuk dalaman sebelum rekaan luar. Ia juga menggunakan bentuk badan satu garis yang menjadikan kereta kelihatan elegan.

Hyundai Staria debut ASEAN - 2.2L turbo diesel, 11 penumpang, harga bermula RM 222k! 03

Bahagian depan mempunyai jalur lampu LED melintang yang tampil seperti robocop. Lampu utama LED pula diturunkan pada bahagian lampu kabus. Penampilan yang radikal ini turut dibawa ke bahagian belakang dengan lampu menegak Parametric Pixel LED.

Perbandingan pada bahagian sisi dapat dilihat pada saiz rim 18-inci untuk varian SEL manakala varian S hanya dilengkapi dengan rim bersaiz 17-inci.

Hyundai Staria debut ASEAN - 2.2L turbo diesel, 11 penumpang, harga bermula RM 222k! 04

Dari aspek praktikaliti, 11 tempat duduk boleh dikonfigurasikan kepada 3 - 3 - 2 - 3. Lebih menarik lagi, 3 kerusi baris hadapan boleh dilipat bahagian tengah untuk memberikan ruang perehat lengan lengkap dengan pemegang cawan. Bahagian belakang juga sangat rendah untuk memudahkan penyimpanan kargo.

Hyundai Staria debut ASEAN - 2.2L turbo diesel, 11 penumpang, harga bermula RM 222k! 05

Kluster meter menggunakan paparan digital penuh 10.25 inci, sementara di konsol tengah terdapat skrin sesentuh 8-inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar. Lubang udara turut direka bersepadu dengan konsol depan.

Hyundai Staria debut ASEAN - 2.2L turbo diesel, 11 penumpang, harga bermula RM 222k! 06

Pakej keselamatan Hyundai Smart Sense yang ditawarkan merangkumi ADAS yang meliputi fungsi seperti kawalan pelayaran pintar, sistem amaran dan brek automatik, sistem amaran titik buta dengan paparan titik buta pada sistem kawalan papan pemuka, sistem amaran lalu lintas belakang dan kamera pandangan 360 darjah.

Untuk aspek keselamatan standard, 6 beg udara dilengkapi di semua arah termasuklah beg udara sisi dan beg udara tirai.

Hyundai Staria debut ASEAN - 2.2L turbo diesel, 11 penumpang, harga bermula RM 222k! 07

Kehadiran Hyundai Staria di Thailand menjadi petanda awal bahawa ia akan menjengah ke Malaysia sekitar tahun 2022 berdasarkan perancangan awal. Hyundai Staria juga akan menerima saingan langsung dari rakan senegara, Kia Grand Carnival baharu yang turut dirancang untuk pelancaran tak lama lagi.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda