window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Achey berjaya jual lima motosikal, basikal kesayangan demi ibu dan keluarga

Mersita ยท Jul 16, 2021 04:00 PM

Achey berjaya jual lima motosikal, basikal kesayangan demi ibu dan keluarga 01

Pelawak dan penyanyi tanah air terkenal, Achey Bocey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, terpaksa menjual lima buah motosikal dan sebuah basikal kesayangannya sebagai alternatif untuk mengumpul sumber kewangan tambahan, lapor Harian Metro.

Setakat ini, Achey telah berjaya menjual lima buah motosikal, sebuah basikal, dan helmet. Katanya, motosikal lasak miliknya yang disewakan di sekitar Segamat akan turut dijual bermula minggu hadapan. Sebahagian besar daripada pembelinya bertanyakan tentang kenderaan yang dijualnya menerusi Instagram.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Salah satu daripadanya ialah sebuah basikal model Insainne Finissimo Pink Carbon yang diiklankan dengan harga jualan RM 2,000. Basikal jenis ‘road bike’ itu terjual dalam masa 3 hari sahaja.

“Saya akan jual satu persatu untuk menampung perbelanjaan rawatan emak dan juga keperluan keluarga saya sendiri. Apapun, keadaan kewangan yang saya ada masih lagi terkawal. Cuma, tak tahulah sampai bila akan dapat bertahan. Jadi, saya buat jualan motosikal untuk mendapatkan pendapatan sampingan tambahan, sebelum keadaan menjadi tenat,” katanya kepada akhbar itu.

Baca juga: Achey sanggup 'letgo' motosikal tampung kos rawatan ibu

Achey berjaya jual lima motosikal, basikal kesayangan demi ibu dan keluarga 01

Pada Jun lalu, Achey sekeluarga menerima berita mengejutkan tentang kesihatan ibunya, Ngaisah Hassan (70), yang merosot dan perlu menerima rawatan lanjut.

Achey memberitahu di laman Instagramnya yang ada pembeli ‘lock’ motosikal yang hendak dijualnya pada tawaran lebih tinggi daripada harga jualannya yang sebenar. Ada juga diantara rakan-rakannya yang turut membantu secara sukarela.

Selebriti terkenal Malaysia ini merupakan sebahagian daripada komuniti sukan permotoran tempatan dan amat gemar mengumpul motosikal sebagai hobi.

Baca juga: Achey kumpul sekitar 30 motosikal kapcai – kebanyakannya cagaran untuk bantu orang

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda