Mamak Talk
what kind of car can buy at 200k, preferably an SUV. There are relatively high requirements for safety and comfort.
58
Sewaktu pelancaran Volkswagen Arteon R-Line facelift 2021 baru-baru ini, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mengadakan sidang media bagi menjawab segala persoalan yang diajukan oleh wartawan automotif. Dalam menjawab salah satu daripada soalan WapCar.my, VPCM sempat berikan klu bahawa sebuah SUV baharu mungkin tiba ke pasaran Malaysia.
Pada mulanya, kami bertanya mengenai Volkswagen Polo Mk6. Erik Winter, selaku Pengarah Urusan VPCM menjelaskan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang pelan untuk hatchback segmen B tersebut.
Juga baca: Harapan semata-mata, VW Polo Mk6 tidak dirancang untuk tembus pasaran Malaysia
Sebaliknya, beliau mengulas bahawa syarikat itu sedang merancang untuk model yang lain.
Dalam sesi soal jawab itu, kami diterangkan bahawa trend buat masa ini adalah kenderaan jenis SUV. Malah, pasaran VPCM buat masa sekarang memihak kepada SUV (model Volkswagen paling laku sekarang ialah Tiguan Allspace). Secara tidak langsung, ini memberikan petunjuk bahawa model baharu tersebut adalah sebuah SUV.
Apapun, VPCM tidak menjawab secara spesifik. Oleh itu, jangkaan kami adalah VW T-Cross, T-Roc ataupun Touareg. Tetapi kalau diikutkan, Touareg berkemungkinan tidak kerana generasi yang terdahulu pun tidak mendapat sambutan yang baik. Maklumlah, Volkswagen yang berharga setengah juta memang sukar untuk rakyat Malaysia terima.
Memandangkan sambutan Honda HR-V dan Proton X50 cukup luar biasa di Malaysia, agak logik sekiranya VPCM meletakkan fokus untuk membawa masuk T-Roc dan T-Cross.
Untuk maklumat anda, T-Cross adalah SUV Volkswagen yang paling kompak. Ia sedikit kecil daripada T-Roc.
Kiranya, kedua-dua SUV ini diibarat seperti Toyota Corolla Cross dan RAV4 ataupun Mazda CX-30 dan CX-5.
Sebelum ini, kami pernah laporkan mengenai T-Roc yang diacah oleh VPCM tetapi ia sebenarnya gambar pasaran antarabangsa yang diolah untuk iklan Volkswagen Arteon facelift.
Jadi, T-Cross atau T-Roc? Sama-sama kita nantikan.
Juga baca: Kereta elektrik VW di Malaysia - VPCM hanya tunggu polisi EV dari kerajaan
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
3