window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kereta elektrik VW di Malaysia - VPCM hanya tunggu polisi EV dari kerajaan

Faisal ยท Jul 19, 2021 12:00 PM

Kereta elektrik VW di Malaysia - VPCM hanya tunggu polisi EV dari kerajaan 01

Sewaktu Volkswagen Arteon R-Line facelift 2021 dilancarkan baru-baru ini, WapCar.my berpeluang untuk bertanya sedikit sebanyak kepada Erik Winter, iaitu Pengarah Urusan Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengenai hala tuju Volkswagen di Malaysia untuk masa yang akan datang.

Kereta elektrik VW di Malaysia - VPCM hanya tunggu polisi EV dari kerajaan 02

Salah satu daripada soalan kami adalah berkenaan pelan untuk perkenalkan kereta elektrik (EV) Volkswagen di Malaysia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kereta elektrik VW di Malaysia - VPCM hanya tunggu polisi EV dari kerajaan 01

Volkswagen ID.3.

Beliau menjawab bahawa topik yang diajukan oleh kami sebenarnya cukup panas untuk negara Eropah dan China. Umumnya, pasaran EV di dunia sedang meningkat dengan begitu drastik. Buat masa ini, Volkswagen sudah ada model EV seperti ID.3 dan ID.4. Mereka juga telah banyak melabur dalam pengangkutan elektrik dan kilang bateri.

Kereta elektrik VW di Malaysia - VPCM hanya tunggu polisi EV dari kerajaan 02

Mengenai VPCM sendiri, mereka sedang memantau dengan teliti mengenai perkembangan EV di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Perkara ini sebenarnya berkait rapat dengan polisi EV di Malaysia yang mana ia mungkin diumumkan menjelang akhir bulan ini.

Kereta elektrik VW di Malaysia - VPCM hanya tunggu polisi EV dari kerajaan 03

Beliau turut mengulas bahawa pelan EV mereka setakat ini berkait rapat dengan insentif dan polisi kerajaan dari segi harga dan infrastruktur.

Kereta elektrik VW di Malaysia - VPCM hanya tunggu polisi EV dari kerajaan 04

Volkswagen ID.4 GTX.

Malah, beliau sempat luahkan rasa teruja untuk perkenalkan Volkswagen ID ke Malaysia kerana beliau sendiri kagum dengan jentera tersebut, khususnya ID.4.

Kereta elektrik VW di Malaysia - VPCM hanya tunggu polisi EV dari kerajaan 05

Buat masa ini, kereta EV di Malaysia hanya dikenakan cukai eksais sebanyak 10 peratus. Memandangkan kebanyakannya masih diimport sepenuhnya, harga kereta EV di Malaysia sebenarnya masih mahal. Contohnya, MINI Cooper SE yang diimport sepenuhnya dari United Kingdom ditawarkan pada harga RM 217,470.

Dengan itu, adakah kita berpeluang untuk melihat kereta EV Volkswagen berlegar di jalan raya Malaysia tidak lama lagi? Sama-sama kita nantikan.

Juga bacaBermaz Auto ada rancangan besar, 6 model elektrifikasi bakal menyusul?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia