window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Volkswagen Arteon facelift 2021 dilancarkan - 2.0L Turbo, DSG, AWD dari RM 247k!

Haris · Jul 16, 2021 01:00 PM

Volkswagen Arteon facelift 2021 dilancarkan - 2.0L Turbo, DSG, AWD dari RM 247k! 01

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah melancarkan Volkswagen Arteon R-Line facelift 2021 di Malaysia. Sedan mercu dari Volkswagen ini boleh didapati pada harga RM 247,671 (harga badan, tanpa insurans).

Volkswagen Arteon facelift 2021 dilancarkan - 2.0L Turbo, DSG, AWD dari RM 247k! 02

Di bawah bonet jenis clamshell yang elegan tersebut terdapat enjin petrol 2.0 liter bercaj turbo yang mampu mencapai puncak kuasa 280 PS dan 350 Nm, disambungkan ke transmisi automatik dual-clutch (DSG) 7-kelajuan Volkswagen. Kuasa disalurkan ke keempat-empat roda melalui sistem pacuan semua roda 4Motion.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Volkswagen Arteon facelift 2021 dilancarkan - 2.0L Turbo, DSG, AWD dari RM 247k! 01

Sebagai terjemahan kepada prestasi dunia nyata, VW Arteon R-Line mampu memecut 0-100 km/j hanya dalam 5.6 saat. Prestasi ini meletakkannya sedikit di belakang VW Golf R mk7.5 pada 5.1 saat.

Volkswagen Arteon facelift 2021 dilancarkan - 2.0L Turbo, DSG, AWD dari RM 247k! 02

Bukan itu sahaja, VW Arteon R-Line 2021 baharu ini juga dilengkapi dengan Dynamic Chassis Control (DCC) yang mampu menyesuaikan ciri sistem suspensi, stereng, dan hantaran kuasa mengikut citarasa pemandu.

Volkswagen Arteon facelift 2021 dilancarkan - 2.0L Turbo, DSG, AWD dari RM 247k! 03

Secara visual, VW Arteon facelift menerima bumper depan yang direka semula, lampu depan dan lampu belakang baru. Rim ‘Montevideo’ 19-inci dikekalkan dari model pra-facelift, dibalut dengan tayar 245/40 R19.

Volkswagen Arteon facelift 2021 dilancarkan - 2.0L Turbo, DSG, AWD dari RM 247k! 04

Bergerak ke bahagian kabin, perubahan nampak lebih jelas. Tombol fizikal untuk kawalan penghawa dingin diganti dengan unit gelangsar yang sensitif sentuhan. Stereng juga direka semula, dan sistem infotainment yang dikemas kini kini menyokong Apple CarPlay tanpa wayar dan Android Auto.

Volkswagen Arteon facelift 2021 dilancarkan - 2.0L Turbo, DSG, AWD dari RM 247k! 05

Ciri keselamatan pada Volkswagen Arteon facelift baru termasuk Lane Assist (Lane Keep Assist, LKA), Side Assist (Blind Spot Monitor, BSM), dan Driver Alert. Namun, fungsi Adaptive Cruise Control (ACC) tidak tersedia pada Volkswagen Arteon R-Line spesifikasi Malaysia.

Volkswagen Arteon facelift 2021 dilancarkan - 2.0L Turbo, DSG, AWD dari RM 247k! 06

5 warna yang ditawarkan adalah: Lapiz Blue, Manganese Grey, Pyrite Silver, Deep Black, dan Oryx White.

Dari segi jualan, Volkswagen Arteon R-Line disokong oleh jaminan jarak perjalanan tanpa had selama 5 tahun, pakej penyelenggaraan percuma selama 3 tahun, dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Volkswagen Arteon R-Line 4 Motion

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda