window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Volkswagen Malaysia tambah 2 Tahun Servis Percuma untuk model berikut, kini 5 tahun servis percuma!

Haris · Apr 11, 2023 08:00 AM

Volkswagen Malaysia tambah 2 Tahun Servis Percuma untuk model berikut, kini 5 tahun servis percuma! 01

  • Model-model yang kini hadir dengan penyelenggaraan percuma selama 5 tahun ialah Arteon R-Line, Tiguan Allspace R-Line dan Elegance
  • Tambahan 2 tahun menjadikan penyelenggaraan percuma kini 5 tahun
  • Nilai penjimatan sehingga RM9,600

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini mengumumkan penambahan penyelenggaraan percuma selama dua tahun lagi untuk model-model terlarisnya.

Melalui promosi ini, pelanggan yang membeli Arteon R-Line, Tiguan Allspace R-Line atau Elegance kini akan menikmati penyelenggaraan percuma selama 5 tahun (atau perbatuan sejauh 75,000km, mana-mana tiba dahulu), di samping jaminan pengeluar dan bantuan tepi jalan untuk 5 tahun.

Tawaran ini memberikan penjimatan sehingga RM9,600 kepada pelanggan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Volkswagen Malaysia tambah 2 Tahun Servis Percuma untuk model berikut, kini 5 tahun servis percuma! 01

Penampilan Volkswagen Arteon R-Line nyata garang dengan rekaan hadapan dan bentuk sebuah fastback. Lampu utama LED dan lampu belakang LED yang sporty menyerlahkan lagi karekternya. Di bawah hud, terletak sebuah enjin 2.0L turbo yang dipadankan dengan kotak gear DSG direct shift klac basah 7-kelajuan.

Enjin itu boleh menghasilkan kuasa sehingga 280 PS dan tork 350 Nm. Ia menawarkan pecutan mengagumkan dengan kelajuan 100km/j dicapai dalam masa hanya 5.6 saat dari titik pegun. Aspek cengkaman dan pengendalian ditambah baik menerusi sistem pacuan semua roda 4MOTION. Walaupun berkuasa, ia masih mampu menawarkan penjimatan bahan api sekitar 7.4 liter / 100km.

Volkswagen Malaysia tambah 2 Tahun Servis Percuma untuk model berikut, kini 5 tahun servis percuma! 02

SUV keluarga 7-tempat duduk Volkswagen Tiguan Allspace sememangnya menawarkan segala ciri yang perlu ada buat sebuah SUV. Ia cukup besar dan menawarkan versatiliti menerusi pelbagai konfigurasi tempat duduk. Ruang but seluas 1,775 liter apabila kerusi baris ketiga dilipat – terbaik dalam segmennya.

Volkswagen Tiguan Allspace R-Line merupakan SUV berprestasi Volkswagen yang menawarkan kuasa dan tork paling tinggi dalam kelasnya, terima kasih kepada enjin turbo bersesaran 2.0L. Enjin itu mampu menghasilkan kuasa mengagumkan 220 PS dan tirk 350 Nm. Keupayaannya ditingkatkan lagi dengan sistem pacuan semua roda 4MOTION.

Volkswagen Malaysia tambah 2 Tahun Servis Percuma untuk model berikut, kini 5 tahun servis percuma! 03

Satu lagi varian dalam keluarga Volkswagen Tiguan Allspace iaitu Elegance dikuasakan oleh enjin 1.4L turbo yang mampu menjana 150 PS dan 250 Nm. Ruang dalamannya tidak kurang menarik dengan ciri ketersambungan terbaik seperti Digital Cockpit dan system infohibur Discover Pro bersaiz 9.2 inci bersama App-Connect tanpa wayar.

Arteon R-Line 4MOTION ditawarkan pada harga RM276,990 sementara Tiguan R-Line 4MOTION berharga RM235,990. Tiguan Allspace Elegance pula boleh anda miliki pada harga RM188,990.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my

Baca: Volkswagen buka pusat pengedar terbaru di Setia Alam, sertai jenama Jerman lain di sana!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Volkswagen Arteon R-Line 4 Motion

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda