window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Volkswagen kemaskini Arteon R-Line 4Motion dengan IQ.Drive ADAS, harga naik ke RM 300k

Mersita · May 2, 2023 08:00 PM

Volkswagen kemaskini Arteon R-Line 4Motion dengan IQ.Drive ADAS, harga naik ke RM 300k 01

Sebagai sedan flagship dalam barisan tawaran Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), Volkswagen Arteon R-Line 4Motion 2023 kini dipertingkatkan dengan penambahan teknologi bantuan pemandu IQ.Drive – menaikkan harganya kepada RM 299,990.

Dengan kemaskini ini, Arteon bervarian tunggal ini kini dilengkapi dengan Front Assist dan adaptive cruise control, disertakan dengan port pengecas nirwayar untuk kemudahan tambahan.

Dari segi prestasi pula, tiada sebarang perubahan – enjin 2.0 liter TSI EA888 berpengecas turbo 4 silinder masih lagi menjana 280 PS dan 350 Nm, dipadankan dengan kotak gear 7 kelajuan klac basah DSG.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kuasa memacu sistem pacuan semua roda (AWD) 4Motion yang boleh mengedarkan kuasa ke roda belakang untuk cengkaman lebih baik apabila diperlukan berserta sistem Electronic Different Lock (XDS) di hadapan untuk memperbaiki cengkaman dan mengurangkan ‘understeer’.

Volkswagen kemaskini Arteon R-Line 4Motion dengan IQ.Drive ADAS, harga naik ke RM 300k 01

Pecutan 0-100 km merekodkan masa 5.6 saat dengan tahap kecekapan minyak dikatakan berada pada tahap 7.4 liter/100 km.

Di bahagian dalam kabinnya pula, Arteon dihiasi trim perak R-Line berserta stereng baharu. Maklumat pemanduan jelas terlihat pada kluster instrumen digital 11.7 incinya, digandingkan dengan sistem infotainmen berskrin sentuh 9.2 inci bersambungan Android Auto dan Apple CarPlay lengkap kawalan arahan suara atau gerak isyarat.

Sistem audio 700 watt Harman Kardon melengkapkan ruang kabin mewahnya dengan tetapan 12 speaker untuk akustik jelas bertenaga.

Badan kereta pula kekal dengan Dynamic Cornering Lights dan lampu brek 3D LED berserta lampu signal berurutan.

Aspek keselamatan juga kekal standard yang merangkumi Front Assist seperti dinyatakan di atas, berfungsi sebagai pemantau situasi trafik di hadapan kereta dan memberi amaran kepada pemandu jika jarak di hadapan terlalu dekat, selain mengaktifkan brek secara automatik bagi mengurangkan risiko pelanggaran.

Volkswagen kemaskini Arteon R-Line 4Motion dengan IQ.Drive ADAS, harga naik ke RM 300k 02

Pemilik juga diberi adaptive cruise control, Side Assist (pemantau titik buta), Rear Cross Traffic Alert (RCTA), dan Lane Assist.

RCTA memberi amaran kepada pemandu apabila kereta diundur dan ada halangan pada sudut 180 darjah, jarak sehingga 50 meter, dan kelajuan sehingga 12 km/jam.

Arteon turut dilengkapi kamera 360 darjah untuk memudahkan proses parkir kereta, berserta kelengkapan keselamatan lain seperti Post Collision Braking System yang mengurangkan risiko pelanggaran kedua selepas impak pertama; Intelligent Crash Response System (ICRS) sebagai langkah berjaga-jaga ketika kemalangan berlaku dengan memutuskan saluran bahan api, menyahaktif kunci kereta, dan pengaktifan lampu kecemasan.

Arteon boleh didapati dalam 5 kemasan warna iaitu Manganese Grey, Lapiz Blue, Pyrite Silver, Deep Black, dan Oryx White.

Seperti yang dinyatakan di atas, kelengkapan tambahan ini menyaksikan kenaikan harga Volkswagen Arteon R-Line sehingga sekitar RM 23k lalu menjadi RM 299,990. Pembeliannya disertakan dengan pakej ‘maintenance’ percuma 3 tahun, waranti ‘mileage’ tanpa had 5 tahun, dan juga bantuan tepi-jalan 5 tahun.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Volkswagen Arteon R-Line 4 Motion

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda