window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Semua model VW Tiguan Allspace di Malaysia dinaik taraf dengan IQ.Drive, harga berubah?

Mersita · Jul 5, 2023 05:00 PM

Semua model VW Tiguan Allspace di Malaysia dinaik taraf dengan IQ.Drive, harga berubah? 01

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini mengumumkan bahawa IQ.Drive kini hadir pada keluarga model VW Tiguan Allspace. SUV berkenaan ditawarkan dalam tiga varian iaitu R-Line 4MOTION, Elegance, dan Life.

Keluarga Allspace yang telah ditambah baik itu kini dilengkapi pelbagai ciri IQ.Drive seperti Bantuan Hadapan (Front Assist), Kawalan Jelajah Adaptif (Adaptive Cruise Control), Bantuan Sisi (Side Assist), Amaran Lintasan Trafik Belakang (Rear Cross Traffic Alert), dan Bantuan Lorong (Lane Assist) bagi memastikan perjalanan yang lebih selesa serta selamat. Ciri pengecas tanpa wayar juga menjadi satu ciri standard untuk semua varian.

Semua model VW Tiguan Allspace di Malaysia dinaik taraf dengan IQ.Drive, harga berubah? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berikut ialah senarai harga terkini Volkswagen Tiguan Allspace dengan IQ.Drive mengikut varian - atas-jalan (OTR), tanpa insurans:

  • Tiguan Allspace Life 1.4TSI: RM 166,590 (SM) / RM 169,250 (S&S)
  • Tiguan Allspace Elegance 1.4TSI: RM 195,590 (SM) / RM 198,250 (S&S)
  • Tiguan Allspace R-Line 2.0TSI 4Motion: RM 247,073.60 / RM 249,439.48 (S&S)

Semua model VW Tiguan Allspace di Malaysia dinaik taraf dengan IQ.Drive, harga berubah? 01

Ruang dalaman untuk ketiga-tiga varian ini tidak kurang hebatnya dengan ciri ketersambungan terbaik seperti Digital Cockpit dan sistem infohibur 9.2" Discover Pro bersama App-Connect tanpa wayar.

Ciri-ciri standard lain yang ada pada keluarga Tiguan ialah sistem pendingin hawa 3 zon ‘Air Care Climatronic’, pintu belakang elektrik, kamera undur multi-pandangan, USB-C, soket pengecas, ketersambungan aplikasi tanpa wayar (Apple CarPlay, Android Auto), dan arahan suara.

Semua model VW Tiguan Allspace di Malaysia dinaik taraf dengan IQ.Drive, harga berubah? 02

Juga baca: VW Tiguan Allspace Life 2022 dilancar di Malaysia - RM 173k, CKD, 150 PS/250Nm

Kesemua tiga varian tersebut didatangkan dalam 5 warna luaran menarik – kelabu (Platinum Grey), perak (Pyrite Silver), putih (Oryx White), biru (Atlantic Blue), dan hitam (Deep Black). Tidak ketinggalan, pelbagai ciri menarik untuk memastikan seluruh keluarga sentiasa selamat dan terhibur.

Model teratas Tiguan Allspace R-Line merupakan sebuah SUV berprestasi tinggi. Penampilannya cukup agresif sama ada berada di atas jalan biasa mahupun off-road dengan rim aloi Sebring bersaiz 19 inci. Ia menawarkan kuasa dan tork paling tinggi dalam kelasnya, dengan enjin 2.0TSI turbo berkuasa 220 PS dan tork 350 Nm yang dipadankan dengan transmisi DSG 7 kelajuan. Hasilnya? Prestasi pemanduan yang lebih lancar dan bertenaga.

Semua model VW Tiguan Allspace di Malaysia dinaik taraf dengan IQ.Drive, harga berubah? 03

Juga baca: 2022 VW Tiguan Allspace facelift dilancarkan - dari RM 174k, ciri premium dipertingkat!

SUV flagship itu juga dipasang dengan sistem bunyi digital Harman Kardon 480 W, terdiri daripada satu amplifier 16 saluran dan bunyi keliling yang sofistikated bersama reka bentuk elegan. Ia memberikan kualiti akustik yang sangat mengagumkan menerusi 10 unit pembesar suara berprestasi tinggi.

Tiguan Allspace Elegance dan Allspace Life pula dilengkapi enjin 1.4TSI turbo yang mampu menjana kuasa 150 PS dan tork 250 NM yang dipadankan bersama kotak gear DSG 6 kelajuan. Kombinasi itu menjanjikan pengalaman pemanduan mengujakan dan penjimatan bahan api sekitar 7.7L/100km.

Semua model VW Tiguan Allspace di Malaysia dinaik taraf dengan IQ.Drive, harga berubah? 04

Juga baca: Kelebihan & Kekurangan: 2022 Volkswagen Tiguan Allspace - GTI versi SUV!

Ketiga-tiga varian itu kini ditawarkan dengan Pakej Jaminan Volkswagen (VAP) yang memberikan pelanggan jaminan lanjutan tanpa had perbatuan dan penyelenggaraan selama 3 tahun.

Bergantung kepada model terpilih, VAP adalah bernilai dari RM 8,000 hingga RM 10,000. Pelanggan yang tidak mahu membeli pakej jaminan itu akan menerima jaminan tanpa had perbatuan selama 2 tahun dan bantuan tepi jalan untuk 5 tahun. Harga runcit cadangan (RRP) untuk keluarga Tiguan Allspace baharu tidak termasuk VAP adalah bermula RM 165,990 hingga RM 245,990.

Tempahan dan pandu uji boleh dibuat di semua pengedar sah Volkswagen di seluruh negara. Maklumat lanjut, layari https://www.volkswagen.com.my.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Volkswagen Tiguan Allspace Life 1.4TSI

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda