window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

VW Tiguan Allspace Life 2022 dilancar di Malaysia - RM 173k, CKD, 150 PS/250Nm

Faisal ยท Aug 1, 2022 06:00 PM

VW Tiguan Allspace Life 2022 dilancar di Malaysia - RM 173k, CKD, 150 PS/250Nm 01

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) sebentar tadi baru sahaja melancarkan Tiguan Allspace Life ke pasaran kita. Tiguan varian permulaan ini ditawarkan pada harga RM 172,990 (harga OTR, CKD Pekan & tidak termasuk insurans).

Harga VW Tiguan Allspace di Malaysia sekarang ini adalah seperti berikut:

  • Tiguan Allspace Life - RM 172,990
  • Tiguan Allspace Elegance - RM 179,990
  • Tiguan Allspace R-Line - RM 224,990

Dari segi visual, ia kekal dengan ciri lampu LED penuh pada bahagian hadapan, termasuklah nyalaan bar lampu yang melintang di antara kedua-dua lampu. Pada masa yang sama, ia datang dengan rim 18 inci Frankfurt, sama seperti yang diguna pada Tiguan Allspace facelift selama ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

VW Tiguan Allspace Life 2022 dilancar di Malaysia - RM 173k, CKD, 150 PS/250Nm 01

Pada bahagian dalam pula, SUV 7 tempat duduk ini masih dilengkapkan dengan infotainment Discover Pro 9.2 inci dengan sokongan Apple CarPlay/Android Auto jenis tanpa wayar dan penyaman udara 3-zon.

Secara teknikal, Tiguan Allspace Life masih dikuasakan oleh enjin 1.4L turbo (150 PS, 250 Nm) yang dipadankan dengan transmisi DCT 6 kelajuan.

VW Tiguan Allspace Life 2022 dilancar di Malaysia - RM 173k, CKD, 150 PS/250Nm 02

Dari segi keselamatan pula, Tiguan Allspace Life hadir dengan ciri seperti:

  • Kawalan kestabilan
  • Intelligent Crash Response System (ICRS)
  • Lane Assist
  • Sistem Driver Alert

Pelanggan yang membeli akan mendapat jaminan waranti 5 tahun, pakej servis percuma 3 tahun dan bantuan kerosakan tepi jalan selama 5 tahun.

Juga baca2022 VW Tiguan Allspace facelift dilancarkan - dari RM 174k, ciri premium dipertingkat!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Volkswagen Tiguan Allspace Life 1.4TSI

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda