window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2022 VW Tiguan Allspace facelift dilancarkan - dari RM 174k, ciri premium dipertingkat!

Haris · Mar 19, 2022 11:30 AM

2022 VW Tiguan Allspace facelift dilancarkan - dari RM 174k, ciri premium dipertingkat! 01

Volkswagen Passenger Cars Malaysia Sdn Bhd hari ini tampil dengan Volkswagen Tiguan Allspace facelift 2022 yang terkini. Penampilan Volkswagen Tiguan Allspace facelift kini lebih segar berbanding dahulu lalu memberikannya penampilan yang jauh lebih menonjol berbanding pesaing SUV 7-penumpang lain.

2022 VW Tiguan Allspace facelift dilancarkan - dari RM 174k, ciri premium dipertingkat! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Model VW Tiguan Allspace tampil dengan 2 varian dengan 2 pilihan enjin. Model terlaris VW ini dipasang secara tempatan (CKD) di Pekan, Pahang. Perincian harga adalah seperti berikut (harga tanpa SST, sah sehingga 30 Jun 2022):

  • Volkswagen Tiguan Allspace 1.4 Elegance - RM 174,745
  • Volkswagen Tiguan Allspace 2.0 R-Line - RM 219,443

Untuk kesemua kit tambahan yang ditawarkan, ia merupakan peningkatan sebanyak RM 9,715 untuk Elegance (yang menggantikan Highline) manakala kenaikan RM 9,868 berbanding R-Line 4Motion lama.

2022 VW Tiguan Allspace facelift dilancarkan - dari RM 174k, ciri premium dipertingkat! 01

VW Tiguan Allspace facelift Elegance menggunakan enjin 1.4L turbo 4 silinder yang menghasilkan 150 PS / 250 Nm tork. Kuasa dihantar ke roda hadapan melalui transmisi DCT 6 kelajuan klac basah.

2022 VW Tiguan Allspace facelift dilancarkan - dari RM 174k, ciri premium dipertingkat! 02

Penambahan terbaru untuk model Elegance juga menawarkan 4 pilihan mod pemanduan seperti Eco, Normal, Sport atau Individual mengikut citarasa pemandu.

2022 VW Tiguan Allspace facelift dilancarkan - dari RM 174k, ciri premium dipertingkat! 03

Bagi model R-Line teratas pula, ia dipacu oleh enjin 4-silinder 2.0 liter turbocaj petrol yang berprestasi tinggi, mampu menghamburkan sehingga 220 PS dan 350 Nm. Enjin tersebut turut dikongsikan bersama Volkswagen Golf GTI tetapi dengan talaan berbeza.

Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik dwi-klac (DCT) 7-kelajuan jenis basah dengan kuasa di hantar ke semua roda menggunakan sistem Volkswagen 4Motion.

2022 VW Tiguan Allspace facelift dilancarkan - dari RM 174k, ciri premium dipertingkat! 04

Pilihan mod pemanduan untuk Tiguan Allspace R-Line ditawarkan dengan Dynamic Chassis Control (DCC) bagi membolehkan penyesuaian yang lebih dinamik.

Sebagai sebahagian daripada sistem 4MOTION, terdapat empat mod tambahan iaitu On-road, Off-road, Off-road Expert dan Snow. Ia dipadankan bersama stereng yang progresif untuk menawarkan meningkatkan pemanduan dinamik dengan belokan yang lebih tepat dan tajam

2022 VW Tiguan Allspace facelift dilancarkan - dari RM 174k, ciri premium dipertingkat! 05

Bahagian luaran Volkswagen Tiguan Allspace facelift 2022 menampilkan rekaan serba baharu seperti fasia depan yang lebih kemas dan bersih. Ia mengenakan lampu LED untuk lampu depan (Matrix LED), belakang dan DRL. Cara paling mudah untuk mengenalinya adalah gril yang lebih licin serta jalur LED DRL yang merentasi gril pada bahagian tengah.

2022 VW Tiguan Allspace facelift dilancarkan - dari RM 174k, ciri premium dipertingkat! 06

Sebagai model yang lebih atas, VW Tiguan Allspace facelift R-Line mengenakan perincian tambahan R-Line seperti lencana R pada gril hadapan dan penutup bonet belakang. Terdapat juga paip ekzos quad dan spoiler belakang. Rupa agresif ini turut disempurnakan oleh rim aloi 19-inci 'Valencia' (18-inci aloi 'Frankfurt' untuk Elegence).

2022 VW Tiguan Allspace facelift dilancarkan - dari RM 174k, ciri premium dipertingkat! 07

Bergerak ke bahagian dalaman pula, ia mendapat upholsteri kulit Vienna dengan kerusi sporty, dengan gandingan warna hitam untuk keseluruhan kabin. Untuk model R-Line, lapisan bumbung kabin dalaman hitam juga dikekalkan seperti sebelum ini. Namun, jangan berasa takut dengan gelap kerana ia mempunyai 30 warna ambien untuk disesuaikan dengan mood anda.

2022 VW Tiguan Allspace facelift dilancarkan - dari RM 174k, ciri premium dipertingkat! 08

Terdapat juga perincian lencana R pada bahagian dalaman seperti pada kolum stereng dan kerusi hadapan. Pedal pendikit dan brek pula menggunakan besi untuk melengkapi penampilan yang lebih sporty. 

2022 VW Tiguan Allspace facelift dilancarkan - dari RM 174k, ciri premium dipertingkat! 09

Untuk ciri-ciri keselesaan pula, terdapat gugusan instrumen digital sepenuhnya 8-inci, sistem penghawa dingin tiga-zon dan sistem infotainment 9.2 inci MIB3 terkini dengan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar. Kesemua ini ditambah dengan sistem audio 480-watt Harmann Kardon untuk varian R-Line.

2022 VW Tiguan Allspace facelift dilancarkan - dari RM 174k, ciri premium dipertingkat! 10

Jumlah butang yang ditekan pada Volkswagen Tiguan Allspace facelift ini juga semakin kecil apabila beberapa butang ditukar dengan penatal sesentuh haptik seperti pada bahagian stereng dan penyaman udara -  tiada lagi tombol atau butang.

2022 VW Tiguan Allspace facelift dilancarkan - dari RM 174k, ciri premium dipertingkat! 11

Tempat duduk baris ketiga masih sama, menawarkan ruang kaki yang terhad dan lebih sesuai untuk kanak-kanak kecil berbanding orang dewasa yang besar. Dengan tempat duduk dilipat ke bawah, anda bakal menerima ruang kargo sehingga 1,775 liter.

2022 VW Tiguan Allspace facelift dilancarkan - dari RM 174k, ciri premium dipertingkat! 12

Aspek keselamatan pula ditampung oleh ciri-ciri seperti 6 beg udara, Anti-lock brake with electronic brakeforce distribution (ABS, EBD) Brake Assist (BA), Electronic stability control (ESC), Traction Control (TC), ISOFIX dan Multi-collision brake system.

Volkswagen Tiguan Allspace facelift 2022 juga menerima sistem Lane Assist dan sistem Driver Alert standard untuk kedua-dua model. Penambahan ciri Kawalan Menuruni Bukit juga hanya dipasang pada Tiguan Allspace R-Line.

2022 VW Tiguan Allspace facelift dilancarkan - dari RM 174k, ciri premium dipertingkat! 13

Terdapat 5 pilihan warna sebagai pilihan iaitu Atlantic Blue, Oryx White, Deep Black, Platinum Grey, dan Pyrite Silver.

Sokongan selepas jualan merangkumi penyelenggaraan percuma selama 3 tahun, jaminan 5 tahun tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan untuk 5 tahun.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Volkswagen Tiguan Allspace Life 1.4TSI

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda