window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Gosip keluaran Arteon bakal henti disahkan oleh CEO Volkswagen - 2024 adalah tahun terakhir

Faisal · Jun 16, 2023 12:04 PM

Gosip keluaran Arteon bakal henti disahkan oleh CEO Volkswagen - 2024 adalah tahun terakhir 01

Sekitar tahun 2020, Volkswagen di peringkat global dilaporkan bakal menghentikan model VW Passat sedan dan versi coupe VW Arteon. Dan semalam, CEO VW Thomas Schafer dalam program ACCELERATE FORWARD! Road to 6.5 yang mengetengahkan aspek efisien dan lebih untung pada kos lebih rendah mengesahkan bahawa Arteon tidak akan ada pengganti.

Gosip keluaran Arteon bakal henti disahkan oleh CEO Volkswagen - 2024 adalah tahun terakhir 02

Jelas beliau, dalam mencapai hasrat ini, model kurang laku dan tidak menguntungkan akan dihentikan dan VW Arteon adalah antara model yang dimaksudkan oleh beliau.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kata Thomas, “Kami akan meletakkan fokus pada model teras kerana ini akan mengurangkan kerumitan dan meningkatkan tahap keuntungan”.

Mengimbau kembali, Arteon dirasmikan buat pertama kali pada tahun 2017 dan mengira kitaran generasi setiap 7 tahun untuk model kurang laku seperti Arteon, produksinya dijangka berakhir pada tahun 2024.

Gosip keluaran Arteon bakal henti disahkan oleh CEO Volkswagen - 2024 adalah tahun terakhir 01

Bagi anda yang belum tahu, VW Passat Sedan sudahpun dihentikan di hampir semua pasaran kecuali China (dijual sebagai Magotan). Pasaran Eropah pula masih menjual Passat tetapi dalam bentuk wagon.

Di Malaysia, VW Passenger Cars Malaysia (VPCM) telahpun menghentikan keluaran Passat pada Januari lalu.

Juga bacaSelepas 20 tahun & 3 generasi, keluaran VW Passat di Malaysia ditamatkan, semua salah trend SUV!

Arteon pula masih ada dan diberi pembaharuan dari segi spesifikasi di mana ia kini hadir dengan ADAS IQ.Drive (dengan kenaikan harga RM 23k). Dengan itu, harga model yang dipasang tempatan ini sudah menyentuh RM 301,012.

Juga bacaVolkswagen kemaskini Arteon R-Line 4Motion dengan IQ.Drive ADAS, harga naik ke RM 300k

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Volkswagen Arteon R-Line 4 Motion

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda