Toyota
4k a month, Toyota Vios VS Honda City, which is the better? Mainly for commuting with my family's support (I just graduated from UTAR and work at KL) Considering dynamic performance and City, Vios and Verna, which should I choose? 🤔🤔
60
Bagi yang mengidamkan keunggulan lambang ‘H’, Honda Malaysia ada berita baik untuk anda! Promosi Ogos diumumkan syarikat itu menawarkan beberapa potongan harga istimewa melibatkan model seperti Honda Jazz, BR-V, Accord, Civic, HR-V, CR-V, dan juga City.
Ditambah dengan pengecualian cukai servis dan jualan (SST) yang berlangsung sehingga 31 Disember 2021, beberapa model diberi potongan tambahan. Kereta Honda paling murah yang boleh didapati sekarang ialah Honda Jazz 1.5 S, dengan harga menarik iaitu RM 69,511.
Ia masih lagi mahal sedikit daripada Perodua Myvi varian teratas (1.5 AV dengan A.S.A. 2.0, bermula dari RM 52,697). Tapi, ia masih lagi cukup menarik dan pilihan lebih selamat berbanding Jazz terpakai.
Dengan promo terbaru Honda Malaysia ini, anda boleh nikmati penjimatan bagi setiap model seperti berikut:
Promo Ogos 2021 Honda Malaysia | ||
---|---|---|
Model | Harga Jualan* | Penjimatan** |
Jazz | RM 72,511 - RM 84,955 | RM 3,000 |
City 1.5 S | RM 74,191 | RM 2,000 |
City 1.5 E | RM 81,664 | RM 3,000 |
City 1.5 V, RS | RM 86,561, RM 105,950 | RM 2,000 |
BR-V | RM 86,726 - RM 93,420 | RM 4,000 |
HR-V | RM 104,000 - RM 181,582 | RM 2,500 |
Civic | RM 109,326 - RM 134,661 | RM 2,000 |
CR-V | RM 139,912 - RM 162,910 | RM 2,000 |
Accord 1.5 TC | RM 178,203 | RM 6,000 |
Accord 1.5 TC-P | RM 187,390 | RM 5,000 |
*Harga jualan sebelum diskaun.
** Penjimatan termasuk diskaun dan baucar servis
Senarai harga yang dinyatakan adalah untuk model asas, oleh itu diskaun yang ditawarkan berbeza-beza antara varian. Promo ini akan berakhir pada 31 Ogos 2021. Tunggu apa lagi? Layari laman sesawang rasmi Honda Malaysia untuk tempah kereta baru anda!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
10