Review Pemilik: Nissan Almera 2020 – Pemanduan selesa, reka bentuk mengancam!

Nissan Almera 2020 serba baru yang tampil juara dalam anugerah WapCar’s Car of the Year 2020 sememangnya digemari bukan saja oleh pemiliknya, tapi ia juga jadi pilihan utama kami bagi kereta baharu yang dilancarkan pada tahun lalu. Selain daripada pandangan kami, kali ini kami ingin ketengahkan pandangan serta pendapat pemiliknya pula – pengalaman dunia sebenar, pemilik sebenar Nissan Almera 2020.

Review ini pada mulanya dikongsi di laman forum komuniti WapCar.

Nissan Almera 1.0 T 2020 - Sebab saya beli kereta ini

Inilah kereta pertama saya, graduasi tak lama lagi dan saya bakal menceburi fasa bekerjaya. Saya selama ini memandu kereta Nissan Almera N17 2017 milik abang saya, tapi dia juga sudah mula bekerja dan saya perlukan kereta saya sendiri.

Ketika itu, saya mencari sebuah sedan yang selesa dipandu, jimat minyak, boleh tahan lama sekurang-kurangnya 10 tahun, dan juga boleh ambil hati ibu bapa teman wanita saya. Biasalah, keluarga komuniti kita kan memang begitu.

Proses memilih kereta

Kenapa saya pilih Nissan Almera juga?

Sebelum saya mulakan, baik saya ceritakan sedikit latar belakangnya.

Saya selalu ada ‘bias’ atau berat sebelah terhadap jenama Nissan kerana satu-satunya kereta bukan nasional serba baru yang pertama sekali dimiliki ibu bapa saya dahulu ialah sebuah Nissan Livina 2015. Ibu bapa saya lahir dari keluarga miskin dan sepanjang saya membesar, saya menyaksikan ibu bapa saya bekerja keras untuk mencari rezeki dengan berbekalkan jentera Proton Wira.

Kalau kami tukar kereta sekalipun, selalunya ia adalah kereta P1 dan P2, sehinggalah keluarga kami cukup rezeki untuk membeli sebuah kereta dari Jepun. Saya ingat lagi kali pertama ibu bapa saya membuat keputusan untuk membeli Livina – ia adalah salah satu kenangan paling membanggakan bagi ibu bapa saya. Keputusan ini menandakan yang mereka sudah agak bebas dari beban kewangan. Oleh sebab inilah saya ada tempat yang istimewa untuk Nissan di hati saya.

Sejak itu, abang saya kemudiannya membeli sebuah Nissan Almera N17 2017, dan tiba pula masanya untuk saya memilih kereta sendiri. Memandangkan kami tidak pernah menghadapi sebarang masalah besar dengan kereta Nissan dan seronok dengan servis selepas jualannya yang hebat, kereta pertama yang saya pertimbangkan ialah Nissan Almera N18 serba baru.

Antara kriteria Almera N18 yang menepati citarasa saya ialah:

  • Tempat duduk yang sangat selesa dan empuk (sama seperti Teana di dalam bilik pameran yang saya cuba dahulu, semasa ibu bapa saya sedang memilih antara Almera dan Livina pada tahun 2015).
  • Enjin senyap dengan penebat mencukupi
  • Jimat minyak
  • Pecutannya memuaskan
  • Satu-satunya kereta antara 3 jenama Jepun yang rupanya nampak moden dan terkini
  • Masih ada brek tangan mekanikal. Tak kisahlah orang nak cakap saya ‘old fashioned’, tapi memandangkan saya sendiri pun belajar kejuruteraan elektronik, saya masih percaya yang sistem ‘backup’ tidak seharusnya berasaskan elektronik.

Saya juga pergi melihat Honda City serba baru selepas itu. Tapi, saya rasa kecewa kerana pemanduannya rasa sama saja dengan yang lama, cuma rupa bentuk saja yang berbeza.

Selain itu, saya juga pergi melawat Vios kerana jika saya nak berbelanja wang sebanyak ini, lebih baik saya pilih Toyota yang lebih tahan lama berbanding Honda. Namun, setelah usai pandu uji Vios, saya masih tak puas hati. Saya terus hubungi SA saya untuk mengesahkan tempahan Almera sejurus selepas melangkah keluar dari bilik pameran Toyota.

Pengalaman pemilikan Nissan Almera 2020

Saya sudah pandu sejauh 5,000 km.

Sejak 5 bulan memiliki sedan Nissan ini, sebahagian besar pemanduan saya melibatkan trafik sesak di jalanraya sekitar Petaling Jaya dan Puchong. Perjalanan paling jauh saya bersama Almera ini ialah ke Semenyih, oleh itu saya hanya boleh beri pandangan jelas lagi adil dari sudut aspek pemanduan di jalanraya bandar.

Saya berharap lebih ramai lagi yang akan memilih kereta hebat ini. Bagi saya, kereta ini sememangnya menonjol dan menangkap perhatian ramai apabila dipandu ke sana ke mari. Saya dapat rasakan ramai tidak percaya ini adalah kereta Nissan yang seringkali dikaitkan dengan rekaan lapuk dan membosankan.

“Ini kereta Nissan ke?”

“Jap, ada Almera baru??”

“Wah, aku tak tau pun kereta ni dah keluar bila aku beli kereta baru haritu.”

Inilah antara reaksi yang saya masih dapat sehingga ke hari ini setelah memilikinya selama 5 bulan. Pada masa sama, kereta ini menggunakan hanya 8 liter/100 km dalam pemanduan harian di kawasan bandar yang sesak. Jujur saya katakan, saya rasa agak aneh. Bandingkan Myvi generasi pertama yang dipandu keluarga saya setiap hari ‘makan minyak’ sekitar 8.9 liter/100 km dalam kondisi jalan yang sama, manakala Almera N17 kami mempunyai purata 9.8 liter/100 km. Saya masih tak boleh nak percaya yang angka penggunaan minyak kereta saya begitu rendah.

Sebagai pemandu, saya sentiasa fokus kepada aspek keselesaan dan kestabilan perjalanan kereta. Paling penting bagi saya ialah keluarga dan si kesayangan puas hati dengan keselesaan perjalanan kereta ini. Inilah yang membuatkan Almera serba baru ini jadi keputusan muktamad bagi saya kerana ia fokus kepada ruang dalaman yang cantik dan selesa berserta tempat duduk yang hebat. Semua penumpang boleh menikmati ruang kaki yang luas, walaubagaimanapun ruang kepala di belakang agak kecil dan rendah.

Bagi aspek ruang dalamannya, saya dapat lihat peningkatan amat ketara berbanding model generasi sebelumnya. Ruang dalaman Almera lama nampak dan rasa murah berbanding Nissan lama. Ruang dalaman Almera serba baru ini sememangnya lebih bagus daripada Vios dan City. Plastik lembut disentuh dipadankan lagi dengan perincian jahitan kulit tiruan adalah jauh lebih bagus daripada plastik keras. Hanya hiasan berwarna coklat cair di ruang dalamannya saja yang saya kurang gemari kerana ia pastinya akan nampak kotor nanti. Nasib baik saya dah tukar papan pemukanya dengan unit spesifikasi VL – asalnya warna coklat cair, tukar kepada kelabu. Kalaulah saya boleh tukar tempat duduk kepada kemasan kulit berwarna kelabu seperti di dalam varian VL.

Bagi bahagian luarannya pula, rekaan Almera baru ini nampak jauh lebih moden daripada dua lagi sedan Jepun itu. Mungkin kerana rekaan ini ialah rekaan sama yang juga boleh didapati di pasaran lebih membangun. Saya ubahsuai sedikit rupanya untuk nampak lebih agresif – saya tambah ‘wrap’ hitam matte di sekeliling sisi bawahnya dengan sedikit perincian biru. Saya juga menambah ‘skirt’ depan dan sisi.

Setelah memandu kereta ini setiap hari selama beberapa bulan, saya sudah boleh rumuskan yang keselesaan perjalannya terasa seperti antara Vios yang bertumpukan keselesaan dengan City yang lebih tegar. Ia satu keseimbangan yang cukup bagus bagi saya, tapi tayar asalnya amat bising pada hampir setiap kelajuan. Saya cepat-cepat tukar tayar asal iaitu Continental UC6 kepada Michelin XM2+ 800km kerana saya sudah tak tahan dengan bunyinya.

Sebulan selepas itu, kereta saya menjadi ‘donor’ untuk SUPERCIRCUIT bagi membangunkan ‘chassis strengthening bars’ mereka. Dari tawaran ini, saya cekau satu set ‘anti-roll bars’ belakang, ‘front mid brace’, dan juga ‘lower bars’ depan dan belakang secara percuma.

Tapi, kebanyakan orang yang mempertimbangkan kereta ini ingin tahu tentang enjinnya. Setelah mencuba Ativa, saya boleh katakan dengan pasti yang perbezaannya seperti langit (Almera) dan bumi (Ativa). Penghantaran kuasa Almera jauh lebih lancar dan diperhalusi. Saya juga boleh rasakan lebih banyak tork tersedia untuk saya berbanding Ativa. Sayangnya Ativa jadi model yang lebih popular dan menyelubungi sedikit kehebatan enjin 1.0 Turbo ini. Satu kekurangan enjin ini ialah ia akan ‘pancit’ setelah melangkaui kelajuan 120 km/jam, dan ada ‘lag’ ketara dalam penghantaran kuasa jika pedal minyak dipijak terlalu cepat.

Saya secara peribadinya gemarkan brek tangan mekanikal kereta ini, kerana ini bermaksud saya dapat kawalan lebih lagi sebagai pemandu. Dengan pengetahuan saya sebagai pelajar kejuruteraan elektronik, saya tidak akan percaya dengan sistem sokongan elektronik. Inilah sebabnya mengapa brek tangan mekanikal jadi salah satu aspek paling penting yang mesti ada ketika memilih kereta.

Saya juga ingin ceritakan beberapa kekurangan ketara yang ada pada kereta ini. Kekurangan paling ketara bagi saya ialah ketiadaan Android Auto. Bukannya saya tak mampu nak beli gajet Apple, tapi bantuan suara dan integrasi aplikasi Google jauh lebih bagus daripada Apple CarPlay. Oleh itu, sebelum saya boleh mengambil kereta ini, saya sudah tercari-cari braket untuk Nissan Note dan Micra di eBay supaya saya boleh memasang stereo Sony XAV-X8000 ‘aftermarket’ di atasnya, tapi sokongan kawalan stereng terpaksa dikorbankan.

Kereta ini juga tak cukup penebat bunyi di bahagian sisi, belakang, dan atap kereta. Saya perasan ETCM hanya memasang penebat bunyi di ruang enjin dan jimat kos di tempat-tempat lain. Ketiadaan ‘roof padding’lah yang paling buat saya susah hati. Saya hilang sabar bila suatu hari ketika hujan lebat, saya terpaksa terjerit-jerit ketika berbual dengan abang saya yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan. Bunyi rintik hujan di atas atap kereta terlalu kuat sehinggakan perbualan terganggu. Selepas insiden itu, saya terus ke kedai ‘soundproofing’ untuk selesaikan masalah ini.

Satu lagi perkara yang membuatkan saya kurang berpuas hati ialah Almera serba baru ini tidak didatangkan dengan tayar ganti saiz penuh. Tayar ‘spare’ ini memudahkan kita untuk teruskan perjalanan seperti biasa dan boleh beri kita masa untuk pergi ke bengkel bila-bila kita nak.

Penilaian Nissan Almera 2020

Skor Penuh: 5/5

Prestasi: 3/5

Kualiti & Kelengkapan: 5/5

Ruang: 4/5

Keselesaan Pemanduan: 4/5

Kecekapan Minyak: 5/5

Harga & Kos: 4/5

Kelebihan dan Kekurangan Nissan Almera 2020

Kelebihan

  • Ia kereta yang ikut peredaran zaman dan sesuai untuk dekad baru.
  • Saya sukakan ruang kakinya yang luas bagi penumpang di depan dan belakang (memandangkan keluarga saya memiliki kereta P1 dan P2 saja), tempat duduk sangat empuk.
  • Ruang dalamannya jauh lebih menarik daripada pesaing ‘mainstream’-nya. Saya tak gemar kemasan berkilat.
  • ‘Suspension’ bagus, rasa seperti di tengah-tengah dua pesaing utamanya. Tapi, saya lebih sukakan aspek keselesaannya.
  • Rupa bentuk hebat dan cantik, tak dinafikan lagi.
  • Ketika dipandu ke sana ke mari, orang memang pandang dan toleh. Saya ingat ada seorang lelaki yang seringkali tersenyum dengan matanya membulat setiap kali melihat saya keluar dengan Almera ini di kawasan perumahan kami.
  • Saya tak pernah nampak penggunaan minyak yang sangat rendah sebegini seumur hidup saya untuk kereta dengan saiz ini. 8 liter/100 km untuk pemanduan di jalan bandar dan trafik sesak seperti di PJ? Wow.
  • Saya boleh bawa kereta ini untuk mengambil si buah hati di rumahnya dan buat ibu bapanya kagum.
  • Ada brek tangan mekanikal.
  • Ada banyak ruang rata di papan pemukanya, sesuai untuk meletakkan barang dan hiasan.
  • Pecutan pantas dari enjin turbonya.

Kekurangan

  • Saya harap ada lebih banyak ruang atas kepala di tempat duduk belakang. Tapi, dengan bentuk kereta sebegini, tak ada pilihan.
  • Tak ada Android Auto
  • Terlalu banyak langkah untuk mematikan AEB dan VCS. Kalaulah ada butang/punat khas seperti di dalam varian VL
  • But belakang kena lagi tinggi sedikit
  • Tayar asalnya tak selesa dan bising
  • Tak ada tayar ganti saiz penuh
  • Tak ada penebat bunyi di semua sisi kereta, tayar, atap, dan lantai kereta
  • Ruang enjin nampak susah/merumitkan untuk kerja-kerja selenggara. Barangkali saya akan kekal gunakan khidmat ETCM untuk servis selama beberapa tahun lagi. Sekurang-kurangnya kalau ada kesilapan, ETCM yang kena uruskan.
  • Enjinnya terasa semput bila dipandu lebih 110 km/jam.

Rumusan

Saya sangat sukakan kereta ini, tak tipu. Mungkin pembaca review ini sudah boleh nampak betapa gemarnya saya ubah macam-macam dalam kereta ini untuk memuaskan hati. Ini kerana saya memang mahu simpan dan gunakan kereta ini sampailah ia masuk kedai besi buruk nanti, dan inilah sebabnya mengapa saya tak kisah akan nilai jualan semula (resale value). Dengan rupa bentuknya yang menarik perhatian, enjin diperhalusi, perjalanan selesa, dan hubungan selepas jualan yang bagus dengan Nissan; semua ini sudah cukup bagi saya. Yang lain dah tak pandang, dan saya tak menyesal dengan pilihan yang dibuat.

Semua kekurangan yang saya temui hanyalah yang dipilih-pilih dengan teliti sedangkan kereta ini sudah cukup memuaskan hati. Ia memang sesuai untuk era tahun 2020 dengan rekabentuk moden. Saya sedih kerana ETCM tidak memasarkan kereta ini dengan lebih agresif lagi. Setakat ini, saya temui hanya 3 buah Almera lain secara rambang di jalan raya. Saya harap ramai lagi yang akan menyedari kewujudan ‘delima berharga’ ini dan memberi Almera peluang untuk membuatkan mereka jatuh hati.

Anda berminat untuk kongsikan pengalaman pemilikan anda dan bercerita tentang kereta kesayangan anda? Kami di WapCar amat berbesar hati untuk menerima nukilan anda dan mengongsikannya di platform popular kami!

Tambahan pula, anda boleh menerima cenderahati istimewa dari kami di WapCar. Jom daftar untuk dapatkan maklumat lanjut! Staf kami akan hubungi anda secepat mungkin sejurus selepas pendaftaran anda dihantar. Tunggu apa lagi? Jom, klik gambar di atas.

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, ...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Nissan Almera

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

2020 Honda City vs Nissan Almera Comparison Review, Which Is The Best B-Segment Sedan?

All the Cars We've Tested in 2020, Proton X50, Almera, CR-V etc, Which is The Best??

2020 Nissan Almera 1.0 VLT Owner Review, He Waited 1 Year for the Car!

2020 Honda City Owner Reviews The New Nissan Almera Turbo, Why He Picked The City?

2020 Nissan Almera Turbo VLT Review in Malaysia, Will You Go For 1.0L 3-Cylinder Turbo?

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Nissan Almera
Cek Lebih