Hyundai buat masa ini sedang mempersiapkan perasmian kereta 7 tempat duduk mereka yang akan menyaingi Honda BR-V, Toyota Avanza, dan Perodua Alza. Seperti yang anda sedia maklum, MPV ini bakal dikenali sebagai Hyundai Stargazer.
Juga baca: Hyundai Stargazer dipatenkan, MPV 7 tempat duduk ini ingin 'tapau' Avanza, BR-V, dan Xpander!
Bulan lepas, kami telah melaporkan satu spyshot mengenai sebuah kenderaan misteri yang mana ia tidak nampak seperti Hyundai Casper langsung. Perkara ini menguatkan lagi tekaan netizen yang menyatakan bahawa ia sebenarnya sebuah Stargazer. Di samping itu, seorang hamba Allah di Indonesia pun telah menghasilkan satu lakaran Stargazer yang dilihat menyerupai sebuah Mitsubishi Xpander.
Juga baca: Lakaran Hyundai Stargazer mirip sangat dengan Xpander, bakal jadi pesaing terkuat?
Tetapi untuk kali ini, media dari Korea nampaknya melaporkan satu intipan yang menunjukkan bahagian depan dan tepi Stargazer dengan begitu jelas sekali.
Walaupun masih dalam samaran, bahagian depannya tampil jelas dengan unsur yang sama pada Hyundai Staria.
Pada bahagian tepi pula, Hyundai nampaknya mengenakan Stargazer dengan sentuhan ala SUV yang sama macam Mitsubishi Xpander. Perkara ini agak masuk akal kerana Xpander sendiri cukup berjaya di kebanyakan pasaran ASEAN.
Juga baca: Mitsubishi Xpander kekal laku keras di Indonesia dan Filipina, kalah teruk Toyota Avanza!
Bercakap mengenai ASEAN, satu unit Stargazer telahpun diintip di Indonesia. Untuk maklumat anda, Hyundai sedang bersiap sedia untuk membuka kilang di daerah Cikarang. Malah, ia bakal dijadikan pusat automotif Hyundai untuk rantau Asia Tenggara.
Juga baca: Hyundai bakal tutup ibu pejabat wilayah Asia Pasifik di Malaysia, pindah ke Indonesia
Selain Stargazer, kilang ini juga akan memasang Hyundai Creta dan Alcazar. Secara umumnya, Stargazer bakal dilancarkan menjelang akhir tahun ini dan Malaysia dijangka menjadi salah satu daripada pasaran tumpuannya.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}