window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lakaran Hyundai Stargazer mirip sangat dengan Xpander, bakal jadi pesaing terkuat?

Haris ยท Aug 4, 2021 11:59 AM

Lakaran Hyundai Stargazer mirip sangat dengan Xpander, bakal jadi pesaing terkuat? 01

Lakaran oleh rafimuamar40

Awal minggu ini, gambar intipan sebuah SUV misteri dengan samaran telah dilihat sedang menjalani proses pandu uji di Korea. Terdapat 3 model yang dilihat sesuai menjadi model SUV misteri itu namun salah satu yang tampil menonjol adalah Hyundai Stargazer, SUV 7-penumpang baru dari Hyundai yang akan datang.

Lakaran Hyundai Stargazer mirip sangat dengan Xpander, bakal jadi pesaing terkuat? 02

Model kenderaan 7-penumpang baharu Hyundai ini dibangunkan untuk memberi fokus pasaran negara membangun, terutamanya Indonesia di mana ia akan menghadapi saingan daripada model seperti Mitsubishi Xpander, Suzuki XL7, Honda BR-V, dan Toyota Avanza.

Lakaran Hyundai Stargazer mirip sangat dengan Xpander, bakal jadi pesaing terkuat? 03

Lakaran garis badan oleh rtriadhie

Sebelum ini, artis ilustrasi sekadar memberi lakaran garis badan Hyundai Stargazer namun seorang lagi artis ilustrasi rafimuamar40 (Rafi M R) telah berjaya membawa imej intipan tersebut menjadi separa realiti. Melalui laman Instagram beliau, Rafi M R berkongsikan imej lakaran Hyundai Stargazer berdasarkan siluet samaran.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Lakaran Hyundai Stargazer mirip sangat dengan Xpander, bakal jadi pesaing terkuat? 01

Lakaran ini menggabungkan reka bentuk bahagian belakang Hyundai Bayon yang hanya dijual di Eropah dengan penampilan keseluruhan yang menyerupai Mitsubishi Xpander. Menurut Rafi, bumper belakang diambil dari Hyundai Sonata 2018 dengan sedikit perubahan.

Lakaran Hyundai Stargazer mirip sangat dengan Xpander, bakal jadi pesaing terkuat? 02

Bercakap mengenai reka bentuk yang menyerupai Mitsubishi Xpander pula, Rafi menyimpulkan bahawa SUV misteri ini sememangnya kelihatan mirip dengan rekaan jenama 3 berlian tersebut. Berikut adalah rujukan reka bentuk Mitsubishi.

Lakaran Hyundai Stargazer mirip sangat dengan Xpander, bakal jadi pesaing terkuat? 03

Sebagai rujukan, Hyundai dan Mitsubishi telah berkolaborasi pada masa lampau dengan model seperti Hyundai Santamo dan Hyundai H-1 yang dibangunkan berdasarkan Mitsubishi Chariot dan Mitsubishi Space Gear. Namun, kolaborasi itu telah lama berakhir, bertahun-tahun yang lalu.

Lakaran Hyundai Stargazer mirip sangat dengan Xpander, bakal jadi pesaing terkuat? 04

Hyundai Hexa Space Concept, antara rekaan yang disebut-sebut sebagai Hyundai Stargazer

Dengan model Mitsubishi Xpander yang menjadi model terlaris di Indonesia ketika ini, maka tidak hairanlah jika Hyundai Stargazer yang baharu ini mengikut reka bentuk SUV yang terbukti diminati ramai tersebut. Walaubagaimanapun, imej ini hanyalah sekadar bayangan dan model akhir mungkin sedikit berbeza daripada apa yang diharapkan.

Lakaran Hyundai Stargazer mirip sangat dengan Xpander, bakal jadi pesaing terkuat? 05

Hyundai Stargazer dirancang untuk dilancarkan pada akhir tahun 2021 paling awal. Pemacu pilihan SUV ini dikatakan enjin 1.5 liter NA MPi petrol yang menghasilkan 115 PS kuasa kuda dan 144 Nm tork. Enjin ini juga sudah terbukti berkesan di India, dengan Hyundai Creta, SUV segmen B yang terjual di sana menggunakan enjin ini. 

Bacaan Lanjut:

SUV misteri Hyundai diintip di Korea – Casper, Stargazer atau Bayon ‘panjang’?

Hyundai Stargazer dipatenkan, MPV 7 tempat duduk ini ingin 'tapau' Avanza, BR-V, dan Xpander!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda