'Super moped' terbaharu Honda yang berkemungkinan besar dikenali sebagai Honda RS-X 150 sedang rancak diiklankan rangkaian pengedar jenama Jepun itu di Malaysia ketika ini.
Malah sekalipun belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Boon Siew Honda, sudah ada pengedar yang 'berani' mengeluarkan video model berkenaan dan menyatakan ia sudah berada di premis mereka sebagai cara untuk 'menghangatkan' suasana.
Juga baca: Tak lama lagi, Honda Winner X sudah boleh ditempah di Malaysia!
Dan lebih menarik, bukan saja di kedai-kedai pengedar biasa, malah tempahan untuk Honda RS-X atau dikenali Honda Winner X di Vietnam ini sudah pun dibuka oleh cawangan Honda Impian X.
Sebagai info, Honda Impian X adalah cawangan pengedar sah Boon Siew Honda yang mempunyai bilik pameran secara konsep yang lengkap dan ditubuhkan sejak 2018.
Juga baca: 'Goyang' dengan Exciter 155 VVA! Honda Winner X bakal lebih berkuasa, canggih?
Sejak dilancarkan pada pertengahan 2019 lalu di Vietnam sebagai Honda Winner X, model berkenaan tampaknya ekslusif di negara itu selama bertahun-tahun dengan pasaran gergasi seperti Indonesia, Thailand dan Filipina masih belum menikmatinya.
Justeru, model yang berjaya mencantas populariti Yamaha Y15ZR itu menjadi 'dambaan' bagi peminat Honda di rantau ini termasuk Malaysia.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh terutama laporan media automotif tempatan, Honda RS-X dijangka bakal dilancarkan pada bulan November ini dengan persoalan utama yang turut dibangkitkan adalah berapakan harga jualannya?
Juga baca: Honda Winner X (RS150 V3) terlihat di Malaysia. Tarikh pelancaran makin dekat?
Model sedia ada, Honda RS150R V2 ketika dilancarkan pada Januari 2020 dijual pada harga RM 8.2k (asas).
Dan berdasarkan harga semasa Honda RS150R V2 ketika ini, ia mengalami sedikit penurunan dan boleh dibeli pada harga sekitar RM 8.2k (atas jalan).
Justeru, harga jualan yang dijangkakan untuk RS-X yang hadir dengan rekaan jauh lebih futuristik dan menarik berserta brek lebih maju dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) berkemungkinan tidak melebihi angka RM 10k.
Juga baca: Masih menunggu di Malaysia, Honda Winner X generasi baharu bakal dilancar di Vietnam?
Dengan pesaingnya Yamaha Y16ZR 2021 datang dengan harga RM 10,888 (asas), adakah harga berkenaan dapat memikat peminat 'Super moped' untuk mendapatkan Honda RS-X? Sama-sama kita lihat perkembangannya.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}