Tunggang uji SYM Jet X 150 2021: Jawapan buat peminat skuter ekslusif, bergaya, elegan!

Ekslusif, elegan dan nampak cukup sofistikated. Itu gambaran mudah ketika pertama kali penulis melihat 'saudara' skuter SYM Jet X 150 iaitu GPX Drone 150 yang dilancarkan lebih awal di pasaran negara jiran, Thailand.

Sebagai model skuter keluaran syarikat dari Taiwan yang dilabel 'Scooter nation' iaitu SYM atau Sanyang Motor Co, keraguan terhadap beberapa isu mengenai SYM Jet X 150 ini sememangnya sudah pun berkurangan. 

Dengan rekaan yang menarik dan dilancarkan pada harga jualan RM 8,888 (asas), SYM Jet X 150 2021 ini jelas tampil sebagai skuter dengan tawaran harga paling rendah berbanding pesaingnya di negara ini.

Juga baca: SYM Maxsym 400 2021, lebih futuristik, ringan, prestasi tambah mantap!

Dan selepas beberapa bulan dilancarkan, kami diberi peluang menunggang ujinya selama beberapa hari dan ini 5 perkara 'best' selain perkara kurang 'cun' yang kami di WapCar dapat simpulkan mengenai skuter ini. 

1. Tunggangan yang meyakinkan

Andai berpandukan kepada dimensi SYM Jet X 150, ia sememangnya skuter yang 'sasa' namun ia sekali gus memberikan kualiti tunggangan agak meyakinkan. Ia cukup stabil ketika ditunggang meredah lebuh raya dan menariknya, tidak begitu sukar untuk dibawa meredah laluan sibuk seperti di Kuala Lumpur walaupun ketika waktu puncak.

2. Kuasa, tork yang mencukupi

Sebagai jenama yang boleh dianggap jaguh dalam segmen skuter, enjin yang dibekalkan SYM terhadap SYM Jet X 150 ini boleh disifatkan berkualiti. Bunyi enjin yang dikeluarkan tidak terlalu kasar dan ia boleh kuasanya boleh 'diperah' ketika diperlukan. 

Juga baca: MyMAP dilancar, SYM VF3I 185 motosikal pertama dapat penarafan 5 bintang

Apa yang menarik, untuk lelaki berbadan 'sasa' seperti penulis, skuter ini boleh dikerah sehingga melebihi 130 km/j. Tork mungkin sedikit mendatar namun ia boleh dijangka untuk skuter sebesar ini.

3. Rekaan yang 'hensem' dan memikat

Seperti dinyatakan lebih awal, antara kelebihan SYM Jet X 150 ini adalah reka bentuknya yang 'kacak', ekslusif dan elegen. Seperti dalam iklannya, model yang digunakan memakai pakaian untuk ke pejabat dan ia sememangnya cukup sesuai. Tetapi pada pandangan penulis, 'kehenseman' itu lebih menyerlah ketika waktu malam menerusi rekaan lampu depan yang menarik.

4. Tiada ABS, tiada masalah

Sekalipun tidak dilengkapi ciri penting iaitu Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), kuasa brek yang melengkapi SYM Jet X 150 ini iaitu CBS (Combine Brake System) boleh dianggap memuaskan. Tiada rasa 'goyang' atau berbuai ketika menekan tuil brek ditekan dengan keras dan ia sememangnya mampu memberikan keyakinan.

Juga baca: SYM Crox 150 RX 2021 diperkenal, taruhan SYM cabar Honda ADV 150?

5. Bunyi ekzos sporty dan pelana yang selesa

Untuk skuter yang mempunyai reka bentuk yang elegan, bunyi ekzos yang dikeluarkan agak sporty malah ada bunyi 'pop' jika anda tahu memerahnya. Untuk kualiti pelana, ia boleh dianggap lembut dan tidak terlalu keras.

Apa yang kurang best?

Daripada pandangan penulis, sistem suspensi SYM Jet X 150 ini sedikit keras terutama ketika menempuh laluan tidak sekata ataupun terlanggar lubang. Begitupun, fungsi absorber belakang yang datang dengan ciri boleh sedikit membantu.

Selain itu dengan saiznya yang agak 'sasa', ia mungkin kurang cocok untuk wanita namun jika hati sudah terpaut, ia bukannya satu masalah yang besar.

Kesimpulan

Jika dibandingkan kepada harga yang ditawarkan oleh MForce dengan spesifikasi yang diberikan kepada skuter ini, ia adalah satu pelaburan yang berbaloi terutama kepada sesiapa yang tidak mementingkan 'kebanggaan' jenama.

Jadi pada hemat kami, jika anda mempunyai minat, bajet yang mencukupi, teruskan saja dengan niat anda itu.

Juga baca: GPX Thailand lancar Drone 4V, enjin 4 Injap, lebih jimat petrol, harga bermula RM 8.8k!

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan ...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Toyota Rush

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model