Sebarang perkhidmatan marshal atau pengiring konvoi yang mahu mengawal pergerakan kenderaan awam perlu mendapat kelulusan dan penyertaan anggota polis kerana jika tidak, ia adalah kesalahan di sisi undang-undang, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim.
Dan sebelum diluluskan atau permit diberikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), semua permohonan juga perlu disertakan alasan yang kukuh serta munasabah.
Juga baca: Marshal konvoi buat hal di PD dah serah diri, seorang bergelar 'Datuk'!
“Marshal ini tidak mempunyai kuasa untuk menghentikan kenderaan di mana-mana tempat dan jika dijalankan secara haram, ia merupakan satu kesalahan undang-undang," kata Mazlan.
Katanya lagi, pihak yang hendak berkonvoi kenderaan menggunakan khidmat marshal dinasihatkan mendapatkan kelulusan PDRM yang akan menyediakan anggota polis trafik untuk menyertai konvoi itu agar tindakan menahan mahupun melencongkan kenderaan boleh dilakukan oleh PDRM atau agensi penguatkuasaan lain.
Juga baca: Marshal bertinju tepi jalan, abang basikal jadi tukang lerai!
Mazlan berkata, pihak bertanggungjawab dinasihatkan untuk tampil memohon kelulusan bagi memastikan aktiviti konvoi yang dijalankan lancar dan mematuhi peraturan serta tidak membahayakan pengguna jalan raya lain.
Juga baca: Lagi kes marshal jadi 'polis' tular, polis pantas lancar gerakan, netizen makin bengang!
Begitupun tegasnya, pihaknya tidak mahu terlalu banyak aktiviti yang memerlukan khidmat marshal ini kerana hal itu mampu mengundang kemalangan jalan raya dan membahayakan nyawa pemandu kenderaan lain.
Mazlan berkata demikian ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, semalam dengan heboh satu Malaysia mengenai gelagat marshal yang berlagak bagaikan anggota polis di Port Dickson, minggu lalu yang tular.
Juga baca: Lima marshal geng konvoi 'big bike' dah kena cekup, seorang masih diburu!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}