window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Marshal bertinju tepi jalan, abang basikal jadi tukang lerai!

Khairil ยท Dec 7, 2021 01:00 PM

 

Marshal bertinju tepi jalan, abang basikal jadi tukang lerai! 01

Seperti adegan dalam filem aksi. Itu yang boleh diibaratkan terhadap 'pertarungan' seorang marshal dan penunggang motosikal dengan video rakaman itu tular di media sosial.

Dalam video berkenaan, dapat dilihat seorang lelaki lengkap dengan jaket dengan tulisan Marshal sedang bertarung tumbuk dengan seorang lagi penunggang motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Lagi kes marshal jadi 'polis' tular, polis pantas lancar gerakan, netizen makin bengang!

Marshal bertinju tepi jalan, abang basikal jadi tukang lerai! 01

Pergaduhan itu berlaku di persimpangan lampu isyarat dengan kenderaan sedang berhenti. Kedua-duanya individu yang bergaduh itu juga tidak menanggalkan helmet mereka.

Apa yang melucukan, tumbukan marshal itu ditujukan kepada helmet penunggang motosikal berkenaan yang jelas tidak memberikan impak yang besar manakala 'lawannya' sempat melakukan tendangan yang tepat ke kaki kiri marshal itu.

Marshal bertinju tepi jalan, abang basikal jadi tukang lerai! 02

Lebih menggelikan hati, video berkenaan turut digandingkan dengan muzik latar menarik yang merupakan lagu tema siri televisyen popular 'Power Rangers'.

Juga baca: Lima marshal geng konvoi 'big bike' dah kena cekup, seorang masih diburu!

Marshal bertinju tepi jalan, abang basikal jadi tukang lerai! 03

Begitupun, pergaduhan berkenaan akhirnya dileraikan oleh seorang penunggang basikal yang melihat kejadian berkenaan sebelum orang ramai mengerumuni kedua-duanya.

Sekalipun isu 'geng' marshal ketika ini sedang 'panas' di Malaysia, adegan bagaikan aksi filem seni bela diri ini tidak berlaku di negara ini.

Marshal bertinju tepi jalan, abang basikal jadi tukang lerai! 04

Ia dikatakan berlaku di bandar Cebu di Filipina berdasarkan tulisan yang dilihat di atas 'flyover' dan nombor pendaftaran kenderaan.

Juga baca: Geng konvoi motosikal bikin onar di tempat, masa yang salah. Tak sedar polis ada di lokasi!

Marshal bertinju tepi jalan, abang basikal jadi tukang lerai! 05

Ketika ini, geng marshal konvoi di Malaysia dipalit isu berlagak seperti polis trafik yang jelas mencabar kewibawaan pihak berkuasa berkenaan serta mengundang kemarahan orang awam.

Marshal bertinju tepi jalan, abang basikal jadi tukang lerai! 06

Terbaharu tular tindakan seorang marshal yang mengarahkan sebuah kenderaan untuk memperlahankan kenderaan atau ketepi bagi memberi laluan kepada konvoi motosikal berkuasa tinggi melalui jalan tersebut.

Kejadian berlaku di Port Dickson dan mashal itu ketika ini sedang diburu polis.

Juga baca: Konvoi kenderaan dilarang naik ke Genting

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda