window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lagi kes marshal jadi 'polis' tular, polis pantas lancar gerakan, netizen makin bengang!

Khairil ยท Dec 6, 2021 10:00 AM

Lagi kes marshal jadi 'polis' tular, polis pantas lancar gerakan, netizen makin bengang! 01

Belum pun reda kes membabitkan marshal berlagak seperti polis di Port Dickson bulan lalu, tular satu lagi video yang menunjukkan keangkuhan 'geng' motosikal besar cuba melaksanakan 'undang-undang' rimba.

Dalam video bertarikh 5 Disember 2021 itu berdurasi lebih 2 minit itu, dapat dilihat beberapa orang marshal mengarahkan kenderaan awam untuk memperlahankan atau mengarahkannya ke tepi jalan.

Juga baca: Lima marshal geng konvoi 'big bike' dah kena cekup, seorang masih diburu!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Lagi kes marshal jadi 'polis' tular, polis pantas lancar gerakan, netizen makin bengang! 01

Ia dipercayai bagi memberi laluan kepada konvoi motosikal berkuasa tinggi berkenaan untuk melalui jalan berkenaan dengan mudah.

Dan dapat dilihat dengan jelas seorang marshal berkenaan tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu kenderaan yang enggan mengikuti arahannya.

Juga baca: Geng konvoi motosikal bikin onar di tempat, masa yang salah. Tak sedar polis ada di lokasi!

Lagi kes marshal jadi 'polis' tular, polis pantas lancar gerakan, netizen makin bengang! 02

Begitupun, video berkenaan begitupun tidak mempunyai butiran audio dengan netizen jelas berang dengan gelagat 'geng marshal' berkenaan.

Terbaharu susulan video tular berkenaan, polis ketika ini sedang giat mengesan individu yang melakukan kesalahan berkenaan dengan kejadian turut dipercayai berlaku di Port Dickson.

Lagi kes marshal jadi 'polis' tular, polis pantas lancar gerakan, netizen makin bengang! 03

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, rakaman tersebut menunjukkan aksi marshal memberi arahan kepada sebuah kenderaan awam supaya memperlahankan kenderaan dan bergerak ke kiri lorong jalan.

Juga baca: Konvoi kenderaan dilarang naik ke Genting

"Ia bagi membenarkan sekumpulan lebih kurang 20 buah motosikal berkuasa tinggi melalui laluan tersebut.

Lagi kes marshal jadi 'polis' tular, polis pantas lancar gerakan, netizen makin bengang! 04

Menurut Adli Sham, konvoi berkenaan dipercayai bergerak dari arah Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, Melaka melepasi kawasan Jalan Tanjung Agas, Pasir Panjang Port Dickson.

Juga baca: Bantuan tiba, 19 marshal Malaysia dikerah bantu Mandalika anjur WSBK, ATC!

Lagi kes marshal jadi 'polis' tular, polis pantas lancar gerakan, netizen makin bengang! 05

Aidi Sham berkata, pihak polis sedang mengesan individu yang terlibat dalam rakaman tersebut dan menyeru kepada mana-mana yang memiliki maklumat kejadian untuk menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

Sebarang maklumat boleh disalurkan ke pihak siasatan dan penguatkuasaan trafik Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Port Dickson di talian 06-6472222.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda