window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lima marshal geng konvoi 'big bike' dah kena cekup, seorang masih diburu!

Khairil ยท Nov 24, 2021 11:00 AM

Lima marshal geng konvoi 'big bike' dah kena cekup, seorang masih diburu! 01

Tular baru-baru ini mengenai gelagat marshal atau pengiring konvoi motosikal berkuasa tinggi menahan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat Sua Betong, Port Dickson. Tindakan itu pantas mencetuskan kemarahan dan rasa kurang senang orang awam.

Ini kerana secara mudahnya dan mengikut undang-undang, marshal langsung tidak mempunyai kuasa untuk menghalang lalu lintas, menahan sebarang kenderaan lebih-lebih lagi melanggar peraturan lampu isyarat.

Juga baca: 'Kalut' nampak Polis, lebih 20 motosikal geng konvoi di Penang berterabur tengah jalan!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Lima marshal geng konvoi 'big bike' dah kena cekup, seorang masih diburu! 01

Menerusi kenyataan dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson, lima daripada enam marshal yang dikehendaki sudah dicekup.

Dua suspek pertama ditahan adalah lelaki berusia 26 dan 27 tahun yang masing-masing bekerja sebagai pembantu firma guaman dan penyelia kilang.

Kedua-dua lelaki itu ditahan pada 12.30 tengah malam dan 2.45 pagi tadi di rumah mereka di kawasan Port Dickson dan Springhill, Lukut, kata Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed.

Juga baca: Geng konvoi motosikal bikin onar di tempat, masa yang salah. Tak sedar polis ada di lokasi!

Lima marshal geng konvoi 'big bike' dah kena cekup, seorang masih diburu! 02

Selain penahanan kedua-dua marshal itu, urut dirampas adalah dua motosikal jenis Kawasaki GTR 1400 dan Kawasaki Z800, topi keledar, pakaian dan kasut yang digunakan mereka ketika menahan kenderaan awam.

"Kedua-dua lelaki berkenaan ditahan di Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson untuk siasatan lanjut," kata Aidi Sham.

Lima marshal geng konvoi 'big bike' dah kena cekup, seorang masih diburu! 03

Terbaharu, tiga lelaki lagi suspek tampil menyerah diri di IPD Port Dickson semalam dengan kesemuanya bekerja sebagai pemandu lori masing-masing berusia 27, 30, dan 48 tahun.

Motosikal yang mereka gunakan iaitu Kawasaki GTR 1400, Harley Davidson dan Yamaha Tracer 900 GT juga ditahan.

Polis berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkan kepada polis bagi membantu siasatan dan berharap marshal itu menyerah diri bagi memudahkan siasatan lanjut.

Sebagai info, tular di media sosial video berdurasi satu minit 10 saat yang menunjukkan aksi beberapa marshal mengawal dan memberhentikan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat Sua Betong dalam kejadian pada 20 November lalu.

Lima marshal geng konvoi 'big bike' dah kena cekup, seorang masih diburu! 04

Tindakan menyalahi undang-undang jalan raya itu dipercayai dibuat bagi memberi laluan kepada konvoi motosikal berkuasa tinggi untuk bergerak melepasi lampu isyarat merah.

Juga baca: Konvoi kenderaan dilarang naik ke Genting

Memetik HMetro, konvoi motosikal berkuasa besar itu dikatakan datang dari arah Lebuhraya Seremban - Port Dickson (SPDH) sebelum masuk melalui lampu isyarat Sua Betong ke Bulatan Sunggala di Telok Kemang.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda