window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

China ke arah hijau boleh akibatkan bekalan aloi jadi terhad, industri automotif akan hancur?

Faisal ยท Dec 21, 2021 09:00 AM

China ke arah hijau boleh akibatkan bekalan aloi jadi terhad, industri automotif akan hancur? 01

Rasa-rasanya apa reaksi industri pemasangan automotif apabila China mengumumkan pelan untuk ke arah hijau? Senang cerita, bayangkan produksi magnesium pula yang jadi terhad.

Untuk makluman anda, gerakan China untuk mengurangkan bekalan elektrik ke kilang bertenaga tinggi bagi memenuhi piawaian persekitaran bermakna produksi magnesium akan menjunam. Berdasarkan sumber yang sahih, stok bahan ini diramalkan habis menjelang akhir November 2021.

China ke arah hijau boleh akibatkan bekalan aloi jadi terhad, industri automotif akan hancur? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebagai pengeluar besi terbesar di dunia, industri pemasangan automotif betul-betul bergantung pada magnesium. Antaranya seperti pembuatan aloi aluminium untuk bekas transmisi dan blok enjin serta komponen roda dan suspensi.

Secara dasarnya, pengilang-pengilang automotif bergantung hampir sepenuhnya pada China kerana mereka membekalkan 90% daripada keperluan magnesium di seluruh dunia. Untuk pengetahuan anda, European Automobile Manufacturers’ Association (ACEA) telahpun mengeluarkan amaran mengenai kekurangan yang bakal terjadi. Menurut mereka, kekurangan bekalan produksi magnesium boleh mengakibatkan penutupan perniagaan dan kehilangan pekerjaan.

China ke arah hijau boleh akibatkan bekalan aloi jadi terhad, industri automotif akan hancur? 01

Porsche 911 GT2 RS datang dengan roda magnesium sebagai pilihan tambahan.

Persatuan ini turut menjelaskan bahawa dalam produksi bilet aluminium, magnesium sememangnya tidak boleh diganti sama sekali.

Berkenaan isu bekalan cip yang telah menangguhkan produksi jutaan kereta baru, kekurangan magnesium akan menyebabkan masalah ini bertambah lebih teruk.

Menurut Nikkei Asia, kelebihan China dalam produksi magnesium bergantung pada kos elektrik dan arang yang murah.

China ke arah hijau boleh akibatkan bekalan aloi jadi terhad, industri automotif akan hancur? 02

Bekalan dan stok rim juga mungkin terjejas.

Kalau anda nak tahu, bahan magnesium bergantung rapat pada bekalan serta harga arang batu dan silikon ferus. Harganya adalah sekitar $A 6.40 (~RM 19.50) untuk 1kg tetapi sejak kebelakangan ini, ia melonjak ke $A 12.50 (~RM 38.00) kerana China telah menutup perlombongan arang batu. Secara tidak langsung, output penjana berkuasa arang juga telah berkurangan.

Sebelum ini, harganya pernah mencecah $A 9 (~RM 27.40) sewaktu Sukan Olimpik 2008, iaitu ketika China terpaksa mengehadkan jana kuasa arang bagi mengurangkan pencemaran udara.

Menariknya, analisis industri sekarang menunjukkan peningkatan dari segi permintaan untuk membeli magnesium dari negara lain.

Antara negara pengeluar magnesium yang ada termasuklah Turki, Israel, Amerika Syarikat dan Brazil. Apapun dari segi kuantiti, mereka tetap tidak boleh lawan China.

Juga bacaGeely: Bermula dengan meniru Mercedes... kini jadi pemilik Mercedes!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda