Kehadiran Honda RS-X di pasaran Malaysia bulan lalu sememangnya cukup mengujakan. Tetapi tak menunggu masa yang lama, negara yang motosikal berkenaan membuat 'debut' dan dikenali sebagai Honda Winner X iaitu Vietnam berkemungkinan memperoleh versi atau generasi baharu, esok.
Perkembangan itu diperoleh berdasarkan video 'teaser' daripada Honda Motor Vietnam di laman Facebook rasmi syarikat itu sejak beberapa hari lalu.
Juga baca: Masih menunggu di Malaysia, Honda Winner X generasi baharu bakal dilancar di Vietnam?
Jika melihat kepada video berkenaan, dapat dilihat ia adalah sebuah model 'moped' dengan lampu utama yang sememangnya mirip Honda Winner X.
Dan jika rekaannya berkemungkinan tidak mengalami perubahan besar, ia dijangka memperoleh naik taraf daripada sudut spesifikasi trenkuasa bagi meningkatkan prestasinya.
Di pasaran Vietnam, Honda Winner X berjaya mengganggu 'takhta' yang dipegang Yamaha Y15ZR atau Exciter pada satu ketika sebelum Yamaha mengambil kembali kedudukan itu menerusi penawaran baharu, Yamaha Exciter 155 VVA.
Juga baca: 'Goyang' dengan Exciter 155 VVA! Honda Winner X bakal lebih berkuasa, canggih?
Tampil sebagai model lebih moden dan berteknologi, kehadiran model yang turut dinamakan Yamaha Y16ZR di pasaran Malaysia itu memaksa Honda melakukan sesuatu terhadap Winner X yang sememangnya sudah memiliki rekaan yang cukup bergaya.
Berbalik kepada Honda Winner X V2, bukan satu masalah untuk syarikat sebesar Honda menaiktaraf sesuatu modelnya dengan mudah lebih-lebih lagi ia memang sudah mempunyai trenkuasa 160 cc yang ketika ini digunakan oleh model skuter, Honda PCX 160.
Selain sesaran enjin dan teknologi lebih canggih eSP+, ia juga berkemungkinan mendapat peningkatan dari sudut teknologi seperti klac Assist & Slipper seperti CBR150R 2021 dan sistem Kunci Pintar dan sebagainya.
Sebagai info, Honda Winner X dilancarkan buat pertama kali pada Julai 2019 jadi bukan sesuatu yang pelik untuk model berkenaan mendapat versi atau generasi terbaharu ketika ini.
Juga baca: Penantian berakhir, Honda RS-X 2021 dilancar, harga asas RM 8,688!
Apapun di Malaysia, kita layan dulu penawaran terbaharu daripada Boon Siew Honda, RS-X 2021 yang datang dengan penawaran harga menarik, RM 8,688 (asas).
Juga baca: Pencabar 'setaraf' Yamaha Y16ZR, Honda Winner X V2 sudah siap, pelancaran 15 Disember?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}