window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tiada Rossi, tiada Aramco, pasukan milik Vale kini dikenali Mooney VR46 MotoGP!

Khairil ยท Dec 31, 2021 06:00 PM

Tiada Rossi, tiada Aramco, pasukan milik Vale kini dikenali Mooney VR46 MotoGP! 01

Kem VR46 nampaknya sudah tidak mampu bersabar dengan penangguhan berpanjangan membabitkan penajaan Aramco untuk pasukan itu di kancah MotoGP dan menamakan syarikat perbankan dan pembayaran Itali, Mooney sebagai penaja utamanya.

Pasukan milik legenda MotoGP, Valentino Rossi itu kini dikenali sebagai Mooney VR46 dan akan bersaing dalam kategori MotoGP dan Moto2.

Juga baca: Valentino Rossi umum persaraan, gantung sut lumba MotoGP penghujung musim 2021!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tiada Rossi, tiada Aramco, pasukan milik Vale kini dikenali Mooney VR46 MotoGP! 01

Valentino Rossi. Sumber imej: FB VR46

Dalam saingan MotoGP, pasukan berkenaan akan diwakili adik kepada Rossi, Luca Marini dan Marco Bezzecchi menggunakan jentera Ducati dan untuk kelas Moto2, pelumbanya adalah Celestino Vietti dan Niccolo Antonelli.

VR46 dalam kenyataan berkata susulan perjanjian itu, pasukan akan menggunakan nama Mooney VR46 Racing Team dan ia akan digunakan dalam kesemua imej pasukan (termasuk jentera dan sut lumba) dan dalam semua komunikasi rasmi. Maklumat lanjut akan didedahkan pada 3 Januari depan.

Tiada Rossi, tiada Aramco, pasukan milik Vale kini dikenali Mooney VR46 MotoGP! 02

Perjanjian dengan Mooney juga menyaksikan kemelut VR46 bersama Aramco berakhir.

Pada April lalu, satu kenyataan media dikeluarkan pasukan itu yang menyebut: "Pada 2022, pasukan VR46 akan membuat debut di MotoGP bersama Tanal Entertainment Sport & Media dengan Saudi Aramco sebagai Penaja Utama untuk tempoh 2022-2026."

Juga baca: Aramco VR46 MotoGP Team pilih Ducati, Valentino Rossi masih dalam dilema!

Tiada Rossi, tiada Aramco, pasukan milik Vale kini dikenali Mooney VR46 MotoGP! 03

Luca Marini. Sumber imej: FB LM97

Apabila VR46 melengkapkan perjanjian menggunakan jentera Ducati pada Jun, pemilik Aramco, Putera Abdulaziz bin Abdullah bin Saud bin Abdulaziz Al Saud berkata: "Pasti menakjubkan untuk saya jika Valentino Rossi bersaing sebagai pelumba kami untuk beberapa tahun akan datang bersama adiknya Luca Marini."

Tetapi, Rossi memilih untuk bersara sekaligus mencetus keraguan sama ada perjanjian itu akan diteruskan atau tidak dengan Pengurus Pasukan, Pablo Nieto mengakui segala-galanya berjalan amat perlahan membabitkan perjanjian dengan Aramco.

Tiada Rossi, tiada Aramco, pasukan milik Vale kini dikenali Mooney VR46 MotoGP! 04

Sumber imej: Motorsport.com

Dan natijahnya, nama Aramco juga tidak digunakan ketika pasukan VR46 disenaraikan MotoGP dalam jadual sementara pasukan bersaing pada musim 2022 pada pertengahan November lalu.

Untuk musim depan, pasukan VR46, Marini akan menggunakan jentera Ducati spesifikasi 2022 manakala muka baharu, Bezzecchi akan menggunakan jentera spesifikasi 2021.

Juga baca: Ferrari dedah pernah 'pancing' Valentino Rossi untuk berlumba di F1

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda