window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Wanna Ali pula beli Mercedes-Benz GLC 300 RM340k guna duit simpanan sendiri

Mersita Β· Jan 5, 2022 07:30 PM

Wanna Ali pula beli Mercedes-Benz GLC 300 RM340k guna duit simpanan sendiri 01

Nampak gayanya lencana bintang tiba bucu menjadi pilihan ramai artis wanita masa sejak kebelakangan ini. Tak lama selepas penyanyi, Wani Kayrie, menunjukkan CLA180 yang dibelinya, kini giliran pelakon jelita tanah air pula iaitu Wanna Ali yang baru-baru ini dilihat membeli sebuah Mercedes-Benz GLC 300 berharga RM 340,000.

Wanna berkata kereta berkenaan dikira sebagai hadiah hari lahir ‘belated’ untuk dirinya sendiri dan menjadi permulaan baru baginya untuk tahun 2022. Katanya, kereta itu dibeli menggunakan duit simpanan sendiri.

Wanna Ali pula beli Mercedes-Benz GLC 300 RM340k guna duit simpanan sendiri 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“One achievement unlocked! Semua dan apa-apa pun rezeki daripadaNya.. Saved up and worked day & night, literally blood sweat and tears for this. Worth it. Semua berkat doa mama, my backbone @ayuputeh & doa orang sekeliling juga alhamdulillah,” nukilnya di ruangan Instagram miliknya.

Baca juga: Wani Kayrie kumpul duit setahun beli kereta idaman Mercedes-Benz CLA180, 'downpayment' RM 30k

Wanna Ali pula beli Mercedes-Benz GLC 300 RM340k guna duit simpanan sendiri 01

Gadis berusia 24 tahun itu yang juga anak kepada penerbit, Datuk Ayu Puteh, berkata inilah hasil penat lelahnya sebagai seorang anak seni. Wanna merupakan bintang drama terkenal TV3 dan pernah berlakon dalam beberapa filem tempatan seperti ‘Ada Apa Dengan Dosa’.

Sebagai info, GLC 300 keluaran 2020 dikuasakan oleh enjin petrol baru M264 2.0 liter berpengecas turbo 4 silinder yang menghamburkan 258 PS dan 370 Nm. Ia dipadankan dengan kotak gear automatik 9G-Tronic 9 kelajuan dan sistem pacuan semua roda (AWD) 4Matic.

Foto: IG @wannaali

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Mercedes-Benz GLC 300 4MATIC (CKD))

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda