Daihatsu Rocky e:Smart hybrid telah diintip di Malaysia beberapa kali sebelum ini, memberi bayangan kembar Perodua Ativa yang mungkin akan menerima trenkuasa hibrid tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, Daihatsu Rocky tersebut bukan sahaja membuat pusingan di Malaysia, malah ia juga telah dikesan di Indonesia baru-baru ini.
Dikesan oleh laman automotif Indonesia, Cintamobil, Daihatsu Rocky e:Smart meletakkan sedikit samaran pada loginya yang disembunyikan dengan pita pelekat. Daihatsu Rocky berwarna biru tua itu diintip di Karawang, Indonesia, dan diikuti oleh Daihatsu Xenia berwarna perak, kembar Toyota Avanza (dan Perodua Alza generasi seterusnya).
Baca: Daihatsu Xenia 2022 membuat debut – potensi kembar Perodua Alza serba baharu kini rasmi
Karawang juga merupakan lokasi kilang pemasangan untuk Daihatsu Rocky dan Toyota Raize pasaran Indonesia. Selain itu, Rocky/Raize buatan Indonesia ini turut dieksport ke banyak negara termasuk Vietnam, Arab Saudi dan Mexico.
Baca: Indonesia mengeksport hampir 295,000 kenderaan ke 80 negara pada 2021, Daihatsu mendahului
Buat masa ini, Rocky dan Raize Indonesia boleh didapati dengan pilihan sama ada 3-silinder 1.0 liter turbocaj KR-VET (98 PS/140 Nm) atau enjin 3-silinder 1.2 liter aspirasi semula jadi WA-VE (88 PS/113 Nm). Kedua-dua enjin dipasangkan dengan transmisi automatik D-CVT atau 5-kelajuan manual.
Baca: Toyota Raize (Ativa) 1.2L NA rasmi dijual, enjin bukan turbo yang lebih murah!
Sementelahan itu, Rocky/Raize untuk pasaran Jepun telah diberi kemas kini terbaru pada bulan November 2021 yang menyaksikan pengenalan e:Smart hybrid yang menyaksikan enjin 1.2 liter WA-VEX (106 PS/170 Nm) bertindak sebagai penjana kepada bateri - mirip Nissan Note e-Power.
Baca: Pengalaman memandu Nissan Note e-Power - minyak 2.8L/100km, Axia tak boleh cari makan!
Dengan kehadiran model Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid ini di Indonesia, adakah SUV ini akan dilancarkan di Nusantara tidak lama lagi? Sebagai rujukan, Perodua pernah memberitahu bahawa mereka juga sedang menjalankan kajian pasaran mengenai kebolehlaksanaan Ativa Hibrid dalam satu sesi perkongsian perniagaannya.
Pengeluar kereta nombor 1 Malaysia itu berpendapat bahawa mereka juga percaya bahawa kenderaan elektrik hibrid (HEV) adalah penyelesaian untuk maju ke hadapan ke arah neutraliti karbon.
Baca: SPYSHOT: Daihatsu Rocky e:Smart sekali lagi berlegar di Malaysia, Ativa Hybrid bakal tiba?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}