Toyota Raize (Ativa) 1.2L NA rasmi dijual, enjin bukan turbo yang lebih murah!
Haris · Jun 17, 2021 08:00 PM
0
0
PT Toyota Astra Motor (TAM) telah mengumumkan bahawa model Toyota Raize 1.2L NA telah rasmi dijual di Indonesia. Sehubungan dengan itu, proses penghantaran ke pengedar Toyota di Indonesia juga telah bermula hari ini.
Berbeza dengan enjin 1.0 liter turbo, Toyota Raize 1.2L NA ini menggunakan enjin baharu tiga silinder 1.2L NA (ya, enjin 3 silinder juga) yang mampu memberi kuasa sebanyak 88 PS dan 112 Nm tork - kurang sedikit berbanding enjin 1.0 turbo yang lebih popular.
Hadir dengan 2 varian iaitu Toyota Raize 1.2 G MT dengan transmisi manual 5-kelajuan dan Toyota Raize 1.2 G CVT dengan transmisi automatik CVT.
Tampil sebagai varian rendah, model dengan enjin 1.2 liter ini menerima warna satu tona sahaja, kemasan fabrik, rim 16-inci dengan rekaan tersendiri dan juga tiada bantuan pemandu ADAS.
Apa yang dibekalkan pada bahagian dalam pula adalah kawalan penyaman udara digital, paparan skrin infotainment bersaiz 8-inci (model atas menerima skrin 9-inci) dan mod pemanduan untuk transmisi CVT.
Harga bagi model Toyota Raize 1.2 liter NA ini bermula daripada Rp 202 j (RM 63,197) hingga Rp 215 j (RM 61,760). Harga ini sebenarnya sangat kompetitif dan jauh lebih murah berbanding Toyota Avanza 1.3 G AT (varian Avanza paling tinggi) iaitu Rp 216 j (RM 62,046).
Indonesia menjadi negara pertama yang menampilkan Toyota Raize dengan enjin 1.2 liter NA ini di mana enjin ini adalah enjin pembangunan baharu dan bukannya enjin lama. Enjin berkod WA-VE pertama kali didedahkan oleh Toyota dan mungkin menjadi petanda model baharu bakal menyusul dengan enjin ini. Mungkin, Perodua Axia generasi baharu?
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.