Minggu lalu, kami melaporkan bahawa Perodua Ativa merupakan SUV paling laku di Malaysia untuk Julai 2023. Apapun, usianya sudah menjangkau 2 tahun dan kemaskini pasti dalam perancangan.
Nombor plat dagangan sama pada intipan Daihatsu Rocky sebelum ini. Kredit foto: Muhammad Nabil.
Bagi anda yang belum tahu, Perodua selalunya hebat dalam merahsiakan maklumat baharu mengenai sesebuah model.
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook yang bernama Hassanal Zafar telah menjumpai sebuah Daihatsu Rocky (kembar Perodua Ativa dan Toyota Raize) dengan nombor plat dagangan iaitu di sekitar Dengkil. Berdasarkan apa yang dapat dilihat, terdapat dua komponen yang berbeza iaitu penerapan radar yang ada di bawah logo depan dan kamera ADAS yang berbeza.
Kalau anda nak tahu, ADAS pada ketiga-tiga trio selama ini hanya bergantung pada komponen kamera, bukan dengan bantuan radar. Kebetulan pula, trio ini belum lagi menerima sebarang kemaskini sejak dirasmikan pada tahun 2019.
Di Jepun, Toyota Raize/Daihatsu Rocky tiada fungsi stop-and-go, kecuali varian hybrid.
Intipan ini secara tidak langsung memberikan petunjuk bahawa ciri kawalan pelayaran adaptif pada model seterusnya (selain varian hybrid) nanti mungkin hadir dengan fungsi stop-and-go sekali.
Kamera ADAS pada Perodua Ativa.
Kalau anda nak tahu, Perodua Ativa sememangnya sudah sarat dengan ciri bantuan keselamatan dan ASA pula diberi standard pada semua varian. Untuk pengetahuan anda, hanya varian AV sahaja yang dilengkapi ADAS Perodua Smart Drive Assist (PSDA) di mana ia merangkumi:
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.