window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kembar hibrid Ativa: Ciri-ciri Daihatsu Rocky e:smart 2021 bocor sebelum pelancaran Nov

Zamil Syaheer · Sep 30, 2021 06:00 PM

Kembar hibrid Ativa: Ciri-ciri Daihatsu Rocky e:smart 2021 bocor sebelum pelancaran Nov 01

Kereta asas Perodua Ativa 2021, Daihatsu Rocky dan Toyota Raize, dikatakan akan mendapat facelift untuk pasaran Jepun pada November 2021. Menurut info yang bocor, Rocky akan menambah model hibrid ke barisannya, dengan nama Rocky e:smart.

Trenkuasa hybrid baru

Kembar hibrid Ativa: Ciri-ciri Daihatsu Rocky e:smart 2021 bocor sebelum pelancaran Nov 02

Trenkuasa e:smart mengabungkan enjin 1.2 liter, 3-silinder yang baru dibangunkan (diberi nama WA-VEX) ke motor elektrik. Menurut info yang bocor, ia adalah sistem hibrid sepenuhnya. Ini bermaksud ia dapat memecut dari statik melalui kuasa elektrik sahaja.

Melihat nama kod enjin yang digunapakai, nampaknya enjin asas kepada model ini diambil daripada Rocky spesifikasi pasaran Indonesia. Ia dipanggil WA-VE, menghasilkan 88 PS dan 107 Nm tork.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Toyota Raize tembus pasaran Indonesia – pilihan enjin 1.2L NA, varian GR Sport, paddle shifter, dari RM 62k - RM 75k

Kembar hibrid Ativa: Ciri-ciri Daihatsu Rocky e:smart 2021 bocor sebelum pelancaran Nov 01

Setakat ini, tiada angka rasmi mengenai kuasa dan angka penggunaan minyak. Namun begitu, Daihatsu mengatakan bahawa ia dapat mencapai kecekapan terma 40%.

Sistem satu-pedal, EPB, ADAS yang lebih baik

Kembar hibrid Ativa: Ciri-ciri Daihatsu Rocky e:smart 2021 bocor sebelum pelancaran Nov 02

Selain itu, Rocky hybrid akan memperoleh sistem satu-pedal, sama dengan e-Pedal Nissan. Disebut sebagai 'Smart Pedal' di sini, ini membolehkan pemandu memecut, melambatkan, dan berhenti hanya menggunakan pedal pendikit.

Varian Rocky facelift yang lebih tinggi juga dikatakan akan memperoleh ciri brek parkir elektrik (EPB) dengan fungsi penahan automatik, dan peningkatan pada sistem ADAS yang merangkumi penambahbaikan kepada sistem kawalan pelayaran adaptif (ACC).

Lebih senyap

Kembar hibrid Ativa: Ciri-ciri Daihatsu Rocky e:smart 2021 bocor sebelum pelancaran Nov 03

Nampaknya Rocky e:smart akan menjadi lebih senyap dengan penambahan penebat bunyi pada enam bahagian iaitu bonet depan, penutup bawah enjin, firewall (antara papan pemuka dan ruang mesin), lantai, juga pada fender depan dan belakang.

Sedikit perbezaan eksterior

Kembar hibrid Ativa: Ciri-ciri Daihatsu Rocky e:smart 2021 bocor sebelum pelancaran Nov 04

Melihat imej acah, nampaknya Rocky e:smart akan mendapat reka bentuk gril sarang lebah, lencana tambahan di sisi, dan logo berwarna biru.

Harga dan tarikh pelancaran

Kembar hibrid Ativa: Ciri-ciri Daihatsu Rocky e:smart 2021 bocor sebelum pelancaran Nov 05

Harga sementara untuk Rocky e:smart bermula dari JPY 2,116,000 (~ RM 79,242) hingga JPY 2,350,000 (~ RM 88,006). Semestinya ini belum dapat dipastikan, dan kami akan mempunyai maklumat yang lebih lengkap sebaik sahaja kereta ini dilancarkan pada November 2021.

Sementara itu...

Sebut pasal Rocky ini, teringat pula pada Cik Tiva kami. Setelah masalah bunyi yang kerap kali berlaku di bahagian brek dram belakang, kami ingin melaporkan bahawa Perodua telah menyelesaikan masalah ini secara kekal untuk kami. Tonton video di atas untuk mengetahui lebih lanjut!

Jangan ragu untuk menyertai kumpulan WhatsApp khusus kami untuk lebih banyak perbincangan dan petua!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda