window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Daihatsu Rocky (Ativa) ini tunjuk keupayaan 'off-road', buat kerja gila turun tangga!

Haris · Aug 24, 2021 05:00 PM

Daihatsu Rocky (Ativa) ini tunjuk keupayaan 'off-road', buat kerja gila turun tangga! 01

SUV secara umumnya dibina dengan ketahanan dan kemampuan pemanduan di jalan 'off-road' namun apabila SUV semakin mengecil, tanggapan ini turut berubah.

Sudah tentu, ramai antara pemilik Perodua Ativa tidak terfikir untuk membawa SUV kompak ini melalui jalan 'off-road' namun seorang pemilik Daihatsu Rocky (kembar Ativa) di Jepun cuba menongkah arus dengan SUV miliknya.

Daihatsu Rocky (Ativa) ini tunjuk keupayaan 'off-road', buat kerja gila turun tangga! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Akaun Instagram Kingjarocky dimulakan oleh pemilik Daihatsu Rocky tersebut khas untuk mendokumentasi ekspedisi 'off-road' yang dilakukan. Beliau telah membuktikan bahawa SUV kompak ini masih mempunyai kemampuan 'off-road', walaupun ramai yang mengelak untuk melakukan aktiviti sedemikian. 

Daihatsu Rocky (Ativa) ini tunjuk keupayaan 'off-road', buat kerja gila turun tangga! 01

Foto oleh Kingjarocky

SUV miliknya ini kebanyakannya masih standard, satu-satunya perubahan yang dilakukan pemilik adalah menukar tayar standard kepada tayar 'off road' serta set sistem gantungan penyerap hentak yang lebih tinggi bagi meningkatkan jarak kelegaan tanah.

Baca: Daihatsu terkejut, Rocky (Ativa) paling mahal jadi model terlaris di Indonesia!

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ja (@kingjarocky)

Dalam video, Daihatsu Rocky ini turut menunjukkan kebolehan untuk menuruni tangga dengan baik. Malah, video tersebut turut mendapat tontonan dan pujian dalam beberapa kumpulan Facebook di Malaysia.

Berikut adalah video Daihatsu Rocky melalui kawasan berbatu menggunakan spring standard yang dikeluarkan oleh kilang, mengekalkan jarak kelegaan tanah 200 mm asal, dan kedalaman meranduk 250 mm asal.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ja (@kingjarocky)

Bagi mereka yang mahu mencuba Perodua Ativa masing-masing dengan latar pemanduan seperti yang ditunjukkan ini, nanti dulu. Daihatsu Rocky yang anda lihat dalam video adalah unit pacuan 4 roda yang menggunakan tayar jenis 'all-terrain'. Perodua Ativa hanya boleh didapati di Malaysia dengan pacuan roda hadapan sahaja.

Baca: 4x4 juga boleh sangkut di pantai atau ditelan oleh air pasang! Bagaimana nak elak?

Daihatsu Rocky (Ativa) ini tunjuk keupayaan 'off-road', buat kerja gila turun tangga! 02

Pemandu Kingjarocky turut menunjukkan bahawa dia sebenarnya seorang pemandu yang sangat berpengalaman dalam pemanduan 'off-road' serta memahami cara mengeluarkan Rocky daripada situasi yang boleh berpotensi untuk tersangkut.

Adakah kami juga akan melanyak Perodua Ativa 'Cik Tiva' milik kami seperti Kingjarocky? Nantikan!

Baca: Pengalaman pemilikan Perodua Ativa: 7 perkara yang kami suka tentang Cik Tiva!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda