window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sepupu hibrid Perodua Ativa begitu popular di Jepun, mencatat rekod jualan baharu

Zamil Syaheer · Feb 5, 2022 06:00 PM

Sepupu hibrid Perodua Ativa begitu popular di Jepun, mencatat rekod jualan baharu 01

  • Daihatsu Rocky mencatat rekod jualan baharu
  • Rocky e-Smart Hybrid penyumbang besar
  • Jualan tahun ke tahun juga meningkat

Jualan Daihatsu Rocky – kereta asas kepada Perodua Ativa– mencapai rekod tertinggi pada November 2021, kesan berikutan pengenalan Daihatsu Rocky e-Smart Hybrid.

3,615 unit Rocky menemui pemilik baharu pada November 2021, meningkat 158 ​​peratus daripada bulan yang sama setahun sebelumnya. Daripada jumlah itu, 63 peratus atau 2,270 unit adalah daripada Rocky e-Smart Hybrid.

Sepupu hibrid Perodua Ativa begitu popular di Jepun, mencatat rekod jualan baharu 02

Rocky hibrid mendapat lencana berwarna biru, dan roda 17-inci yang berbeza

Angka-angka ini menjadikannya kereta terlaris ke-17 di Jepun untuk bulan itu, mengatasi pesaing seperti Nissan Kicks dan Toyota Passo, antara model yang Rocky bersaing kuat untuk ‘tapau’ pada sebahagian besar tahun ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sepupu hibrid Perodua Ativa begitu popular di Jepun, mencatat rekod jualan baharu 01

Secara keseluruhan, ini juga meningkatkan kedudukan jualan tahun ke tahun Rocky: 21,392 unit telah dijual dari Januari hingga Disember 2021, peningkatan 68 peratus daripada 2020.

Bolehkah kita jangkakan ketibaan Perodua Ativa Hybrid?

Sepupu hibrid Perodua Ativa begitu popular di Jepun, mencatat rekod jualan baharu 02

e-Smart Hybrid ialah sistem hibrid penuh satu motor

Elektrifikasi – yang merangkumi hibrid (HEV) dan kenderaan elektrik (EV) – adalah antara tumpuan untuk pelan perniagaan Perodua 2022.

Kerja-kerja pembangunan sedang dijalankan untuk model Perodua berelektrik, dan walaupun tiada butiran khusus dinyatakan, jelas ia merujuk kepada Perodua Ativa Hybrid.

Juga baca: K'jaan sasar 15% EV menjelang 2030, Perodua kini rancang pembangunan kereta elektriknya!

Sepupu hibrid Perodua Ativa begitu popular di Jepun, mencatat rekod jualan baharu 03

Rocky e-Smart Hybrid seperti yang dilihat di Malaysia

Rocky e-Smart Hybrid ialah hibrid siri yang bermaksud ia boleh memecut dari pegun melalui kuasa elektrik sahaja tetapi enjin tidak memacu roda. Sebaliknya, enjin itu hanya berfungsi sebagai penjana on-board, sama seperti sistem hibrid Nissan e-Power.

Kereta itu telah dikesan di Malaysia beberapa kali yang menyokong kepercayaan lebih lanjut kepada ini. Sementara itu, Indonesia dijangka melancarkan Rocky e-Smart Hybrid akhir tahun ini, jadi wajar untuk menjangkakan Ativa Hybrid akan datang pada 2023.

Juga baca: Hibrid pertama Perodua (Ativa?) sedang giat dibangunkan – pelancaran 2023, harga mampu milik menjadi fokus utama

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda