window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ativa Hybrid tak lama lagi? Daihatsu Rocky, Toyota Raize e-Smart hybrid dilancarkan di Jepun

Mersita · Nov 1, 2021 07:00 PM

Ativa Hybrid tak lama lagi? Daihatsu Rocky, Toyota Raize e-Smart hybrid dilancarkan di Jepun 01

Perodua Ativa sememangnya cukup popular di Malaysia, lebih kurang sama dengan kereta kembar dan pendermanya, iaitu Daihatsu Rocky dan Toyota Raize di Jepun dan Indonesia. Namun, model ini telahpun diperkenalkan di Jepun pada 2019 lagi. Oleh itu, ia diberi sedikit pembaharuan disamping penambahan satu varian hybrid.

Ativa Hybrid tak lama lagi? Daihatsu Rocky, Toyota Raize e-Smart hybrid dilancarkan di Jepun 02

Daihatsu Rocky e-Smart ditunjukkan

Pada Jun lalu, kami ada melaporkan yang Daihatsu sedang merancang untuk mengembangkan barisan model hybridnya dan ini termasuklah si kembar popular, Rocky dan Raize. Daripada berkongsi sistem hybrid serupa pada model sedia ada, SUV kompak ini sebaliknya menggunakan sistem yang serba baharu.

Ativa Hybrid tak lama lagi? Daihatsu Rocky, Toyota Raize e-Smart hybrid dilancarkan di Jepun 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rocky/Raize hybrid ini dikuasakan oleh sistem hybrid e-Smart 1.2 liter yang mampu menjana 106 PS dan 170 Nm. Trenkuasa hybrid ini mempunyai mekanisma yang serupa dengan sistem hybrid Nissan e-Power dimana ia adalah ‘full-hybrid (series) system’.

Ativa Hybrid tak lama lagi? Daihatsu Rocky, Toyota Raize e-Smart hybrid dilancarkan di Jepun 01

Selain daripada penambahan trenkuasa hybrid dan enjin KR-VET berpengecas turbo 1.0 liter sedia ada, Raize dan Rocky yang dipertingkatkan ini juga boleh didapati dengan enjin WA-VE ‘naturally aspirated’ 1.2 liter yang didebut di Indonesia. Berbeza dengan yang ini pula, enjin 1.2 liter di Jepun hanya didatangkan dengan kotak gear automatik CVT.

Secara amnya, enjin ini hanya digunakan sebagai penjana ‘on-board’ dan motor elektrik pula yang digunakan untuk memacu roda hadapan. Oleh itu, ia tidak begitu perlukan kotak gear untuk menguasai SUV ini, sama seperti kenderaan elektrik (EV) asli.

Ativa Hybrid tak lama lagi? Daihatsu Rocky, Toyota Raize e-Smart hybrid dilancarkan di Jepun 02

Oleh itu, Rocky/Raize e-Smart menawarkan perasaan pemanduan yang sama seperti EV dengan pecutan lancar dan tork maksima. Daihatsu dan Toyota mengatakan bahawa varian hybrid menawarka antara penggunaan minyak terendah dan kelasnya – dengan purata 28 km/liter berdasarkan ujian WLTC.

Satu lagi kelengkapan yang bunyinya serupa dengan kelengkapan beberapa model Nissan e-Power ialah perincian ‘one pedal’. Toyota dan Daihatsu menggelarnya Smart Pedal (S-PDL) dan pemandu hanya perlu memacu dan membrek dengan menggunakan pedal pemecut sahaja.

Ativa Hybrid tak lama lagi? Daihatsu Rocky, Toyota Raize e-Smart hybrid dilancarkan di Jepun 03

Sama seperti Toyota Prius (Prius C) yang dinaiktaraf dan Corolla Cross Hybrid spec Jepun, Rocky dan Raize e-Smart didatangkan dengan Emergency Power Supply Mode yang menjadikan SUV ini kepada penjana sampingan untuk kecemasan.

Baca juga: Kembar hibrid Ativa: Ciri-ciri Daihatsu Rocky e:smart 2021 bocor sebelum pelancaran Nov

Ativa Hybrid tak lama lagi? Daihatsu Rocky, Toyota Raize e-Smart hybrid dilancarkan di Jepun 04

Toyota Raize dan Daihatsu Rocky boleh didapati masing-masing dalam 8 dan 5 varian. Harga bagi Toyota Raize e-Smart bermula dari JPY 2.163 juta (~RM 78,000) manakala Daihatsu Rocky e-Smart lebih murah, hanya dari JPY 2.116 juta (~RM 77,000).

Baca juga: Daihatsu Rocky hibrid e:Smart dijumpai di Malaysia – apa kembar Perodua Ativa buat di sini?

Ativa Hybrid tak lama lagi? Daihatsu Rocky, Toyota Raize e-Smart hybrid dilancarkan di Jepun 05

Walaupun Daihatsu Rocky e-Smart pernah dikesan di Malaysia, ini bukanlah bermaksud yang Perodua Ativa akan terima varian hybrid tak lama lagi. Secara amnya, warga Malaysia masih ragu-ragu dengan kenderaan elektrik hybrid (HEV), namun jika pemain industri besar tempatan seperti Perodua mula memperkenalkan kereta hybrid mampu milik, barangkali lebih ramai orang Malaysia akan jadi lebih yakin untuk membelinya.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda