window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Beza jenama, Daihatsu Rocky 3 kali ganda kurang permintaan berbanding Toyota Raize?

Haris · May 28, 2021 04:00 PM

Beza jenama, Daihatsu Rocky 3 kali ganda kurang permintaan berbanding Toyota Raize? 01

Daihatsu Rocky telah rasmi dilancarkan di Indonesia pada penghujung April 2021 bersama-sama dengan model kembar Toyota Raize. Tidak seperti di Malaysia, SUV pembangunan bersama ini tetap dijual sebelah-menyebelah di negara seberang.

Beza jenama, Daihatsu Rocky 3 kali ganda kurang permintaan berbanding Toyota Raize? 02

Walaubagaimanapun, sambutan untuk kedua-dua model nampaknya berbeza. Seminggu selepas pelancaran, Toyota Raize berjaya mengumpulkan sebanyak 1,296 unit dalam seminggu dan selepas 3 minggu, angka tempahan mencapai 2,914 unit.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Beza jenama, Daihatsu Rocky 3 kali ganda kurang permintaan berbanding Toyota Raize? 01

Untuk Daihatsu Rocky pula, model ini hanya mencapai angka tempahan 1,168 unit selepas 3 minggu. Namun pengeluaran Daihatsu Rocky tetap mengambil masa yang lama iaitu 2 - 3 bulan selepas tempahan dibuat mengikut penasihat jualan atas sebab-sebab pandemik Covid-19.

Beza jenama, Daihatsu Rocky 3 kali ganda kurang permintaan berbanding Toyota Raize? 02

Toyota juga terkesan dengan sebab yang sama namun permintaan tetap tinggi. Toyota Raize GR-Sport didakwa mempunyai tempoh giliran menunggu sehingga 9 bulan. Selalunya model varian paling atas tidak menerima tempahan yang banyak tetapi berlainan pula situasi ini dengan Toyota Raize.

Beza jenama, Daihatsu Rocky 3 kali ganda kurang permintaan berbanding Toyota Raize? 03

Tambahan pula, Daihatsu mempunyai jaringan pengedar yang lebih kecil berbanding Toyota di Indonesia. Justeru promosi jualan juga tidak sehebat Toyota walaupun menawarkan kenderaan yang ‘sama’.

Daihatsu Rocky juga turut ditawarkan dalam enjin 1.2 liter NA dan transmisi manual 6-kelajuan, suatu kelainan berbanding Perodua Ativa

Beza jenama, Daihatsu Rocky 3 kali ganda kurang permintaan berbanding Toyota Raize? 04

Responden kami dari Autofun.id memberi maklum balas bahawa situasi permintaan rendah untuk model Daihatsu berbanding Toyota adalah biasa walaupun kedua-duanya berkongsi model yang sama. Contoh lain adalah angka jualan Toyota Avanza yang jauh berbeza dengan Daihatsu Xenia. Adakah sentimen jenama masih memainkan peranan di sini?

Bacaan Lanjut:

Tiada jalan mudah seperti Ativa, Raize/Rocky di Indonesia dibayangi Nissan Magnite dan Kia Sonet?

Daihatsu Rocky dan Toyota Raize bakal dieksport ke 50 buah negara, Ativa jaguh kampung!

Daihatsu melaburkan RM 480 juta di kilang Indonesia untuk membina Rocky (Perodua Ativa)

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda