window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

SPYSHOT: Daihatsu Rocky e:Smart sekali lagi berlegar di Malaysia, Ativa Hybrid bakal tiba?

Faisal · Nov 10, 2021 12:00 PM

SPYSHOT: Daihatsu Rocky e:Smart sekali lagi berlegar di Malaysia, Ativa Hybrid bakal tiba? 01

Kembar Perodua Ativa dengan trenkuasa hibrid, iaitu Daihatsu Rocky e:Smart telah dijumpai di Malaysia sekali lagi. Kali pertama adalah pada Oktober lepas, iaitu sebelum membuat debut di Jepun.

SPYSHOT: Daihatsu Rocky e:Smart sekali lagi berlegar di Malaysia, Ativa Hybrid bakal tiba? 02

Kali ini pula, ia berjaya diintip oleh dsf.my di perkarangan Petaling Jaya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

SPYSHOT: Daihatsu Rocky e:Smart sekali lagi berlegar di Malaysia, Ativa Hybrid bakal tiba? 01

Sama seperti spyshot sebelum ini, emblem SUV kompak ini nampaknya masih ditutup. Apapun, petunjuk seperti bampar depan dan belakang yang unik dan roda berskru lima jelas memberitahu bahawa ia sebuah Rocky e:Smart.

Juga bacaDaihatsu Rocky hibrid e:Smart dijumpai di Malaysia – apa kembar Perodua Ativa buat di sini?

SPYSHOT: Daihatsu Rocky e:Smart sekali lagi berlegar di Malaysia, Ativa Hybrid bakal tiba? 02

Awal bulan ini, Daihatsu telah melancarkan Rocky e:Smart di Jepun. Model ini dikuasakan oleh sistem hibrid e:Smart berkapasiti 1.2L yang menghasilkan 106 PS dan 170 Nm tork. Trenkuasa ini menggunakan prinsip yang sama seperti hibrid e-Power milik Nissan.

Juga bacaAtiva Hybrid tak lama lagi? Daihatsu Rocky, Toyota Raize e-Smart hybrid dilancarkan di Jepun

SPYSHOT: Daihatsu Rocky e:Smart sekali lagi berlegar di Malaysia, Ativa Hybrid bakal tiba? 03

Enjin yang didatangkan pada Rocky hibrid menggunakan kod WA-VEX dan ia hanya berfungsi sebagai penjana. Secara teknikal, tayarnya dipandu oleh motor elektrik.

SPYSHOT: Daihatsu Rocky e:Smart sekali lagi berlegar di Malaysia, Ativa Hybrid bakal tiba? 04

Di Jepun, harga Daihatsu Rocky e:Smart bermula dari 2.116 juta JPY (~RM 77k).

SPYSHOT: Daihatsu Rocky e:Smart sekali lagi berlegar di Malaysia, Ativa Hybrid bakal tiba? 05

Daihatsu Rocky e:Smart.

Adakah Perodua akan melancarkan Ativa Hybrid?

Walau intipan ini menimbulkan persoalan, Perodua Ativa ‘hibrid’ mungkin tidak akan berlaku dalam masa yang terdekat.

SPYSHOT: Daihatsu Rocky e:Smart sekali lagi berlegar di Malaysia, Ativa Hybrid bakal tiba? 06

Bagi anda yang belum tahu, Malaysia masih skeptikal dengan teknologi hibrid kerana harga minyak di negara kita cukuplah murah.

Tetapi sekiranya Perodua betul-betul ada hasrat untuk perkenalkan hibrid mampu milik, rakyat Malaysia pasti rasa lebih senang untuk menyesuaikan dengan teknologi moden seperti hibrid mahupun EV.

Juga bacaMalaysia kata “hibrid cepat rosak” tapi 85% daripada Corolla Cross di Thailand adalah hibrid

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda