Mamak Talk
Toyota Patents Plans For EV With Manual Transmission And Clutch,these EV conversions are just left in a single gear and no need to use a clutch,Do you think there's room for this
32
Jagoan Yamaha dalam segmen skuter bergaya 'Sporty', Yamaha Aerox (Nvx 155) memperoleh kemas kini bagi versi 2022 di pasaran negara jiran, Thailand.
Lima pilihan warna bersama gabungan corak grafik terkini ditawarkan, dua untuk varian Standard dan tiga untuk varian tertinggi ABS.
Juga baca: Menarik ke tak? Ini 5 pembaharuan Yamaha NVX 155 VVA 2021!
Pilihan warna baharu bersama varian serta harganya adalah seperti berikut:
Sebagai perbandingan, Yamaha Aerox yang mendapat perubahan 'paras rupa' ini tiba di Thailand pada tahun lalu (sama seperti Malaysia) dan datang dengan 6 pilihan warna (3 Standard dan 3 ABS).
Selain 'dihensemkan', tiada perubahan dari sudut berkenaan dijalankan terhadap skuter yang cukup laris di pasaran itu ketika ini. Trenkuasanya kekal dengan enjin BlueCore bersesaran 155 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, 4 Injap, SOHC dengan teknologi VVA yang dipadankan dengan transmisi automatik CVT.
Kuasa maksimum berada pada angka 15.2 Hp pada 8,000 rpm dengan tork tertinggi 13.9 Nm pada 6,500 rpm. Menurut Yamaha, skuter Aerox ini memiliki prestasi dan nisbah kuasa kepada berat yang terbaik dalam kelasnya.
Sebagai antara produk laku keras Yamaha di rantau ini, Yamaha Aerox dilengkapi pelbagai ciri menarik seperti sistem lampu LED termasuk lampu siang (DRL), Smart Key System, sistem Stop & Start (varian ABS sahaja), soket pengecas bateri telefon bimbit.
Panel meter digital juga lengkap dengan teknologi canggih Y-Connect yang membolehkan pemilik mengawasi motosikal mereka menggunakan telefon bimbit.
Juga baca: Tiba giliran Thailand lancar Yamaha Aerox 2021 (NVX), harga bermula RM 9.1k
Seperti namanya, varian ABS bagi Yamaha Aerox 2022 turut dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) di roda depan dengan brek belakang kekal menggunakan jenis dram. Tetapi istimewa bagi varian ABS, suspensi belakang kini memiliki Sub-Tank.
Informasi lain adalah seperti ruang simpanan bawah pelana seluas 25 liter dan kapasiti tangki bahan api 5.5 liter.
Di tanah air, Yamaha NVX dengan sambungan Y-Connect ini turut datang dengan dua varian dan ditawarkan pada harga RM 8,998 (Standard) dan RM 10,998 (ABS) ketika dilancarkan.
Juga baca: Yamaha Aerox 155 Connected/ABS 2022 (NVX 155) luncur di Indonesia, corak grafik baharu, harga kekal!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
3