window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha Aerox 155 Connected/ABS 2022 (NVX 155) luncur di Indonesia, corak grafik baharu, harga kekal!

Khairil ยท Nov 8, 2021 06:00 PM

Yamaha Aerox 155 Connected/ABS 2022 (NVX 155) luncur di Indonesia, corak grafik baharu, harga kekal! 01

Selepas setahun diperkenalkan, Yamaha Motor Indonesia mengemaskini penawaran untuk salah satu model skuter maxi popularnya, Yamaha Aerox Connected/ABS 155 2022 yang tampil dengan penawaran corak grafik baharu lebih menyegarkan.

Berikutan naik taraf yang diberikan agak asas, tiada peningkatan harga dilakukan untuk model berkenaan oleh Yamaha Motor Indonesia. Untuk varian teratas Yamaha Aerox 155 Connected ABS 2022, harganya kekal Rp 29.4 juta (RM 8,563).

Juga baca: Yamaha NVX 2021 dengan sambungan Y-Connect tiba di Malaysia, dua varian, harga RM 8,998 dan RM 10,998!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Yamaha Aerox 155 Connected/ABS 2022 (NVX 155) luncur di Indonesia, corak grafik baharu, harga kekal! 01

Prestige Silver

Penawaran harga untuk varian Yamaha Aerox 155 Connected 2022 (tanpa ABS) pula adalah Rp 25.9 juta (RM 7,543).

Yamaha Aerox 155 Connected/ABS 2022 (NVX 155) luncur di Indonesia, corak grafik baharu, harga kekal! 02

Maxi Signature Black & Gold

Pilihan warna Yamaha Aerox 155 Connected ABS 2022 kekal dua iaitu: 

  • Prestige Silver (Rim berwarna emas)
  • Maxi Signature Black & Gold (Rim berwarna emas)

Yamaha Aerox 155 Connected/ABS 2022 (NVX 155) luncur di Indonesia, corak grafik baharu, harga kekal! 03

Matte Black Cyan

Pilihan Yamaha Aerox 155 Connected 2022 pula adalah empat iaitu: 

  • Matte Black Cyan (Rim berwarna Cyan)
  • Dark Grey Yellow (Rim berwarna kuning)
  • Black (Rim berwarna hitam) 
  • Red (Rim berwarna hitam) 

Yamaha Aerox 155 Connected/ABS 2022 (NVX 155) luncur di Indonesia, corak grafik baharu, harga kekal! 04

Black

Seperti dinyatakan lebih awal, pilihan warna yang ditawarkan kekal dengan perubahan dilakukan dari sudut corak grafik. Untuk varian Yamaha Aerox 155 Connected ABS 2022, jalur dan tulisan di bahagian 'fairing' dibuang.

Juga baca: Menarik ke tak? Ini 5 pembaharuan Yamaha NVX 155 VVA 2021!

Yamaha Aerox 155 Connected/ABS 2022 (NVX 155) luncur di Indonesia, corak grafik baharu, harga kekal! 05

Red

Dan jalur panjang di bahagian panel digantikan dengan corak lebih ringkas bersama dua jalur besar di bahagian panel tepi.

Yamaha Aerox 155 Connected/ABS 2022 (NVX 155) luncur di Indonesia, corak grafik baharu, harga kekal! 06

Dark Grey Yellow

Untuk varian Yamaha Aerox 155 Connected 2022, perubahan corak grafik lebih ketara menerusi penggunaan font yang berbeza selain penggunaan angka 155 di bahagian fairing.

Yamaha Aerox 155 Connected/ABS 2022 (NVX 155) luncur di Indonesia, corak grafik baharu, harga kekal! 07

Tiada perubahan dari sudut spesifikasi teknikal dengan Yamaha Yamaha Aerox 155 Connected/ABS 2022 menggunakan enjin Blue Core bersesaran 155 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, 4 Injap, SOHC, Penyejuk Cecair dengan teknologi Variable Valve Actuation (VVA).

Juga baca: Tiba giliran Thailand lancar Yamaha Aerox 2021 (NVX), harga bermula RM9,125

Yamaha Aerox 155 Connected/ABS 2022 (NVX 155) luncur di Indonesia, corak grafik baharu, harga kekal! 08

Ia dipadankan dengan dipadankan transmisi automatik CVT dengan kuasa yang dihasilkan mencapai angka 15.3 PS pada 8,000 rpm dengan tork 13.9 Nm pada 6,500 rpm.

Di Malaysia, Yamaha NVX 155 2021 dilancarkan pada April lalu. Seperti di Indonesia, Yamaha NVX 155 2021 juga datang dengan dua varian iaitu Standard dan ABS dengan harga bermula RM 8,998.

Yamaha Aerox 155 Connected/ABS 2022 (NVX 155) luncur di Indonesia, corak grafik baharu, harga kekal! 09

Menurut cawangan pengedar sah Yamaha, skuter NVX 155 ketika ini mempunyai senarai menunggu yang panjang.
 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda