Bangkok International Motor Show (BIMS) sedang berlangsung dengan meriahnya di Thailand dan salah satu model yang ada ialah Mitsubishi Xpander facelift 2022.
MPV 7 tempat duduk ini tampil dengan pembaharuan pada visual dan trenkuasa yang mana ia dipadankan buat pertama kalinya dengan transmisi CVT.
Juga baca: 2021 Mitsubishi Xpander facelift didedahkan - guna CVT, tiada lagi transmisi 4AT!
Dari segi penampilan, Xpander facelift memperlihatkan wajah Dynamic Shield yang lengkap dengan grafik lampu LED yang lebih moden dan reka bentuk lampu utama berbentuk huruf T. Elemen yang dipaparkan pada gril ini juga ada sedikit perubahan.
Pada bahagian belakang, terdapat lampu LED baharu dan bampar yang direka semula.
Beralih ke ruang kabin, Xpander facelift datang dengan pembaharuan reka bentuk papan pemuka, roda stereng dan panel penyaman udara. Ciri brek parkir elektrik (EPB) juga ditawarkan buat kali pertama.
Pembaharuan terbesar yang Mitsubishi berikan pada Xpander facelift adalah transmisi CVT yang mana ia menggantikan automatik 4 kelajuan yang sudah tua.
Transmisi ini dipadankan dengan enjin 1.5L NA (105 PS, 141 Nm) dan kuasa dihantar ke roda hadapan (FWD).
Harga Xpander facelift akan diumum kemudian tetapi laman kami di sana, Autofun Thailand meramalkan sedikit kenaikan harga iaitu sekitar 10,000 THB (~RM 1,300). Jadi, ia mungkin berharga sekitar 799,000 THB (~RM 100k).
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}