Jelas sekali, rakyat Thailand menyukai trak mereka kerana sebanyak 65,923 unit telah dijual untuk dua bulan pertama tahun ini. Takhta Raja Pikap dipegang oleh Isuzu D-Max, mengekalkan gelarannya sebagai pikap terlaris negara serta kereta secara keseluruhan.
Seperti yang dilaporkan oleh Autolife Thailand, 29,847 unit Isuzu D-Max telah dijual pada Januari dan Februari 2022 dengan penguasaan pasaran sebanyak 45.3 peratus. Mengekori tidak jauh dari belakang ialah Toyota Hilux yang menyaksikan 25,942 unit dijual dalam tempoh yang sama.
Toyota Hilux mungkin trak pilihan di banyak pasaran termasuk Australia dan Malaysia tetapi di Thailand, D-Max yang mendahului. Anda boleh katakan bahawa D-Max sama popular dengan Myvi di Thailand kerana ia berada di mana-mana.
Baca juga: Isuzu D-Max menewaskan Toyota Hilux sebagai trak terlaris Thailand selama 2 tahun berturut-turut!
Walaupun trak pikap adalah raja di Thailand, tidak semua dicipta sama atau berkongsi populariti yang sama. D-Max dan Hilux adalah satu-satunya trak pikap yang mencapai jualan 5 angka pada bulan Januari dan Februari.
Seperti yang dilihat dalam jadual, menduduki tempat ketiga ialah Mitsubishi Triton yang menyaksikan 4,289 unit terjual manakala Ford Ranger menduduki tempat keempat dengan 3,784 unit.
Baca juga: Ford Ranger serba baharu 2022 dipamerkan di Bangkok Motor Show, lagi cun daripada Hilux?
Walaupun pada asasnya ia adalah Isuzu D-Max lencana semula dengan sedikit reka bentuk Kodo yang disuntik ke dalam logamnya, hanya 138 unit Mazda BT-50 telah dijual di Thailand sepanjang dua bulan pertama 2022.
Jelas sekali, sudut premium yang cuba dijaja oleh Mazda tidak kena citarasa dengan pembeli Thailand. Namun begitu, D-Max itu sendiri jauh lebih daripada sekadar ‘trak pergi kerja’ seperti pendahulunya.
Baca juga: Rebiu: 2021 Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain - patut jadi pilihan utama, bukan lagi alternatif Hailak!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}