window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: 2021 Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain - patut jadi pilihan utama, bukan lagi alternatif Hailak!

Haris · Nov 14, 2021 08:00 PM

Rebiu: 2021 Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain - patut jadi pilihan utama, bukan lagi alternatif Hailak! 01

Kehadiran Isuzu D-Max generasi ketiga sedikit sebanyak memberi saingan sihat kepada Toyota Hilux. Dominasi Hilux memperlihatkan mana-mana trak pikap dipanggil sebagai 'Hailak' menyebabkan nama D-Max kurang menyengat namun adakah trak pikap Isuzu yang kini dalam generasi ketiga mampu mengubah persepsi tersebut?

Bukan setakat Toyota Hilux Rogue, ia masih perlu menentang model-model trak pikap mercu seperti Mitsubishi Triton Athlete dan Ford Ranger Wildtrak. Ikuti ulasan terbaru kami dan simpulkan sendiri keputusannya!

Rebiu: 2021 Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain - patut jadi pilihan utama, bukan lagi alternatif Hailak! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rekaan luar - Nampak sama, dengan peningkatan

Sejujurnya apabila bercakap mengenai trak pikap, agak sukar untuk menyimpang jauh dari reka bentuk luaran bersegi kerana faktor bentuk. Siluet asas sebahagian besarnya kekal sama, menjadikan pengeluar memfokuskan reka bentuk bahagian hadapan sebagai kanvas utama. Oleh yang demikian, tidak menghairankan bahawa Isuzu D-Max mengubah rekaan fasia depan lebih ketara berbanding sisi yang lain.

Rebiu: 2021 Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain - patut jadi pilihan utama, bukan lagi alternatif Hailak! 01

Mungkin warna Valencia Orange menyumbang kepada faktor ini tetapi Isuzu D-Max, terutamanya dalam bentuk X-Terrain tampil lebih terserlah di atas jalan raya. Bahagian hadapannya menampilkan jeriji yang terbuka, diapit oleh 'taring' dan sepasang lampu nyalaan siang LED yang garang.

Rebiu: 2021 Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain - patut jadi pilihan utama, bukan lagi alternatif Hailak! 02

Raksasa bertaring

Kebanyakan kenderaan menyusur ke tepi apabila kami cuba memotong, mencerminkan kehadiran Isuzu D-Max X-Terrain ini. Rekaan Isuzu D-Max X-Terrain ini bukan sekadar rupa, ia mempunyai jarak kelegaan tanah yang cukup untuk pemandu menyimpang dari jalan biasa untuk mengujinya.

Rebiu: 2021 Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain - patut jadi pilihan utama, bukan lagi alternatif Hailak! 03

Isuzu D-Max juga mampu menangani semua bentuk muka bumi dengan bermacam-macam kebolehan. Antaranya jarak kelegaan tanah 240 mm dan kebolehan meranduk air sedalam 800 mm (mengatasi Toyota Hilux dan Mitsubishi Triton, kedua-duanya pada 700 mm) yang sama dengan Ford Ranger Wildtrak.

Sesuatu yang menjadi perdebatan subjektif ialah reka bentuk rim 18-inci, yang mungkin bukan untuk citarasa semua. Sebahagian besarnya adalah disebabkan ia kelihatan tidak menyinggung dan sebati dengan bahagian luar D-Max yang lain. Ia mungkin tidak kelihatan maskulin seperti rim pada Toyota Hilux, atau radikal seperti Mitsubishi Triton, atau seanggun Ford Ranger, tetapi Isuzu D-Max bukanlah sebuah trak yang hodoh.

Rekaan dalaman - Paling premium dalam sebuah trak pikap

Rebiu: 2021 Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain - patut jadi pilihan utama, bukan lagi alternatif Hailak! 04

Pandu uji model generasi sebelum merasakan bahawa rekaan dalaman yang dipenuhi dengan plastik keras menjadikan Isuzu D-Max sekadar trak pikap kerja sahaja. Utilitarian, praktikal, apa sahaja yang konotasi mengenai tugas boleh dikaitkan kecuali premium atau mewah. Namun Isuzu D-Max generasi ketiga ini mengubah persepsi tersebut.

Baca: Rebiu: Isuzu D-Max 1.9L - kapasiti enjin trak pikap paling rendah jadi bagaimana prestasinya?

Rebiu: 2021 Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain - patut jadi pilihan utama, bukan lagi alternatif Hailak! 05

Gabungan warna hitam dan coklat serta semua kemasan yang menghiasi kad pintu, papan pemuka atau tempat letak tangan terasa berkualiti tinggi dan mewah. Serius, trak pikap tidak berhak untuk merasai kemasan premium seperti ini.

Pemerhatian ini bukan dibuat secara berasingan. Berbanding dengan standard kelas trak pikap, kabin dalaman Isuzu D-Max X-Terrain ini adalah yang terbaik. Secara subjektif, Toyota Hilux mempunyai kelebihan dari segi reka bentuk dalaman, tetapi ia tidak mampu menyaingi kemasan plastik sentuhan lembut dan sisipan kulit yang benar-benar menggembirakan deria rasa penghuni.

Rebiu: 2021 Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain - patut jadi pilihan utama, bukan lagi alternatif Hailak! 06

Pujian juga selayaknya diberikan kepada kerusi baris harapan yang sangat bagus untuk seseorang bersaiz L. Ia merehatkan tubuh badan anda di tempat yang betul, memberikan sokongan dan keselesaan. Padankan ini dengan stereng bersaiz sempurna (dalam ketebalan dan diameter), menjadikan Isuzu D-Max ini sangat mudah untuk dikendalikan. Kami berani cakap, ini adalah kerusi terbaik dari mana-mana trak pikap, termasuk Hilux, Triton dan Ranger.

Rebiu: 2021 Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain - patut jadi pilihan utama, bukan lagi alternatif Hailak! 07

Bergerak pula ke suis dan kawalan utama. Berkualiti tinggi dan berat klik yang sangat memuaskan. Panel instrumen, yang terdiri daripada dail merah-putih e-LUMAX dan paparan multi-informasi (MID) 4.2 inci juga disusun dengan baik dan mudah dibaca. 

Rebiu: 2021 Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain - patut jadi pilihan utama, bukan lagi alternatif Hailak! 08

Satu keluhan kecil tentang MID ialah ciri ini bukanlah sesutau yang paling intuitif untuk tatalan. Katakan anda merasai fungsi Lane Departure Warning agak berlebihan dan ingin mematikannya, anda perlu menala jauh ke dalam menu untuk berbuat demikian. Malah, anda perlu memberhentikan D-Max (di tempat yang selamat) kerana semasa bergerak, keranan tatalan menu yang tidak intuitif boleh mengganggu dan membahayakan anda.

Rebiu: 2021 Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain - patut jadi pilihan utama, bukan lagi alternatif Hailak! 09

Memenuhi keperluan hiburan anda ialah sistem maklumat hiburan skrin sesentuh 9-inci, dengan Android Auto dan Apple CarPlay tersedia. Audio disambungkan kepada 8 pembesar suara yang cukup baik untuk tujuan mendengar lagu dan tidak kurang daripada pesaingnya.

Sebagai model mercu itu, Isuzu D-Max X-Terrrain juga dilengkapi dengan banyak di bahagian ciri keselesaan. RM 141,938 memberikan anda;

  • Kerusi pemandu pelarasan kuasa elektrik
  • Penghidup enjin jarak jauh
  • Pelarasan lampu depan automatik
  • Bantuan bukaan but
  • Suite ADAS (FCW, AEB, ACC, AHB, LDW)
  • 7 beg udara

Pengalaman pemanduan - Kebolehan dan kemampuan yang baik

Rebiu: 2021 Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain - patut jadi pilihan utama, bukan lagi alternatif Hailak! 10

Ulasan ini bermula dari tempat duduk pemandu. Seperti yang dinyatakan, ergonomik kerusi adalah bagus. Tidak kira apa saiz anda, mencari kedudukan pemanduan yang baik adalah sangat mudah, ditambah dengan kemudahan pelarasan elektrik untuk tempat duduk pemandu, ditambah kecondongan dan pelarasan stereng teleskopik.

Kedudukan pemanduan Isuzu D-Max terasa paling semula jadi dalam segmen ini. Berdasarkan pengalaman kami, stereng Toyota Hilux tidak cukup dekat dengan pemandu (walaupun pada capaian maksimum) di samping Ford Ranger yang tidak mempunyai pelarasan dekat. Hanya Mitsubishi Triton yang hampir dengan ergonomik pemanduan Isuzu D-Max.

Rebiu: 2021 Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain - patut jadi pilihan utama, bukan lagi alternatif Hailak! 11

Hasilnya, kedudukan pemanduan pada Isuzu D-Max adalah sangat ergonomik. Roda stereng juga seimbang dan pedal mempunyai jarak yang tepat. Ini mungkin kedengaran remeh tetapi perlu diingatkan bahawa ini adalah titik hubungan utama pemandu. Isuzu memahami perkara asas ini justeru mereka mampu menjadikan kokpit Isuzu D-Max terasa kurang seperti sebuah trak.

Rebiu: 2021 Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain - patut jadi pilihan utama, bukan lagi alternatif Hailak! 12

Oleh kerana ini adalah trak pikap 2 tan, anda tidak sepatutnta menjangka ia penuh dengan maklum balas jalan atau sporty untuk pemanduan. Tidak mengapa kerana sebahagian besar tugas-tugas Isuzu D-Max masih dikendalikan dengan baik tanpa sebarang kesusahan. Stereng tidak terlalu berat, memberi kelebihan pemanduan dalam kelajuan rendah, dalam bandar menjadi senang.

Walaupun pada kelajuan yang lebih tinggi, ketenangan yang dirasai ketika memandu Isuzu D-Max kekal, lebih lagi pada pemenaduan jalan lurus. Untuk pemanduan jarak jauh, tentunya Isuzu D-Max tidak akan menimbulkan sebarang masalah sama sekali.

Rebiu: 2021 Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain - patut jadi pilihan utama, bukan lagi alternatif Hailak! 13

Kombinasi enjin dan transmisi juga agak santai dalam cara ia menyampaikan kuasanya. Sebagai enjin 3.0 turbodiesel, terdapat banyak tork dari putaran rendah (450 Nm boleh diakses dari 1,600 rpm dan seterusnya) yang mampu menujah pemandu ke hadapan dengan bebanan banyak.

Rebiu: 2021 Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain - patut jadi pilihan utama, bukan lagi alternatif Hailak! 14

Selaras dengan watak Isuzu D-Max yang lancar, penukaran gear juga dilakukan dengan lancar, tanpa perasaan perubahan gear antara nisbah. Anda tidak akan merungut tentang enjin 3.0 liter ini kekurangan tork, walaupun Toyota Hilux Rogue terasa lebih keras (204 PS dan 500 Nm) walaupun mempunyai enjin 2.8 liter turbodiesel yang lebih kecil.

Rebiu: 2021 Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain - patut jadi pilihan utama, bukan lagi alternatif Hailak! 15

Kami telah melakukan sedikit pemanduan di luar jalan raya dan Isuzu D-Max berjaya memenuhi jangkaan kami dengan tepat, seperti diharapkan: sangat lancar. Laluan ujian kami bukanlah tahap denai Safari Borneo, tetapi cukup sekadar tempat yang tidak akan dilalui dengan kereta biasa anda.

Rebiu: 2021 Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain - patut jadi pilihan utama, bukan lagi alternatif Hailak! 16

Hal ini kerana Isuzu D-Max dilengkapi sepenuhnya dengan fungsi Terrain Command, membolehkan pemandu bertukar antara mod 2H, 4L dan 4H dengan hanya memusing tombol. Selain itu, varian X-Terrain menambah kunci pembezaan belakang (rear differential lock), sedikit sebanyak membantu meningkatkan kebolehan off-road. Dalam hal ini, ia tidak kalah dengan Hilux, Triton atau Ranger, suatu keboleh luar jalan yang jelas tidak mengecewakan.

Keselesaan pemanduan - Setanding perincian dalaman!

Rebiu: 2021 Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain - patut jadi pilihan utama, bukan lagi alternatif Hailak! 17

Kembali kepada jalan tar biasa, Isuzu D-Max melayari jalan raya dengan keselesaan dan ketenangan mirip sebuah SUV atau sedan moden. Sudah tentu, permukaan jalan yang sangat tajam akan menyentak casis ladder frame dengan beberapa gegaran, tetapi 90% daripada waktu tersebut, anda tidak akan mengeluh mengenai cara Isuzu D-Max menyerap ketidaksempurnaan jalan.

Rebiu: 2021 Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain - patut jadi pilihan utama, bukan lagi alternatif Hailak! 18

Untuk sebuah trak pikap, tahap pemanduan pada Isuzu D-Max ini memang agak baik. Di atas jalan raya biasa di Malaysia, bunyi angin dan tayar diredam dengan mengagumkan. Apabila dipandu di atas jalan yang sama, Isuzu D-Max terasa sedikit lebih baik berbanding Hilux dan Triton, namun kurang berbanding Ford Ranger, sekurang-kurangnya itu yang kedengaran pada telinga kami.

Rebiu: 2021 Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain - patut jadi pilihan utama, bukan lagi alternatif Hailak! 19

Ruang belakang juga luas, cukup untuk memuatkan dua orang penumpang dewasa dengan selesa. Lebih mengagumkan, kerusi boleh dilipat dalam nisbah 60:40, sesuatu yang tidak ada di dalam pesaingnya. Ciri praktikal ini sangat berguna apatah lagi dalam sebuah trak pikap.

Rebiu: 2021 Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain - patut jadi pilihan utama, bukan lagi alternatif Hailak! 20

Malah, perincian terhadap tugas peredaman bunyi pada Isuzu D-Max hanya terganggu oleh bunyi deruman enjin 3.0 liter turbodiesel. Pada not bunyi ini, enjin 2.4 liter pada Triton meredam lebih banyak bunyi. Walaupun begitu, ini lebih kepada tugas-tugas kalis bunyi Isuzu D-Max dan bukannya faktor enjin yang sangat bising.

Kadar penggunaan minyak

Rebiu: 2021 Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain - patut jadi pilihan utama, bukan lagi alternatif Hailak! 21

Berdasarkan latar pemanduan yang merangkumi sekitar 50% pemanduan lebuh raya dan 50% pemanduan bandar, Isuzu D-Max X-Terrain menggunakan 11.24 liter diesel dalam jarak 135.2 km. Ini mencatatkan angka purata sekitar 8.3L/100km.

Menariknya, ia agak hampir dengan angka yang dipaparkan pada kluster instruman yang mencatatkan 8.7L/100km.

Konklusi

Rebiu: 2021 Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain - patut jadi pilihan utama, bukan lagi alternatif Hailak! 22

Isuzu D-Max X-Terrain tidak sepatutnya menjadi alternatif 'Hailak' kerana ia adalah pilihan terbaik bagi sesiapa sahaja yang sedang mencari sebuah trak pikap yang unggul. Ia membawakan suasana premium dan tahap keselesaan yang diperhalusi di samping pakej pemanduan off-road yang tahan lasak.

Pada hemat kami, ia mampu bersaing atau mengatasi Toyota Hilux, Mitsubishi Triton dan Ford Ranger dalam kebanyakan aspek seperti yang telah kami perincikan. Isuzu benar-benar melakukan kajian mendalam apabila membangunkan Isuzu D-Max generasi ketiga ini dan hasilnya memang dirasai pengguna.

Dalam pendekatan rekaannya sekarang, Isuzu D-Max berjaya menghilangkan imej utilitarian dan berorientasikan tugas berat. Anda akan gembira untuk memandu trak pikap ini menuju ke pejabat dan pulang ke rumah, walaupun pejabat anda bukan tapak pembinaan. Atau dalam erti kata lain, mungkin antara trak pikap terbaik untuk kegunaan harian.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Isuzu D-Max 3.0 4x4 X-Terrain AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda