window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Isuzu D-Max 1.9L - kapasiti enjin trak pikap paling rendah jadi bagaimana prestasinya?

Haris · Dec 31, 2020 11:59 AM

Rebiu: Isuzu D-Max 1.9L - kapasiti enjin trak pikap paling rendah jadi bagaimana prestasinya? 01

Terdapat ramai pengguna di luar sana yang kurang memberi perhatian terhadap trak pikap. Malah ada peminat trak pikap sendiri yang masih tidak tahu bahawa Isuzu kini hadir dengan enjin berkapasiti 1.9 liter.

Rebiu: Isuzu D-Max 1.9L - kapasiti enjin trak pikap paling rendah jadi bagaimana prestasinya? 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apakah signifikan kapasiti enjin ini? Perkara pertama tentulah cukai jalan. Isuzu mahu menawan pengguna trak pikap; lebih-lebih lagi di kawasan dengan pengurangan harga cukai jalan lebih rendah.

Rebiu: Isuzu D-Max 1.9L - kapasiti enjin trak pikap paling rendah jadi bagaimana prestasinya? 01

Untuk itu, mampukah Isuzu D-Max menjadi sebuah trak pikap gaya hidup seperti mana yang berlaku pada pesaing yang lain? Ikuti ulasan ini.

Rekaan luar - kurang agresif, lebih agrotek

Rebiu: Isuzu D-Max 1.9L - kapasiti enjin trak pikap paling rendah jadi bagaimana prestasinya? 02

Isuzu D-Max menampilkan rekaan gril hadapan yang lebih tebal dengan ‘taring’ bertingkat. Gril krom tebal tersebut turut mencapah ke atas lampu hadapan LED, menonjolkan rekaan seakan-akan ‘kening’.

Rebiu: Isuzu D-Max 1.9L - kapasiti enjin trak pikap paling rendah jadi bagaimana prestasinya? 03

Dalam usaha untuk menarik minat pembeli trak pikap untuk gaya hidup, Isuzu D-Max 1.9L AT ini turut dilengkapi dengan lampu siang DRL, rim aloi 18 inci, lampu kabus dengan perincian krom dan dekal pelekat sisi yang menarik.

Rebiu: Isuzu D-Max 1.9L - kapasiti enjin trak pikap paling rendah jadi bagaimana prestasinya? 04

Bergerak ke bahagian belakang, kemasan krom diminimumkan pada bahagian pembuka pelindung pintu belakang dan dasar bebanan trak pada bahagian luar. Itu pun, tempat pemegang nombor plat diletakkan pada bahagian berwarna hitam, memberikan kontra yang menarik.

Rebiu: Isuzu D-Max 1.9L - kapasiti enjin trak pikap paling rendah jadi bagaimana prestasinya? 05

Keseluruhan kualiti binaan Isuzu D-Max 1.9L AT-P ini memuaskan. Ia tidak mempunyai lapisan setebal cat permukaan kereta biasa tetapi bacaan yang konsisten masih boleh didapati pada keseluruhan kereta.

Rebiu: Isuzu D-Max 1.9L - kapasiti enjin trak pikap paling rendah jadi bagaimana prestasinya? 06

Rekaan luar secara keseluruhan nampak lebih utilitarian berbanding gaya. Apa yang cuba ditonjolkan adalah Isuzu mempunyai gaya yang tersendiri yang mudah dibezakan trak pikap jenama lain. Keunikan ini sesuai untuk pengguna yang sedikit individualistik dalam pemilihan sebuah trak pikap.

Usaha yang baik untuk bahagian dalaman

Rebiu: Isuzu D-Max 1.9L - kapasiti enjin trak pikap paling rendah jadi bagaimana prestasinya? 07

Walaupun ia sebuah trak pikap, bahagian dalaman Isuzu D-Max 1.9L AT-P ini tidak terlepas pandang.

Ia menerima sentuhan jahitan D-Max pada bahagian depan dan belakang di samping kemasan kulit dan fabrik yang selesa. Mirip tempat duduk sedan dengan lencana sukan permotoran.

Rebiu: Isuzu D-Max 1.9L - kapasiti enjin trak pikap paling rendah jadi bagaimana prestasinya? 08

Ruang simpanan juga tidak kurang banyaknya, sangat memuaskan. Papan pemuka sebelah penumpang hadapan menggunakan kemasan plastik lembut manakala kebanyakan tempat lain menggunakan kemasan plastik keras.

Rebiu: Isuzu D-Max 1.9L - kapasiti enjin trak pikap paling rendah jadi bagaimana prestasinya? 09

Di bahagian belakang, tempat duduk dapat diatur semula bertujuan untuk meletakkan barang-barang yang berkenaan. 

Bahagian beban dasar trak (truck bed load) juga mempunyai ciri-ciri seperti penyangkut, bantuan pembuka penutup belakang (tailgate assist) dengan dulang beban dasar yang boleh ditarik.

Rebiu: Isuzu D-Max 1.9L - kapasiti enjin trak pikap paling rendah jadi bagaimana prestasinya? 10

Kekurangan pada bahagian dalaman adalah sistem infotainment 8 inci yang berasaskan Android. Tiada masalah untuk mendengar radio tetapi pautan Bluetooth dan sebagainya langsung tak dapat dicuba. Adakah ini suatu kekurangan besar untuk pengguna trak pikap?

Prestasi enjin 1.9 liter seperti dijangkakan

Rebiu: Isuzu D-Max 1.9L - kapasiti enjin trak pikap paling rendah jadi bagaimana prestasinya? 11

Enjin 1.9 liter Ddi Bluepower yang menjadi taruhan mampu menjana sehingga 150 PS dan 350 Nm tork. Angka kuasa yang ditonjolkan cukup untuk pemanduan lebuh raya namun kelajuan bukanlah kekuatan utama.

Rebiu: Isuzu D-Max 1.9L - kapasiti enjin trak pikap paling rendah jadi bagaimana prestasinya? 12

Padanan transmisi 6 kelajuan automotik juga cukup, lancar sahaja dalam penukaran gear. Ia mungkin mengambil sedikit masa untuk ‘melonjak’ tetapi ia tidaklah terasa seperti menunggu rpm tinggi dalam penukaran gear.

Rebiu: Isuzu D-Max 1.9L - kapasiti enjin trak pikap paling rendah jadi bagaimana prestasinya? 13

Bacaan terbaik kami adalah pada 12.7 saat untuk ujian pecutan 0-100 km/j manakala ujian 0-100-0 km/j dijalani selama 17.2 saat sahaja.

Keselesaan pemanduan

Rebiu: Isuzu D-Max 1.9L - kapasiti enjin trak pikap paling rendah jadi bagaimana prestasinya? 14

Pemanduan Isuzu D-Max 1.9L AT-P ini juga adalah seperti yang dijangkakan.

Talaan suspensi model sedikit ringan jika dibandingkan dengan trak pikap lain. Kerangka ladder frame terasa sedikit fleksibel namun permukaan jalan yang berliku dapat diserap dengan mudah.

Rebiu: Isuzu D-Max 1.9L - kapasiti enjin trak pikap paling rendah jadi bagaimana prestasinya? 15

Kendalian stereng juga memuaskan malah tidak keterlaluan jika pemandu wanita juga mudah mengendalikan Isuzu D-Max 1.9L AT-P.

Rebiu: Isuzu D-Max 1.9L - kapasiti enjin trak pikap paling rendah jadi bagaimana prestasinya? 16

Prestasi enjin dan transmisi yang lancar memberikan pergerakan menyusur Isuzu D-Max 1.9L AT-P secara perlahan sangat memuaskan. Pendikit yang ditekan dalam keadaan mendaki juga memberikan keyakinan, tidak ‘meloncat’ atau tersengguk-sengguk.

Rebiu: Isuzu D-Max 1.9L - kapasiti enjin trak pikap paling rendah jadi bagaimana prestasinya? 17

Kesenyapan kabin pula setanding model kereta sedan. Meter desibel kami mencatatkan sebanyak  70 dB pada pada kelajuan 110 km/j manakala bunyi ketika enjin melahu (idling) adalah sebanyak 46.5 dB dengan penyaman udara terpasang.

Kadar penggunaan minyak

Rebiu: Isuzu D-Max 1.9L - kapasiti enjin trak pikap paling rendah jadi bagaimana prestasinya? 18

Bacaan minyak menggunakan minyak diesel biasa

Isuzu D-Max 1.9L AT-P mencatatkan penggunaan minyak sebanyak 8.0 liter / 100 km. Ujian menggunakan minyak Diesel Euro 5.

Enjin Ddi BluePower 1.9 lebih ringan 62 kg berbanding enjin 2.5 liter sebelum ini tetapi memberi tambahan 14 PS kuasa kuda dan 30 Nm tork. Enjin baru ini juga menawarkan pengurangan geseran dalam enjin sebanyak 37% justeru membantu penggunaan bahan api.

Kesimpulan 

Rebiu: Isuzu D-Max 1.9L - kapasiti enjin trak pikap paling rendah jadi bagaimana prestasinya? 19

Isuzu D-Max 1.9L AT-P memerlukan lebih perhatian tetapi bukan pada tawaran kuasa atau rekaannya. Ia merupakan sebuah model yang sesuai bagi mereka yang mencari nilai berbanding gaya.

Rebiu: Isuzu D-Max 1.9L - kapasiti enjin trak pikap paling rendah jadi bagaimana prestasinya? 20

Bagaimana dengan sasaran untuk menjadi trak pikap gaya hidup? Untuk ini, Isuzu D-Max Stealth 2020 adalah lebih baik. Model tersebut lebih terkini dan lebih banyak ciri-ciri baru dan kelengkapan yang menarik.

Rebiu: Isuzu D-Max 1.9L - kapasiti enjin trak pikap paling rendah jadi bagaimana prestasinya? 21

Bagi mereka yang sekadar mahu mengetahui mengenai prestasi enjin 1.9 liter dalam sebuah trak pikap, pendek kata anda tidak akan gagal dengan Isuzu D-Max 1.9L.

Rebiu: Isuzu D-Max 1.9L - kapasiti enjin trak pikap paling rendah jadi bagaimana prestasinya? 22

Model yang kami baru sahaja ulas ini lebih sesuai dan cenderung kepada penggunaan kerja-kerja yang lebih rencam. Ia turut menawarkan kadar penggunaan minyak yang rendah dan turut dianugerahkan sebagai trak pikap EEV (Energy Efficient Vehicle) pertama di Malaysia.

Rebiu: Isuzu D-Max 1.9L - kapasiti enjin trak pikap paling rendah jadi bagaimana prestasinya? 23

Bagi mereka yang berada di kawasan yang mempunyai ahli politik yang kuat tidur, tidak suka berbasikal dan tidak memahami masalah jalan setempat, Isuzu D-Max 1.9L AT-P ini adalah suatu jalan penyelesaian yang mudah untuk anda.

Rebiu: Isuzu D-Max 1.9L - kapasiti enjin trak pikap paling rendah jadi bagaimana prestasinya? 24

Harga yang rendah dengan kapasiti enjin yang sesuai tetap memberikan anda suatu pembelian yang berbaloi. Jenama Isuzu juga lebih memfokuskan kepada jentera berat jadi reputasinya bukanlah sesuatu yang perlu anda risaukan.

Adakah ini enjin terbaik dalam sebuah trak pikap? Bergantung kepada perspektif anda. Nyatakan di bahagian komen!

Baca juga: Tiga trak pikap paling berbaloi di Malaysia! Mana satu pilihan anda?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Isuzu D-Max 3.0 4x4 X-Terrain AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda