window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jenama dashcam terkenal, 70mai kini mencari pemandu malang dalam kes 'scammer' langgar lari!

Haris · Apr 18, 2022 05:00 PM

Jenama dashcam terkenal, 70mai kini mencari pemandu malang dalam kes 'scammer' langgar lari! 01

Dashcam wajib menjadi ciri keselamatan yang penting pada semua kenderaan moden sepertimana tali pinggang keledar dan beg udara. Memandangkan terdapat video tular minggu lalu membabitkan seorang individu yang menghempaskan dirinya ke sebuah kenderaan di Klang serta memecahkan cermin depan, dascham terbukti jelas menjadi penyelamat kepada pemilik kenderaan itu.

Tetapi sementara pihak berkuasa sedang mencari pelakunya, pemilik kenderaan masih mengalami cermin depan yang rosak kerana dia perlu menggantikannya sendiri. Nasib baik, 70mai kini sedang mencari pemilik dan membayar pengganti, menurut hantaran terbaru syarikat tersebut di halaman Facebook rasminya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jenama dashcam terkenal, 70mai kini mencari pemandu malang dalam kes 'scammer' langgar lari! 01

Video tersebut telah dimuat naik ke kumpulan media sosial Facebook Klang 巴生 dan tular dengan lebih 2,000 perkongsian. Dalam video tersebut, pelaku sedang berdiri di tengah jalan dan tiba-tiba melompat ke arah kenderaan mangsa lantas merosakkan cermin hadapannya.

Jenama dashcam terkenal, 70mai kini mencari pemandu malang dalam kes 'scammer' langgar lari! 02

Sejurus kemudian itu, sekumpulan 'saksi' telah mula berkumpul di sekeliling kereta dan video itu telah dihentikan setakat itu. Pemilik kenderaan mungkin telah memberitahu mereka bahawa segala-galanya telah dirakam pada kamera papan pemuka (dashcam) yang mengakibatkan pelaku melarikan diri dari tempat kejadian.

Kejadian ini dilaporkan selalu terjadi di kawasan tersebut menurut pihak polis dan walaupun kejadian itu tular pada hari Khamis, 14-April 2022, rakaman tersebut sebenarnya berlaku seminggu lebih awal pada 7-April.

Jenama dashcam terkenal, 70mai kini mencari pemandu malang dalam kes 'scammer' langgar lari! 03

Selain tarikh, logo 70mai juga jelas ditunjukkan dalam rakaman tersebut yang menyebabkan syarikat dashcam berprestij tersebut membuat keputusan untuk mencari semula pemilik kereta untuk membantu menggantikan cermin hadapan.

Jenama dashcam terkenal, 70mai kini mencari pemandu malang dalam kes 'scammer' langgar lari! 04

Photo shown for illustration

Kapsyen yang dimuatnaik oleh 70mai berbunyi, “Pemilik kereta dalam rakaman video ini sedang dicari kerana telah mendapat perhatian kami, di mana kejadian itu telah menyebabkan kerosakan teruk pada kenderaan mangsa. Justeru itu dengan ini, kami ingin memahami situasi tersebut dengan lebih baik dan menawarkan bantuan kos pembaikan cermin depan atas nama 70mai Malaysia.”

"Sila kongsikannya atau beritahu kami jika anda mempunyai sebarang maklumat hubungan mengenai pemilik kereta video ini. Bantuan anda amatlah dihargai."

Baca: Kementerian pertimbang untuk wajibkan ‘dashcam’ dalam kereta

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda