window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kenapa orang Singapura lebih rela isi minyak kereta di Malaysia? Sejak bila trend ini bermula?

Mersita · Apr 23, 2022 02:00 PM

Kenapa orang Singapura lebih rela isi minyak kereta di Malaysia? Sejak bila trend ini bermula? 01

Memandangkan kini sempadan negara Singapura-Malaysia sudah dibuka semula, pelbagai foto menunjukkan kereta-kereta Singapura mengisi petrol bersubsidi RON95 di stesen minyak Malaysia tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi kurang senang. Isu ini berjaya menarik perhatian ramai sehingga menimbulkan satu persoalan: Bila trend mengisi minyak kereta di Malaysia jadi popular di kalangan warga Singapura?

Ringgit yang semakin lemah

Kenapa orang Singapura lebih rela isi minyak kereta di Malaysia? Sejak bila trend ini bermula? 02

Menurut portal MotherShip, trend ini boleh dikesan sejak tahun 1980 lagi apabila Ringgit Malaysia (RM) dan Dolar Singapura (SGD) mula menunjukkan sedikit perbezaan dalam pertukaran forex.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Percaya atau tidak, dahulu tukaran matawang antara Ringgit Malaysia dan Dolar Singapura ialah sama rata (RM 1 = RM 1) pada tahun 1980. Perbezaannya mula kelihatan pada Mac 1981 apabila Ringgit turun ke RM 1.09 = SGD 1. Setakat masa penulisan, tukaran antara kedua-dua matawang ini adalah RM 3.12 = SGD 1.

Juga baca: Kantoi, dua stesen minyak disiasat gara-gara jual RON95 kepada kenderaan berplat Singapura

Kenapa orang Singapura lebih rela isi minyak kereta di Malaysia? Sejak bila trend ini bermula? 01

Kredit: Singapore Monitor

Sebulan selepas perbezaan pertama dikesan, nilai Ringgit turun lagi kepada RM 1.108 = SGD 1 dan angka ini terus-terusan meningkat sejak itu. Menjelang 1988, nilai tukaran antara RM dan SGD adalah RM 1.34 = SGD 1.

Walaupun perbezaan ini masih kecil, sudah menjadi lumrah manusia untuk mencari kaedah paling menjimatkan. Oleh itu, tak hairanlah ramai orang Singapura berpusu-pusu datang ke Malaysia semata-mata untuk ‘shopping’.

Harga petrol di Singapura vs. Malaysia

Menurut satu keratan akhbar lama dari tahun 1983, harga petrol premium di Singapura berharga SGD 1.256 setiap liter pada masa itu. Manakala di Malaysia, harga petrol yang sama untuk seliter ialah SGD 1.05 (~RM 1.17).

Kenapa orang Singapura lebih rela isi minyak kereta di Malaysia? Sejak bila trend ini bermula? 02

Mengikut kiraan dibuat portal MotherShip, harga bagi 40 liter petrol di Malaysia akan memberi penjimatan sekurang-kurangnya SGD 8 iaitu kira-kira RM 8.864 (berdasarkan tukaran RM 1.108 = SGD 1).

Walaupun jumlah ini tidak begitu ketara, kerajaan Malaysia dan Singapura mula risau perkara ini akan mendorong segelintir individu untuk mengambil kesempatan.

Kerisauan ini semakin memuncak kerana menjelang 1985, harga petrol premium di Singapura naik kepada SGD 1.51 setiap liter manakala harganya di Malaysia kekal SGD 1.06 (kira-kira RM 1.18). Ini bermaksud warga Singapura boleh jimat sehingga SGD 18 (kira-kira RM 20) bagi setangki 40 liter petrol.

Kenapa orang Singapura lebih rela isi minyak kereta di Malaysia? Sejak bila trend ini bermula? 03

Foto sebagai ilustrasi. Kredit: Hinckleytimes

Perlu diingatkan, RM 20 nilainya lebih besar pada zaman 80-an berbanding masa kini. Zaman sekarang, roti john cheese leleh pun boleh mencecah RM 20.

Kenaikan cukai petrol di Singapura dianggap memburukkan lagi keadaan dan ini lebih mendorong warga Singapura untuk merentas Tambak Johor semata-mata untuk mengisi minyak kereta.

Pada Mac 1985, jabatan imigresen mencatatkan kenaikan mendadak dalam jumlah kenderaan yang merentas ‘causeway’ iaitu sebanyak 29,000 buah kereta – hampir 10,000 lebih banyak berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya.

Kenapa orang Singapura lebih rela isi minyak kereta di Malaysia? Sejak bila trend ini bermula? 04

Walau bagaimanapun, petrol murah di Malaysia bukanlah dorongan utama bagi orang Singapura untuk berkunjung ke Johor bagi mengisi minyak kereta. Mothership memetik temubual dibuat oleh Straits Time (ST) di stesen minyak Johor: “Ia bukanlah kerana harga petrol. Ia sebenarnya disebabkan oleh kadar tukaran matawang (SGD vs RM).”

Pada 1985, pengusaha stesen minyak di Singapura menganggarkan kerugian pada stesen petrol Johor pada kadar sekitar SGD 3 juta dalam masa hanya satu bulan.

Sebagai respon kepada isu ini, kerajaan Singapura mula mencari jalan untuk mengelakkan rakyatnya daripada pergi ke Johor untuk mengisi minyak kenderaan.

Kenapa orang Singapura lebih rela isi minyak kereta di Malaysia? Sejak bila trend ini bermula? 05

Bermulanya penguatkuasaan undang-undang

Pada 1989, parlimen Singapura akhirnya bertindak dan meluluskan cadangan yang mewajibkan pemandu merentas sempadan Singapura-Malaysia untuk memastikan kenderaan masing-masing ada sekurang-kurangnya setengah tangki petrol sebelum memasuki Malaysia.

Menurut MotherShip, logik disebalik undang-undang baharu ini adalah jika ruang dalam tangki kereta hanya tinggal sedikit, maknanya tak banyaklah peluang untuk orang Singapura mengisi kenderaan di Johor.

Pemandu dikenakan denda SGD 500 di bawah undang-undang baharu ini. Mereka yang mengubahsuai tolok petrol kenderaan pula dikenakan denda SGD 5,000.

Kenapa orang Singapura lebih rela isi minyak kereta di Malaysia? Sejak bila trend ini bermula? 06

Walaupun penguatkuasaan ini dianggap berjaya menyelesaikan isu berkenaan, ia masih tidak mencukupi untuk mengurangkan kerugian dihadapi pengusaha stesen minyak di Singapura.

Ingat petikan dari ST tadi? Bukannya harga petrol murah jadi tarikannya, namun tukaran matawang murah yang mendorong orang Singapura untuk pergi ke Johor bagi mengisi minyak kereta. Perkara ini tidak mengejutkan kerana tukaran matawang pada 1989 ialah RM 1.39 = SGD 1.

Inilah sebabnya kerajaan Singapura memutuskan untuk menaikkan had petrol di dalam tangki kenderaan daripada separuh kepada tiga perempat. Pada 1991, undang-undang baharu ini mula dikuatkuasakan dan masih bertahan sehinggalah ke hari ini.

Juga baca: Singapura dah arah 30 kenderaan patah balik, kurang 3/4 minyak dalam tangki tak boleh masuk Malaysia!

Kenapa orang Singapura lebih rela isi minyak kereta di Malaysia? Sejak bila trend ini bermula? 07

Sekarang anda tahu bagaimana trend ini bermula dan sejak bila ia memuncak. Setakat waktu penulisan artikel ini, harga petrol di Malaysia ialah RM 3.81 bagi RON 97, manakala RON 95 sudah mencecah harga silingnya iaitu RM 2.05.

Di Singapura, harga petrol bagi purata 98 oktana adalah sekitar SGD 3.47 (~RM 10.80) setiap liter, manakala purata 95 oktana adalah kira-kira SGD 3 (~RM 9.30) setiap liter. Dengan perbezaan harga petrol yang agak jauh ini, tak hairanlah jika warga Singapura jauh daripada sanggup untuk datang ke Johor semata-mata untuk mengisi minyak kereta.

Juga baca: Diingatkan, marah pula! Rakyat Singapura dikecam beli RON 95, apa respon netizen ‘seberang’?

Gelagat 'jelik' rakyat Singapura isi minyak di Malaysia jadi bualan, siap guna 'jack'!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda